View: 1628|Reply: 1
|
Jangan Sampai Salah Cara Kalau Guna Kad Kredit!
[Copy link]
|
|
Seronok membeli belah guna kad kredit, tapi hati-hati ya! Salah cara guna jerat diri sendiri seumur hidup bayar hutang. Adakah anda tahu apa itu kad kredit dan bagaimana sekeping kad kredit itu berfungsi? Kad kredit ialah alat pembayaran secara elektronik yang membolehkan anda membeli barangan atau mendapatkan perkhidmatan tanpa menggunakan wang tunai.
Kelebihan Jika Guna Dengan Bijak
Ya, kad kredit yang diberikan kepada anda itu sebenarnya mempunyai banyak kelebihan jika anda seorang pengguna yang bijak. Berikut antara kelebihan yang boleh anda nikmati;
1. Merupakan kaedah pembayaran yang mudah dan cekap.
2. Membeli barangan dan mendapatkan perkhidmatan secara dalam talian (online).
3. Dapat menggunakan penyata bulanan untuk menjejak perbelanjaan bagi tujuan merangka bajet.
4. Terdapat kad kredit yang menyediakan perlindungan insurans kemalangan peribadi dan insurans perjalanan secara percuma bergantung kepada jenis kad yang ditawarkan.
5. Menikmati skim menarik seperti skim bayaran ansuran tanpa faedah, skim bayaran fleksibel dan pemindahan baki pada kadar 0 peratus untuk memaksimumkan pembelian anda.
6. Memperoleh mata ganjaran untuk menebus barangan dan perkhidmatan yang biasanya tidak dapat dinikmati jika bayaran dibuat secara tunai.
Tip Menggunakan Kad Kredit Secara Bijak
• Buat perbandingan terlebih dahulu untuk mendapatkan kad kredit terbaik. Carilah kad yang memberi pengecualian yuran penyertaan dan yuran tahunan.
• Membeli secara online hanya di laman web yang dipercayai sahaja.
• Bayar sebelum tarikh akhir pembayaran untuk mengelakkan daripada dikenakan caj bayaran lewat atau penalti.
• Bagi mengelakkan dikenakan faedah bayar baki belum jelas sepenuhnya apabila anda menerima penyata bulanan. Berwaspada tentang akibat hanya membayar jumlah minimum.
• Jika anda menghadapi masalah aliran tunai bayar jumlah minimum terlebih dahulu dan berusaha untuk menjelaskan bayaran sepenuhnya secepat mungkin.
• Elak menggunakan kad kredit jika anda tidak mampu membayar bayaran minimum bulanan.
• Sentiasa periksa penyata bulanan kad kredit untuk memastikan setiap urus niaga dan caj yang dikenakan adalah betul.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
|
iols ada supplementary card..
ye lah..suri rumah je
.hahahahahhaha
tp nak sopink beriya tu takut juga...iols boros..... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|