CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2760|Reply: 10

[Dunia] Suami gaduh dengan isteri tinggalkan pesawat ketika transit

[Copy link]
Post time 18-12-2015 12:06 PM | Show all posts |Read mode
PATNA: Seorang penumpang penerbangan IndiGo keluar dari pesawat yang sedang transit di sini selepas dikatakan bertengkar dengan isterinya, petang semalam. Mudit Sharma adalah antara enam penumpang yang dalam penerbangan dari Goa ke Lucknow melalui Kolkata dengan menaiki penerbangan IndiGo 6E-633. Kejadian itu disedari apabila isteri Sharma panik dan menjerit di dalam pesawat selepas menyedari suaminya hilang ketika pesawat bersedia untuk berlepas.

Usaha pihak lapangan terbang mengesan Sharma menyebabkan penerbangan tertangguh hampir 30 minit. Beliau juga tidak menjawab panggilan ke telefon bimbitnya. Pesawat akhirnya berlepas ke Lucknow pada jam 9.10 malam tanpa Sharma. Seorang penumpang lain dikenali sebagai Gyaneshawar mencatatkan dalam Facebooknya bahawa Sharma keluar dari pesawat dan meninggalkan isterinya. - Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-12-2015 12:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Menyusahkan org sj
Pasal hal domestik, 30 min penumpang lain hilang gitu je
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 12:28 PM | Show all posts
elok la beliau pergi cool down..
dari dok bertaki dalam plane..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 01:42 PM | Show all posts
kesian...teringat plak kumpulan Indigo bile bace brita ni..

jangan kau pergi, usah kau pergi,andai kau pergi hilangkan arahku..
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:00 PM | Show all posts
Masaalah rumahtangga jangan bawak sampai naik ketebang menyusahkan penumpang lain je
Reply

Use magic Report

Post time 18-12-2015 02:21 PM | Show all posts
fedap la tuh.. asyik kene bebel je.. panas hati, blah terus..
mujur tinggalkan pesawat je, buatnya kena tinggal terus, lagi haru kan?
ke dah cerai after the news ni published?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-12-2015 04:20 PM | Show all posts
ummah leluhur tamadun berusia ribuan tahun memang menyusahkan
tak kira la dari tamadun dinasti qing atau mohen jo daro
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:50 AM | Show all posts
menyusahkan org lain ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 10:54 AM | Show all posts
DayangKirana replied at 18-12-2015 02:21 PM
fedap la tuh.. asyik kene bebel je.. panas hati, blah terus..
mujur tinggalkan pesawat je, buatnya  ...

ok lagi tinggalkan pesawat.. buatnya die pi bunuh pilot.. semua mati.. huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 11:37 AM | Show all posts
masa_lalu replied at 18-12-2015 04:20 PM
ummah leluhur tamadun berusia ribuan tahun memang menyusahkan
tak kira la dari tamadun dinasti qing ...

kenapa ntah ak rse nk ketawa btol ngn komen ko.. x manahan nama disnasti jgk yg dipetik
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 01:17 PM | Show all posts
drama Tamil ka
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:24 AM GMT+8 , Processed in 0.047282 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list