CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 4434|Reply: 20

[Tempatan] Lima Suspek Kes Bunuh Kanak-Kanak Perempuan Di Semenyih Ditahan

[Copy link]
Post time 22-12-2015 09:15 AM | Show all posts |Read mode
Lima Suspek Kes Bunuh Kanak-Kanak Perempuan Di Semenyih Ditahan

http://www.mstar.com.my/berita/berita-jenayah/2015/12/21/suspek-bunuh-ditahan/
Diterbitkan: Isnin, 21 Disember 2015 7:26 PM



KUALA LUMPUR: Polis menahan lima lelaki dipercayai terbabit dalam beberapa kes pembunuhan termasuk kes tembak mati seorang bapa dan anak perempuannya di Pekan Semenyih November lepas.

Semua suspek berusia 28 dan 29 tahun itu dipercayai aktif melakukan jenayah di sekitar Lembah Klang dan Negeri Sembilan sejak dua tahun lepas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohmad Salleh berkata, semua suspek terbabit ditahan di sekitar Kajang, Bandar Sunway serta Bangi dekat sini bermula Jumaat hingga Ahad.

"Polis merampas dua buah kereta jenis Toyota Camry dan Perodua Myvi serta empat pucuk pistol jenis Smith & Wesson .38, Colt MK IV Series 80, Walther P99 As dan CZ2075," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

"Turut dirampas 69 butir peluru hidup pelbagai jenis, tiga jenis kelongsong peluru, tiga tukul besi dan beberapa barang lain," katanya.

Pada 19 November lepas, seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dan bapanya maut ditembak individu tidak dikenali di Jalan Besar, Pekan Semenyih.

Mohmad tidak menolak kemungkinan kes itu bermotifkan dendam.

"Suspek yang ditahan dipercayai terlibat dalam beberapa siri pembunuhan melibatkan senjata api di Kajang, selain dua daripadanya berdasarkan siasatan awal mempunyai rekod jenayah lampau iaitu kesalahan samun berkawan," katanya.

Katanya, kesemua suspek direman selama enam hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Dalam pada itu, beliau berkata, seramai 34 individu berusia 29 hingga 34 tahun yang terbabit dalam kegiatan kongsi gelap turut ditahan dalam operasi Cantas Khas Kajang bermula 2 Disember lepas. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 09:23 AM From the mobile phone | Show all posts
C4 ja  semua penjenayah ni....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:25 AM | Show all posts
Berani buat berani gantung
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 09:49 AM | Show all posts
moga ke tali gantung..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:00 AM | Show all posts
kejam dan keji perbuatan korang..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 10:14 AM | Show all posts
menakutkan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2015 11:25 AM | Show all posts
Bagus la dpt tgkp...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 11:38 AM | Show all posts
dipercayai terbabit dalam beberapa kes pembunuhan


professional killer kot ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 11:41 AM | Show all posts
ini yg tembak org kat cyber cafe di semenyih tu ker?  ker yg ni kes lain?kalau x silap ummah estet ni...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:15 PM | Show all posts
Tertangkap juga akhirnya
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:44 PM From the mobile phone | Show all posts
Modngengade replied at 22-12-2015 11:41 AM
ini yg tembak org kat cyber cafe di semenyih tu ker?  ker yg ni kes lain?kalau x silap ummah estet n ...

Yg ni tembak ayah & anak depan kedai bunga tu tak salah i.....

Tembak dari jarak dekat....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Aktif sejak 2 thun lepas....

Lepas ISA di masnsuhkan lah ni.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:46 PM | Show all posts
gi la putrajaya bunuh si perompak terbesar...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 12:53 PM | Show all posts
Harap mereka dapat hukuman setimpal...
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 01:16 PM | Show all posts
jazaa100 replied at 22-12-2015 04:44 AM
Yg ni tembak ayah & anak depan kedai bunga tu tak salah i.....

Tembak dari jarak dekat....

oh ok  kaka......
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2015 06:03 PM | Show all posts
moga ke tali gantung
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 06:16 PM | Show all posts
byk kje kt kt dunia nie.... merompak jgk ko pilih....

Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 10:54 AM | Show all posts
byk kes tembak sekarang kat semenyih....jadi xbest pulak duduk kat area situ
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:25 AM | Show all posts
wow style ala niggah thug
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:32 AM | Show all posts
kalau penjenayah cam ni kena hukum sebat kat khalayak sambil kena sorak .. baru meols setuju. err .. hukum sebat tu sebelum kena hukum gantung la.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 12:29 PM GMT+8 , Processed in 0.072432 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list