Siapa yang tak suka dengan kelazatan dan kesegaran tembikai susu?
Kali ini, apa kata anda hasilkan jus tembikai susu, ditambah dengan jus limau nipis yang memberi rasa sedikit masam manis.
Tambahkan juga soda agar memberi impak maksimum. Jom cuba!
Bahan-bahan:
Setengah biji tembikai susu
1/3 cawan gula
1/4 cawan jus limau nipis
3 cawan soda
Kulit limau sebagai hiasan
Cara-caranya:
1. Kisar isi tembikai susu dengan sedikit air.
2. Masukkan gula, jus limau dan soda.
3. Kacau dan masukkan ke dalam jag. Tambahkan dengan ais ketul untuk hidangan yang sejuk! - CARI Infonet