CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2665|Reply: 3

25 Gambar Perkembangan Bayi Dalam Rahim Ibu Yang Mengagumkan

[Copy link]
Post time 23-12-2015 11:34 PM | Show all posts |Read mode

Menyaksikan detik permulaan kehidupan seorang bayi sejak hari pertama di dalam rahim ibu memang sangat mengagumkan. Perjalanan selama 40 minggu yang indah ini patut disaksikan oleh semua orang agar bersyukur dengan setiap pemberian dari-Nya.
Seorang jurugambar dari Sweden Lennart Nilsson telah menghabiskan masa selama 12 tahun untuk mengambil gambar detik pertama kejadian manusia bermula daripada perjalanan sperma bertemu telur di dalam rahim wanita.

Gambar-gambar hebat ini diambil menggunakan kamera konvensional dengan lensa makro, endoskop dan mikroskop imbasan elektron. Gambar pertamanya tentang fetus manusia diambil pada tahun 1965. Saksikan kehebatan ciptaan Allah SWT ini.


1. Sperma dalam Tiub Fallopio.


2. Sel telur wanita.

3. Mereka sedang berdating?

4. Tiub Fallopio.

5. Dua sperma sedang cuba memasuki sel telur.

6. Sperma yang berjaya!

7. Momen kemenangan.

8. Sperma berusia 5-6 hari. Rumpunan telah terbentuk dalam blastosista, mengandungi lebih banyak sel, dan bersedia masuk ke dalam rahim.

9. Hari ke-8. Embrio manusia melekat ke dinding rahim.

10. Otak mula terbentuk dalam embrio manusia.

11. Hari ke-24. Embrio yang berusia sebulan masih belum ada rangka lagi. Degupan jantung hanya mula berdegup pada hari ke-18.

12. 4 minggu. Bentuk asas manusia mula kelihatan.  

13. 5 minggu. Saiz fetus lebih kurang 9 mm atau sebesar saiz biji epal. Anda kini boleh membezakan bentuk muka melalui lubang untuk mata, lubang hidung dan mulut.

14. 40 hari. Sel embryonic membentuk plasenta (uri). Organ ini menghubungkan embrio ke dinding rahim untuk membenarkan pengambilan nutrien, penyingkiran bahan buangan dan pertukaran gas menerusi bekalan darah ibu.


15. 8 minggu. Embrio membesar sangat cepat pada minggu ini dan dilindungi oleh sarung ketuban.

16. 10 minggu. Kelopak mata separuh terbuka. Ia akan tutup sepenuhnya dalam beberapa hari lagi.

17. 16 minggu. Janin menggunakan tangannya untuk meneroka badannya sendiri dan persekitarannya.

18. Rangka mengandungi banyak tulang rawan fleksibel.Rangkaian saluran darah jelas kelihatan menerusi lapisan kulit yang nipis.

19. 18 minggu. Saiz janin kira-kira 14 cm. Janin kini boleh menerima bunyi daripada dunia luar.

20. 19 minggu. Bayi boleh menggenggam tangannya dengan kuat.

21. 20 minggu. Saiz bayi kira-kira 20 cm. Rerambut halus dikenali sebagai lanugo, meliputi seluruh kepala.

22. 24 minggu. Saiz bayi kira-kira 33 cm. Kulit bayi bertambah tebal. Mata bayi membonjol kerana mukanya kurus.

23. 26 minggu. bayi menghisap ibu jari dan menelan air ketuban yang mengelilinginya lalu mengalirkan air itu keluar dari badan sebagai air kencing.

24. 6 bulan. Bayi semakin pantas membesar. Saiz bayi kira-kira 33 cm denga berat sebanyak 570g.

25. 36 minggu. Saiz bayi kira-kira 46 cm dengan berat 2.5 kg. Bentuk bayi akan lebih membulat apabila bekalan lemak sedang terkumpul. Kulitnya juga berwarna merah jambu. Kepala bayi mungkin telah turun ke ruang pelvik, sedia untuk dilahirkan.

Kredit facebook India TV
pama


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-12-2015 06:35 PM | Show all posts
Ya Allah, baru tahu macam tu... Berdating ya.. kalu xdating, xberjaya la kan?? Menarik
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Mcm ni rupanya aku dulu hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 12:46 PM | Show all posts
bila la dorang nak dating ni..dah lama aku menunggu ni
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 08:45 AM GMT+8 , Processed in 0.088098 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list