Berus Gigi.Amalan memberus gigi secara teratur adalah langkah utama untuk mengekalkan gigi dan gusi yang sihat. Berus gigi dihasilkan dengan pelbagai tekstur berus, saiz dan bentuk. Kebanyakan doktor gigi menyarankan berus gigi yang lembut kerana berus yang keras boleh merosakkan enamel gigi.Berus gigi biasanya diperbuat daripada serat sintetik,namun terdapat juga berus gigi dengan bahan semula jadi. Goldstein dan Hautman adalah pencipta pertama berus gigi pada tahun 1875. Kepentingan Memberus Gigi - Mengelak mulut dan nafas berbau.
- Menghindarkan rasa tidak selesa pada mulut.
- Mengeluarkan sisa makanan dan bakteria yang terbentuk di dalam mulut
- Mencegah kerosakan gigi dan penyakit gusi.
Bilakah Berus Gigi Perlu Ditukar? - Apabila bulu berus gigi sudah kembang.
- Selepas berlaku jangkitan mulut atau kerongkong seperti batuk dan sakit tekak.
- Selepas menggunakannya selama 3 bulan.
Kekerapan Memberus Gigi Berus gigi sekurang-kurangnya dua hingga tiga kali sehari terutamanya selepas bangun tidur, makan dan malam sebelum tidur.
Tips Penjagaan Berus Gigi - Berus gigi dengan teliti terutamanya di hujung gusi dan di celah gigi.
- Pastikan berus gigi dikeringkan dan disimpan ditempat yang khas untuk mengelak kelembapan yang boleh mengalak pembiakan bakteria.
- Jangan berkongsi berus gigi dengan orang lain.
- Gunakan ubat gigi berfluorida untuk menguatkan lapisan luar gigi.
Tips Memilih Berus Gigi - Saiz berus gigi bersesuaian dengan mulut.
- Mempunyai pemegang yang selesa. Tidak terlalu panjang dan tidak juga terlalu pendek.
- Pilih berus gigi yang berbulu lembut dan selesa.
http://www.wom.my
|