View: 1038|Reply: 0
|
Cara Terbaik Elak Kaki Bengkak Waktu Hamil
[Copy link]
|
|
Perubahan bentuk kaki yang membengkak seperti diisi air ini, pasti akan berlaku kepada wanita hamil.
Jangan risau ibu, situasi ini tak membahayakan kesihatan ibu dan janin dalam kandungan. Selain di sebabkan berat badan bertambah, ini juga sering dikaitkan tempoh kelahiran yang semakin dekat. Walau tidak terlalu menyakitkan tetap memberi impak tidak selesa buat ibu hamil untuk bergerak.
Kaki membengkak ketika hamil berlaku kerana kaki terpaksa menampung berat badan berlebihan daripada keadaan normal. Semakin besar janin ini akan membuatkan cairan berkumpul di kaki dan menjadi semakin teruk dan membengkak.
Cara Mengatasi:
1. Elak Berdiri Terlalu Lama
Selain membuatkan ibu hamil mudah letih, ini juga akan membuatkan jantung yang mengepam darah ke kaki sukar kembali ke jantung. Disebabkan pembuluh darah yang kembali ke jantung tertekan oleh janin. Oleh itu, hindari terjadinya kaki bengkak ketika hamil terutama ketika memasuki tempoh usia 32 minggu ke atas.
2. Jangan Guna Kasut Melilit Kaki
Kasut yang melilit kaki ini akan menyebabkan kaki lagi membengkak malah boleh membuatkan kulit kaki anda melepuh.
3. Tidur Mengiring Ke Kiri
Tidur dengan posisi badan mengiring ke kiri ini membuatkan pembuluh darah bebas daripada tekanan dan tiada halangan untuk aliran darah kembali ke jantung seterusnya mengurangkan masalah bengkak kaki.
4. Bersenam Secara Teratur
Bersenam secara teratur akan membuatkan aliran darah menjadi lebih lancar dan menghindari anda daripada pelbagai jenis penyakit, serta memudahkan anda melalui proses bersalin. Antara senaman yang sesuai untuk ibu hamil seperti berenang dan berjalan kaki.
5. Ambil Makanan Berkhasiat
Selain bersenam, ibu hamil juga boleh mengurangkan masalah kaki membengkak dengan mengambil makanan yang kaya dengan nutrisi. Ini dapat membantu pembesaran janin. Seeloknya elak dari mengambil makanan yang mengandungi garam berlebihan.
mingguanwanita
|
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|