CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5459|Reply: 39

[Tempatan] Ustaz wannabe YouTube dipantau dengan kerjasama jabatan agama.

[Copy link]
Post time 30-12-2015 02:13 AM | Show all posts |Read mode


SHAH ALAM - Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan sentiasa memantau secara konsisten perkembangan ajaran yang disampaikan ‘Ustaz YouTube' (penceramah tanpa tauliah) di media sosial.

"Jakim juga sentiasa bekerjasama rapat dengan pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media baru dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) bagi isu yang berkaitan dengan media elektronik," kata Ketua Pengarahnya, Datuk Othman Mustapha.

"Berkaitan dakwaan berkaitan isu ‘Ustaz YouTube' yang membawa pemikiran tidak selari dengan aliran aqidah Ahlussunnah Wal Jamaah, Jakim telah maklum berkaitan isu ini.

"Sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara, Jakim akan bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.


Katanya, Jakim juga bekerjasama dengan pihak Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Mufti dan Jabatan Agama Islam Negeri serta pihak-pihak berkuasa lain bagi mengambil tindakan yang sewajarnya sekiranya terdapat perkara-perkara yang bercanggah dengan undang-undang negara.

"Jakim dari semasa ke semasa bersikap terbuka dan sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk cadangan dan kerjasama dari pelbagai pihak bagi membanteras gerakan, aliran pemikiran atau aktiviti yang boleh menjejaskan kesucian aqidah dan keharmonian hidup umat Islam di negara ini," akhiri beliau.

Sebelum ini, SKMM digesa menyekat video penceramah bebas yang menyampaikan dakwah berunsurkan ekstremis, melalui media sosial.

Pendakwah, Ustaz Wan Akashah Wan Abdul Hamid berkata, langkah itu bagi memastikan penularan fahaman bertentangan dengan Ahli Sunnah Wal Jamaah dapat dibendung lebih awal.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 02:19 AM | Show all posts
eloklah ponn pantau..
pasal akak tengok lobainita2 wannabe pakat2 tepek sesuka hati kat fb...
sometimes ahkak dengo isi pon byk tak logik..blom lagi akak cek sapa ostat ni....
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 02:55 AM | Show all posts
Alhamdulillah. Ini dah lama dah patut dibuat. Mouthpiece seseorang itu dizaman ini adalah accounts dia dalam media internet (FB, YT etc) dan mereka patut bertanggungjawab tentang apa yang mereka 'kata' melalui meida media tadi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 04:16 AM | Show all posts
Edited by mbhcsf at 30-12-2015 04:36 AM

saya sokong lelebih lagi aliran pemikiran dan elemen elemennya yang memang bertentangan dengan ASWJ dn meliputi pelampau aliran pemikiran bebas lain yang cuba menghina , ganggu gugat dan mengaburi kefahaman ASWJ yang sedia dianuti oleh rumpun melayu muslim /muslim nusa tenggara.

Elok benar kalau JAKIM mengupayakan instrument mereka melalui IKIM untuk menyebar kefahaman yang jelas. Bagus sekali usaha mereka sekarang.lipat gandakan sekurang kurangnya public mendapat kefahaman jelas dalas satu satu tertentu.


Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Torbaikkkk
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:50 AM | Show all posts
Ustaz ngan setazah tb pon tolong pantau skali ye?
Duk syok bercerita pasal nabi padehal guna hadith tak sohih.
Sebut nama sahabat pon salah.
Bercerita macam nak masuk pertandingan pidato.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-12-2015 07:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Ustaz politaik pun tolong pantau juga

Suka bagi statement merapu sampai rasa nak kena heart attack kadang2
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 07:57 AM From the mobile phone | Show all posts
uztad fb kebanyakan xda basic agama, tgk ceramah kt youtube pas tu pas dgr ceramah berlagak konon2 cm dpt ijazah jatuh hukum sana sini. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 10:24 AM | Show all posts
mzzenma replied at 30-12-2015 07:52 AM
Ustaz politaik pun tolong pantau juga

Suka bagi statement merapu sampai rasa nak kena heart attac ...

bukan shja ustaz politaik, ustaz yg asik wat lawak kat tv tuh, bukan maksud me x leh wat lawak tp soalan yg dberi dah la tak berjawab/kalau berjawab tak memenuhi jawapan sb samar2, asik duk gelakkkkkk je.

dah baik aku tgk maharaja lawak! bengong.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 10:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Pantau aje la semuanyaa... Jangan hanya pilih kasih.. :zz
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:19 AM | Show all posts
Kita harap gejala kewujudan Ostad dan Ostadzah you tube ini tidak menular pula kepada kewujudan Ostad dan Ostadzah forum.

Jika ini dibenerkan, ianya akan memalukan Isle sundri kerana selalunya Ostad dan Ostadzah forum ni terlalu ketara kejahilan mereka tapi tetap perasan bagus dan senantiasa mahu membimbing orang lain menjadi seperti mereka. Ada tu yang sepatah haram pon orang tak faham apa yang dia cakap ...Prrrrrrrrpfffftght

Bagi tujuan pemantauan ini JAKIM boleh lah mintak peruntakan sebanyak 1 atau 2 billion lagi.

Takbirrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 11:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Da bnyk da video2 lebai2 wahabi mcm rasul dahri, lebai legam yg rakam video syok sendiri konon ramai penonton, ada suara jemaah gelak2, rupanya staf sendiri. Harap dpt pantau jgk.
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:30 PM | Show all posts
pantau jua "ustaz2" yg kaki jilat ahli politik juga ya, merapu2 kdg
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Yang Mufti Perlis Dr Maza tu selari dngan ASWJ ke????
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 12:54 PM From the mobile phone | Show all posts
sabbath_shalom replied at 30-12-2015 12:37 PM
Yang Mufti Perlis Dr Maza tu selari dngan ASWJ ke????

ASWJ ni ikut mazhab boh, kalau ada ostaz cakap xpayah baca doa qunut solat subuh, xyah lah nak melenting sana sini.

Maza ni xsilap aku banyak ambik pendapat 4 sekolah and pilih mana yg logik betulkan kalau salah, jakim banyak ambik sekolah syafie, strict sikit.

Kosher food pun xsilap aku, betulkan kalau salah, 2 skool je kasik makan, 2 skool lagi xkasik..
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
JokesCop posted on 30-12-2015 12:54 PM
ASWJ ni ikut mazhab boh, kalau ada ostaz cakap xpayah baca doa qunut solat subuh, xyah lah nak mel ...


contoh dlm Mazhab Syafie bapak yg merogol anak dapat anak haram...si bapak boleh kahwini sebab anak tu dibinkan Abdullah.

Dlm Islam ni pon sebenarnya ikut logik akal. Last edited by sabbath_shalom on 30-12-2015 01:30 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-12-2015 01:30 PM | Show all posts
mbhcsf replied at 30-12-2015 04:16 AM
saya sokong lelebih lagi aliran pemikiran dan elemen elemennya yang memang bertentangan dengan ASWJ  ...

apabila islam secara general di tong sampah kan dan menaikan ugama sunni sebagai ugama yang paling benar.

islam itu besar, kenapa tiba2 ugama sunni jah yang di highlight kan dalam islamiyah? seolah2 sacred gila di endorsed oleh elohim ugama sunni ini sampai tak boleh di sentuh langsung.

sungguh melucukan pabila ugama islam di sempitkan and yet orang2 ini lah konon pejuang islamiyah walhalkan mereka ini lah yang memesong kan islam dari kebenaran yang sejati
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 01:33 PM From the mobile phone | Show all posts
mbhcsf posted on 30-12-2015 04:16 AM
Edited by mbhcsf at 30-12-2015 04:36 AM

saya sokong lelebih lagi aliran pemikiran dan elemen elem ...

Ye lah tu....ASWJ sangat...tanya benda simple ASWJ pon tak mampu jawab
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 01:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Soalan mudah kenapa penganut Meleis ASWJ menyokong Hezbollah yg Syiah pada 2009?

Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 01:36 PM | Show all posts
sabbath_shalom replied at 30-12-2015 01:33 PM
Ye lah tu....ASWJ sangat...tanya benda simple ASWJ pon tak mampu jawab

bab hukum hanjeng dalam ugama AWSJ pun puak2 ini masih tak lepas nak faham
berangan sangat kan??

kalau orang buat pelik sikit tak tally dengan mereka terus cop kafir laknatullah terpesong bagai walaupun sesama ugama AWSJ jah
lepas tu kat forum konon nak tegakkan syiar ugama AWSJ...apa ke babi nya dek?? sesama AWSJ pun kau dok mengkafirkan sesama sendiri jah
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 04:33 AM GMT+8 , Processed in 0.073092 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list