CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15618|Reply: 151

[Tempatan] ‘Gaji tinggal RM19, nak makan apa?’-CUEPACS

[Copy link]
Post time 23-12-2015 07:54 AM | Show all posts |Read mode
‘Gaji tinggal RM19, nak makan apa?’
Presiden Cuepacs, Datuk Azih Muda melahirkan rasa kesal kerana ada kakitangan awam yang dipotong gaji mereka oleh PTPTN sehingga kepada kadar maksimum dan tindakan itu adalah tidak wajar dilakukan serta membebankan kedudukan kewangan mereka. - Foto TRP



[size=100%]
KUALA LUMPUR, 22 Disember:
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) mungkin akan menarik balik kebenaran Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Negara (PTPTN) membuat pemotongan gaji untuk kakitangan awam, sekiranya agensi itu masih melaksanakan pemotongan maksimum.

Presidennya, Datuk Azih Muda melahirkan rasa kesal kerana ada kakitangan awam yang dipotong gaji mereka oleh PTPTN sehingga kepada kadar maksimum dan tindakan itu adalah tidak wajar dilakukan serta membebankan kedudukan kewangan mereka.

“Ada slip gaji kakitangan awam yang tinggal sampai RM19, nak makan apa nanti? Gunakanlah kuasa sebaik-baiknya.

“Cuepacs juga mengingatkan, kami tidak akan teragak-agak untuk menarik balik keputusan benarkan penjawat awam potong gaji mereka untuk bayar PTPTN,” katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan Mesyuarat Cuepacs 2015 di sini, hari ini.

Justeru, beliau menasihatkan PTPTN agar lebih bertimbang rasa terhadap kakitangan awam dalam melaksanakan pemotongan gaji agar kakitangan awam tidak terbeban dalam aspek kewangan.

Isu PTPTN, menurut Azih adalah antara empat perkara yang menekan kehidupan kakitangan awam pada masa kini.

Tiga isu lain yang perlu perhatian kerajaan ialah kenaikan kos sara hidup rakyat, mekanisma penetapan harga rumah dan pelaksanaan 252 skim perkhidmatan.

Mengenai kenaikan kos sara hidup, beliau meminta Kementerian Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) campur tangan secara serius dalam isu kenaikan harga barangan, terutamanya barangan dan perkhidmatan yang telah diberi pengecualian daripada dikenakan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

“Kami (Cuepacs) rasa kesal kerana kenaikan harga barang yang sepatutnya 0 peratus dalam GST, telah dinaikkan,” katanya.

Beliau juga meminta kerajaan agar segera mewujudkan mekanisma penetapan harga rumah dan mencadangkan agar mekanisme tersebut dapat meletakkan penetapan bagi peratusan kadar harga rumah serta keuntungan, yang bakal diperoleh oleh pemaju perumahan.

“Cuepacs turut memohon agar kerajaan memperuntukkan jawatan bagi kenaikan pangkat untuk kakitangan awam yang berkhidmat di bawah agensi negeri, badan berkanun dan pihak berkuasa tempatan (PBT),” katanya.

Kata Azih, ia selari dengan pelaksanaan sebanyak 252 Skim Perkhidmatan yang akan berkuatkuasa pada 1 Julai tahun depan agar pekerja tidak dinafikan hak dan peluang mereka untuk menerima kenaikan gaji yang lebih tinggi berikutan peningkatan kos sara hidup.



TRP



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 07:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Pelik aku org gomen semedang asik xckup gaji..cuba rasa jadi pekerja swasta cm aku..mau melolong kt kupek hari2
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 07:58 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana gaji nk cukup...
Kejap2 makan..kejap2 merokok
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 07:59 AM | Show all posts
Edited by monyet_2015 at 22-12-2015 09:03 PM

Ala pasirkan ada makan aja pasir - cupek pun jangan la bela sangat kakitangan kerajaan yg perperangai khinzir...dah pinjam mesti tahu bayar..jangan buat duit ptptn itu macam duit mak bapak mereka punya..
untuk mengelakkan perkara culas bayar ni..ptptn patut di swastakan.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:00 AM | Show all posts
rospinki replied at 23-12-2015 07:55 AM
Pelik aku org gomen semedang asik xckup gaji..cuba rasa jadi pekerja swasta cm aku..mau melolong kt  ...

tak sume pekerja gomen gaji tinggi...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Tapi mmg melampau la ptpn potong macam tu....
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-12-2015 08:10 AM | Show all posts
noor2 replied at 23-12-2015 08:08 AM
Tapi mmg melampau la ptpn potong macam tu....

ai pung rasa melampau, kalu terus2 potong tinggal tak sampai RM20.00


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Syd replied at 23-12-2015 08:10 AM
ai pung rasa melampau, kalu terus2 potong tinggal tak sampai RM20.00

Ptptn kan dah boleh trace peminjam tu...jadi potong la sikit2. ...lama2 abis la..

Ni tinggal.Rm19. ..kesian dia nak hidup bulan tu....nk bayar segala bil..hutang kereta. ..makan...

Ish....gila betul....potong tak.Agak2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 08:15 AM | Show all posts
noor2 replied at 23-12-2015 08:12 AM
Ptptn kan dah boleh trace peminjam tu...jadi potong la sikit2. ...lama2 abis la..

Ni tinggal.Rm ...

jangan main-main ngan PTPTN.

Along tuh.


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:16 AM | Show all posts
Syd replied at 23-12-2015 08:10 AM
ai pung rasa melampau, kalu terus2 potong tinggal tak sampai RM20.00

tp dah warning wat2 bodoh mcm takde apa2 berlaku..... merasalah....
ni klau ngan ptptn relaks je camtu.... hutang2 ngan kwn2 buat donno jah
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:16 AM | Show all posts
Kalo nak potong pun potong potongan dalam perjanjian..potongan rm250 setiap bulan sampai settle.Bukan ikut perasaan.Nampak sgt ptptn ikut perasaan.Dah boleh access gaji diorng so potong..Tp jgn jd bengap potong sampai habis.Kita tk terkena boleh la ckp macam2 pada peminjam ni.Bukan tk boleh potong tp apakejadahnya potong sampai org tu tk boleh survive.
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:17 AM | Show all posts
azih muda ckap je pandai...lu gi tolong sma dia la...
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:17 AM | Show all posts
Ptptn antara 4 perkara yg menekan penjawat awam....slah ni patut 5 perkara yg 1 lg tu personal loan
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:17 AM | Show all posts
dino replied at 23-12-2015 08:16 AM
tp dah warning wat2 bodoh mcm takde apa2 berlaku..... merasalah....
ni klau ngan ptptn relaks  ...

mmg selayaknya kalau dapat ucapan tahniah pada yang kena potong PTPTN tuhh

tapi potong laa ala2 munasabah skit.

RM250.00 ke atas.


Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:18 AM | Show all posts
noor2 replied at 23-12-2015 08:12 AM
Ptptn kan dah boleh trace peminjam tu...jadi potong la sikit2. ...lama2 abis la..

Ni tinggal.Rm ...

noor.... even yayasan trg pun.... klau tertunggak byk die mintak setelkan yg tertunggk tuh... maknanya kena bincang ngan diorg plan mcm mana.....
aku tak kesian psl gj 4k wat bodoh.... kereta reti plak byr
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:18 AM | Show all posts
yg tak bayar hutang bertahun2 tu tak melampau ka?  
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-12-2015 08:21 AM From the mobile phone | Show all posts
dino replied at 23-12-2015 08:18 AM
noor.... even yayasan trg pun.... klau tertunggak byk die mintak setelkan yg tertunggk tuh... makn ...

Tapi jangan la potong macam tu sekali.....betul la syd kata...memang Along sungguh ptptn
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:22 AM From the mobile phone | Show all posts
iols byk kat sokernet page kan..ada slip transaksi bayaran rekod dia bayar maintain every month..
peminjam tu potong gaji rm100 tiap2 bulan...tp...every month kena byr pentadbiran rm50 kos pentadbiran...ya Allah sampai bila la nak habis...kalo byr rm100...tokok lg kos pentadbiran rm50...dia actually byr rm50 je bulan2...

haih....so mak pak urban ni kena beringat...sedari kecik menabung lah utk education fund...supaya x brbeban pulak anak2 trpksa amik ptptn..

lain lah kalo anak bijak sejak azali...dpt biasiswa tu biasiswa ni sedia terhidang depan mata hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:23 AM | Show all posts
kalau potong byr kereta mahal2 mampu.. apesal PTPTN takleh bayar lak? kalau buat deal ngn ptptn, ak rse diorg boleh kautim sikit2.salah sendiri lps tu letakkan salah kat org lain.

so, pikir2kanlah..
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 08:25 AM | Show all posts
aku bersyukur sangat tak pakai ptptn...walau agak susah tapi mudah jugak sebenornya tanpa ptptn ni..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 03:19 PM GMT+8 , Processed in 0.108332 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list