|
Oleh : Dean BZ
Orang lain kurus dan berbadan cantik kita pun teringin tapi bila makan tak ada displin macam mana tu? Tak bolehlah nak makan ikut selera je tapi nak badan cantik. Kena tahu, orang yang berbadan cantik bukan main makan je tanpa sukatan.
Tak mengapalah, penulis ada terbaca satu perkongsian tentang menu makanan untuk kurus di Facebook Ummu Durrah , nampak menarik juga untuk dikongsikan bersama, sesuai untuk yang memang nak diet. Ada rebus, kukus, stim, bakar, grill dan lain-lain.
Yang penting tak pakai minyak & menyihatkan! Jom tengok antara menu yang disyorkan :
IKAN ASAM REBUS
KERANG REBUS
Asam Rebus Bendi
IKAN KUKUS KICAP BERHALIA
Resepi Ikan Kembung Masak Pindang
PAIS IKAN
LALA REBUS
Ikan Kembung Rebus Air Asam Belacan
ASAM REBUS BATANG KELADI
Resipi Katok Serai Ceria (Singgang sotong)
Ikan salmon Panggang bersama sos putih
Sebenarnya banyak lagi menu sesuai untuk diet yang boleh anda amalkan, carilah makanan yang kurang lemak dan kolestrol, paling mudah amalkan makan makanan yang dibakar atau rebus. - CARI Infonet.
|
|