Edited by MissMamamia75 at 18-12-2015 12:05 PM
PTPTN dah bg notis berkali2..
ni peminjam tegar yg degil..xnak bayar walau sesen pun duit yg dah diguna..
ksian kan budak2 lepas SPM yg lbh memerlukan utk belajar nanti.
http://m.utusan.com.my/berita/na ... ayar-ptptn-1.170135
Penjawat awam tak pernah bayar PTPTN MOHD. AZRAIE-
MD. YUSOF
18 Disember 2015 1:29 AM KUALA LUMPUR 17 Dis. - Peminjam Perbadanan Ta-bung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dalam kalangan penjawat awam yang tidak pernah membuat bayaran balik digesa tampil segera berunding dengan agensi itu untuk membuat penstrukturan semula hutang selewat-lewatnya pada 18 Januari depan. PTPTN dalam kenyataan berkata,sekiranya peminjam yang terlibat gagal berunding dalam tempoh ditetapkan, jumlah ansuran potongan gaji mandatori berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik yang sedang dilaksanakan akan diteruskan.
PTPTN juga akan meneruskan tindakan penguatkuasaan ke atas peminjam yang tidak membuat bayaran balik sepertinotis-notis peringatan pertama, kedua dan ketiga, senarai hitam Jabatan Imigresen, saman dan lain-lain tindakan undang-undang. “Sebelum ini, PTPTN telah mengeluarkan surat arahan potongan gaji mandatori bertarikh 4 Disember 2015 kepada majikan dan diberi salinan kepada 3,193 peminjam yang merupakan penjawat awam dan tidak pernah membuat bayaran balik dan gagal tampil berunding.
“Amaun potongan gaji yang dilaksanakan adalah berdasarkan kepada jumlah baki semasa dibahagikan dengan baki tempoh bayaran balik (bulan). PTPTN akan kembalikan semula amaun potongan setelah ditolak ansuran bulanan berdasarkan jadual bayaran balik semasa kepada3,193 peminjam yang terlibat,” kata agensi itu di sini hari ini. Menurut kenyataan itu, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) pada 9 Julai lalu telah mengeluarkan arahan agar peminjam PTPTN dalam kalangan penjawat awam melaksanakan bayaran balik melalui potongan gaji mulai 1 September lalu.
Berdasarkan arahan tersebut, PTPTNtelah mengambil pelbagai langkah bagi memudahkan peminjam membuat rundingan, termasuk membuka kaunter-kaunter di Kementerian, jabatan dan agensi kerajaan,selain boleh hadir ke cawangan PTPTN pada bila-bila masa. “PTPTN berharap agar semua peminjam sama ada yang tidak pernah membuat bayaran balik, membayar balik sekali-sekala dan mempunyai tunggakan untuk mengambil tindakan proaktif segera membuat rundingan dan bayaran bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan dikenakan.
“Kemudahan potongan gaji merupakan saluran bayaran balik pembiayaan yang telah disediakan kepada semua peminjam bertujuan untuk memudahkan mereka membuat bayaran balik pembiayaan secara konsisten tanpa sebarang tunggakan ansuran bulanan. Malangnya kaedah ini tidak menjadi pilihan dalam kalangan peminjam atas pelbagai alasan,” kata kenyataan itu.
|