Video itu, yang mula dimuat naik di laman web forum Missosology, menunjukkan kejanggalan situasi yang menimpa pemenang, Pia Alonzo, apabila tidak dihiraukan peserta lain ketika masih berada di atas pentas.
Dalam video berdurasi kira-kira 1 minit 20 saat itu, Alonzo dari Filipina, dilihat terpaksa dibawa turun dari pentas ketika peserta-peserta lain mengerumuni Ratu Colombia, Ariadna Gutierrez untuk menenangkannya.
Kredit laman YouTube Trending Videos TV
Dapat dilihat dengan jelas Alonzo cuba menyertai kumpulan peserta itu, namun kehadirannya seolah-olah tidak dipedulikan, malah seperti tidak diberikan peluang untuk menemui Gutierrez.
Kumpulan itu kemudiannya melaungkan 'Colombia' berulang kali sebagai tanda sokongan kepada Gutierrez.
Sementara itu dalam beberapa blog yang pro-Alonzo, klip video berkenaan disertakan dengan hashtag #MeanGirls, bagi merujuk kepada 'perangai' kumpulan peserta yang menjengkelkan itu.
Dalam perkembangan berkaitan, beberapa portal berita melaporkan beberapa peserta tidak bersetuju dengan pemilihan Alonzo sebagai pemenang.
Ratu Jerman, Sarah-Lorraine Riek, dalam satu video yang dimuat naik ke laman Missosology, mengatakan tiada siapa dalam kalangan peserta tahun ini memilih Alonzo untuk dinobatkan sebagai pemenang.
Malah Riek menyifatkan kemenangan Gutierrez 'dirampas' dengan kejam.
Video kredit Entertainment Tonight
Ahad lalu, pengacara Miss Universe, Steve Harvey, membuat kesilapan besar apabila mengumumkan Gutierrez sebagai pemenang, sebelum mengakui kesilapannya dan Alonzo dimahkotakan sebagai pemenang.
Post time 23-12-2015 11:49 AMFrom the mobile phone|Show all posts
tp dlm kad tu mmg dah tertulis nama dia sbg miss universe cuma pengacara je yg salah sebut g baca nama pemenanng 1st runner up
btw iols pun tak phm gak maksud
2nd n 1st runner kejadah tu.
Ala over nya nak tenang kan miss columbia sampai ignore si miss universe. Nampak sangat alonzo bukan peserta favorite di kalangan contestants. Tapi AAK? Dia dah crowned as miss universe pun. Congrats anyway!