CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1921|Reply: 0

Atasi Masalah Kulit Muka Dengan 4 Cara Semulajadi

[Copy link]
Post time 17-12-2015 08:47 PM | Show all posts |Read mode


Kredit Foto: Sekadar Hiasan
Masalah Kulit Muka.Ketahui cara-cara mengatasi masalah kulit muka dengan bahan-bahan semulajadi.
Kulit yang mulus, bebas dari sebarang cela tentunya menjadi impian setiap gadis. Apabila kulit muka menawan berseri, sudah tentu anda akan berasa selesa dan berkeyakinan untuk bertemu rakan-rakan dan tersayang.
Kebanyakan masalah kulit muka gadis berpunca dari hormon, tekanan, pencemaran dan juga sinaran UV yang menyebabkan kulit muka menjadi kusam dan tidak bermaya. Mereka juga tidak berani untuk memakai produk yang sedia ada di pasaran kerana risau akan kandungan kimianya.

Jom Atasi Masalah Kulit Muka Dengan Bahan-Bahan Semulajadi!
1. Tomato
Tomato yang kaya dengan vitamin A, B1 dan C. Tomato bersaiz sederhana mengandungi 40% RDA untuk vitamin C. Sari ‘phytonutrient (lycopene)’ daripada tomato mampu melindungi sel-sel badan dari serangan penyakit.

Cara Pertama: Potong tomato kemudian gosok pada wajah, isinya dijadikan masker biarkan selama 10-15 minit. Bilas denganair suam.

Cara Kedua: Jadikan jus tomato, amalkan selalu ia membantu mencerahkan kulit muka dari dalam.
Nota: Mampu mengurangkan lebihan minyak, menghaluskan dan memberi nurtrisi pada kulit

2. Lemon
Buah lemon mengandungi AHA (Alpha-Hidrocxy Acid) dan kaya dengan vitamin B, C, karbohidrat, potassium dan juga protein. Lemon membantu pengelupasan sel-sel kulit mati, perbaiki pori-pori besar dan membantu menghilangkan bekas-bakas jerawat anda.
Caranya: Perah buah lemon di dalam mangkuk, celupkan kapas ke dalam air perahan lemon dan sapukan pada wajah. Biarkan selama 3-5minit dan bilas.


3. Yogurt
Yogurt adalah susu yang dibuat melaui fermentasi bakteria, menghasilkan tekstur seperti gel dan bau yang unik pada yogurt. Ia mengandungi banyak protein, vitamin B, kalsium dan mineral.
Cara Pertama: Selepas mencuci kulit muka dengan bersih, ambil yogurt dan lumur pada muka dan bilas dengan air
Cara Kedua: Ambil yogurt dan lumur ke seluruh muka, baring dan biarkan kering selama beberapa minit, cuci dan bilas sehingga bersih.


http://www.wom.my

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 11:43 AM GMT+8 , Processed in 0.043781 second(s), 12 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list