Oleh : Fyruz Hanna
Mulia sungguh hati lelaki ini. Ingatkan ada menteri atau orang kenamaan yang datang di masjid, namun sangkaan penulis silap.
Ini dia lelaki yang tidak pernah tidak ketinggalan untuk memberi derma atau sedekah kepada orang ramai dengan amaun RM5 ditangan.
Menurut sumber, beliau adalah pemilik Jakel Tekstil Mall. Setiap kali jumaat beliau akan bersolat di Masjid India KL dan akan mula bersedekah kepada orang ramai selepas menunaikan solat.
Niat dan usaha beliau harus dipuji kerana Allah s.w.t menjanjikan ganjaran yang lumayan baagi mereka yang bersedekah.
Dari Asma’ binti Abi Bakr, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda padaku,
لاَ تُوكِي فَيُوكى عَلَيْكِ
“Janganlah engkau menyimpan harta (tanpa mensedekahkannya). Jika tidak, maka Allah akan menahan rizki untukmu.”
Disini penulis kongsikan sedikit ganjaran bagi mereka yang sering bersedekah:
1.Sedekah digandakan 700 kali ganda.
2.Allah Lipat-gandakan Ganjaran orang yang Bersedekah.
3.Rezeki dimurahkan Allah s.w.t.
4.Keberkahan Dalam Rezeki
5. Kaya Jiwa
Memang benar, sedekah bukan hanya pada harta, namun amalan bersedekah ini yang paling berat diamalkan. Ketahuilah, tiada dari manusia yang bersedekah itu akan miskin. -CARI Infonet. |