View: 31307|Reply: 213
|
Edisi Andartu: Adira sahkan kini isteri nombor 2 Datuk Seri
[Copy link]
|
|
Adira sahkan kini isteri nombor 2 Datuk Seri
Wartawan Sinar Harian
21 Disember 2015
PENYANYI, Adira AF mengesahkan dia kini isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu selepas berkahwin dengan lelaki itu tiga minggu lalu.
"Memang betul saya sudah berkahwin dan isteri kedua kepada Datuk Seri Adnan Abu. Saya berdiam diri bukan kerana nak lari atau menyembunyikan perkara sebenar, sebaliknya saya mahu menjaga hati banyak pihak," kata Adira dipetik laporan Harian Metro.
Beberapa hari lalu, tersebar di laman sosial bahawa penyanyi pujaan ramai tersebut berkongsi suami dengan seorang wanita dikenali sebagai Datin Red.
Adira sebelum ini pernah mengikat tali pertunangan dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin yang dilaporkan putus Jun lalu.
|
|
|
|
|
|
|
|
btg secondhand pun mau... |
|
|
|
|
|
|
|
secondhand lagi berharga tsu |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by jazaa100 at 22-12-2015 12:49 PM
@spiderman80
Ifan dengki dgn adira sbb tak jadi andartu... |
|
|
|
|
|
|
|
nak bagi galakan kpd andartu2 menjadi bini no.2.. |
|
|
|
|
|
|
|
Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF Sudah Kahwin Published Monday, December 21, 2015 By melvister. Under dunia hiburan tempatan
Biodata Datuk Seri Adnan Abu suami sah Adira AF. Dunia hiburan sekali lagi digemparkan dengan pengumuman Adira sudah berkahwin dengan suami orang pada Khamis 3 Disember 2015. Menerusi kenyataan Adira, dia mengakui sudah menjadi isteri kedua kepada salah seorang ahli perniagaan. Semua dibongkar sendiri oleh isteri pertama Datuk Seri Adnan Abu yang dikenali sebagai “Datin Red”. Biodata Datuk Seri Adnan Abu Suami Adira AF
Nama Penuh: Datuk Seri Adnan Abu
Umur: 30-an
Gelaran: Dato
Pekerjaan: Ahli Perniagaan
Nama Isteri Pertama: Syarifah Norshafila Binti Hassim (Datin Red)
Bilangan Anak: 3 Orang
Facebook Datin Red: https://www.facebook.com/syarifahnorshafila.shassim
|
|
|
|
|
|
|
|
Gambar Isteri Pertama Datuk Seri Adnan Abu
|
|
|
|
|
|
|
|
miang dan gatal btul laki ni |
|
|
|
|
|
|
|
bini pertama dier pun cantik...bini kedua pun cantik...beruntung dato sri ni |
|
|
|
|
|
|
|
Adira Nikah Datuk Seri Adnan Abu Rela Bermadu
Penyanyi Adira memberitahu dia membuat keputusan bernikah dan sedia bermadu selepas tiga minggu berkenalan menerusi telefon dengan ahli perniagaan Datuk Seri Adnan Abu.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, biarpun perkenalan mereka singkat namun dia bersetuju dengan lamaran tersebut kerana yakin dengan keikhlasan lelaki itu untuk memperisterikannya.
“Terus terang perkenalan kami sebenarnya sangat singat dalam tiga minggu sahaja sebelum dia melamar saya untuk menjadikan saya isterinya.
“Sepanjang tempoh itu juga saya hanya berjumpa dengannya sebanyak dua kali sebelum dia menyatakan hasratnya hanya menerusi panggilan telefon.
“Saya terima kerana keikhlasannya dan menganggap apa yang berlaku itu adalah jodoh saya,” katanya kepada mStar Online ketika dihubungi pada Isnin.
Adira (kiri) bersama madunya dikenali Datin Red. Foto dari Instagram Adira.
Terdahulu, gosip mengatakan Adira sudah berkahwin dengan lelaki berkenaan tersebar luas sejak Khamis lalu.
Gosip tersebut bertambah kuat apabila isteri pertama Adnan yang dikenali sebagai ‘Datin Red’ mendedahkan di ruang komen Instagram menerusi gambar dimuatnaiknya dengan menyatakan bahawa dia dan Adira kini berkongsi suami.
Dalam pada itu, ditanya mengenai tarikh sebenar dia bernikah dengan Adnan, Adira bagaimanapun enggan mendedahkan perkara itu.
Malah kata Adira, sebelum ini dia enggan mengesahkannya kerana perlu menjaga hati banyak pihak terutama keluarga madunya.
“Maaf saya tidak dapat memberitahu perincian berhubung perkahwinan kami dan seelok-eloknya biarlah ia datang daripada pihak lelaki sendiri,” ujarnya.
Sementara itu, mengulas lanjut mengenai Adnan, Adira berkata, perkenalan mereka menerusi kakaknya yang juga kenalan ahli perniagaan berkenaan.
Kata Adira, dia tertarik dengan Adnan kerana sikapnya yang merendah diri berhubung latar belakangnya dan tidak bercakap buruk mengenai isteri pertama.
“Alhamdulillah perjalanan saya untuk berkahwin dipermudahkan dan saya senang menerimanya kerana sikap jujur dan tidak terlalu berusaha untuk menyakinkan saya.
“Saya kagum dengannya yang tidak menjadikan isteri pertama sebagai alasan untuk berkahwin dan tidak pernah dia memburuk-burukkan wanita itu kepada saya.
“Selebihnya biarlah saya simpan untuk pengetahuan diri saya sahaja,” ujarnya.
Jelas Adira keluarganya juga merestui hubungan mereka berdua malah diterima baik oleh isteri pertama Adnan.
“Alhamdulillah seperti saya katakan tadi semuanya berjalan lancar walaupun semuanya berlaku dalam masa singkat.
“Biarpun kami tidak sempat bercinta tetapi Insya-Allah berkasih sayang selepas berkahwin lebih baik,” ujarnya.
Ditanya adakah keputusannya berkahwin secara tergesa-gesa kerana kecewa selepas putus tunang sebelum ini, Adira menjawab ringkas : “Ia tidak ada kena-mengena”.
Adira sebelum ini pernah bertunang dengan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1Malaysia, Shahrul Nasrun Kamarudin pada 22 Disember tahun lalu namun ikatan berkenaan putus pada pertengahan April lalu.
Sumber: Mstar Online
|
|
|
|
|
|
|
|
“Terus terang perkenalan kami sebenarnya sangat singat dalam tiga minggu sahaja sebelum dia melamar saya untuk menjadikan saya isterinya.
andartu mampu kawin dlm masa 3 minggu? |
|
|
|
|
|
|
|
Kak teh lebih rela jadi andartu forever dari jadi bini no 2....kosser lah nak share2 ciknek |
|
|
|
|
|
|
|
cinabeng....muda muda dah Datuk Seri...
|
|
|
|
|
|
|
|
Adnan ni umur muda je da dua bini.smpai umur 40 mesti tambah lg 2. |
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 22-12-2015 01:02 PM
andartu mampu kawin dlm masa 3 minggu?
Kalau org tu takat engineer gaji 6k....setahun pun dia pikir 100 kali nk jadi bini kedua...
Ni jutawan....x payah 3 minggu....seminggu pun terima. .. |
|
|
|
|
|
|
|
yup...setuju...everybody has their price...brape sen nilai maruah anda...
|
|
|
|
|
|
|
|
bukan ciknek proton ni...ni ciknek bmw...
tak kan kak teh taknak ciknek bmw...
|
|
|
|
|
|
|
|
ifanonline replied at 22-12-2015 01:07 PM
yup...setuju...everybody has their price...brape sen nilai maruah anda...
Alasan kerana keihklasan tu...mcm x boleh terima pakai je.......
Alasan... |
|
|
|
|
|
|
|
as i said before, semua orang boleh di beli...baik lelaki mahupun wanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
|