CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 270908|Reply: 109

[kompilasi] KUIH-MUIH

   Close [Copy link]
Post time 10-3-2004 06:13 AM | Show all posts |Read mode
Kuih cara manis[ninoZ]

2 cawan tepung gandum
3 cawan santan
2 biji telur
jus daun pandan
daun limau purut n jintan manis - jika suka
secubit garam
gula pasir
butter utk menggris

taruk dlm blender semua bahan kecuali gula n butter..blend rata pastu tapis
Bila adunan siap masukkan ke dalam acuan yang telah dipanaskan dan disapu butter serta isikan gula di tengahnya.
tutup n biar masak..angkat n ulang proses sampai bater habis
siap n bleh dihidangkan

[ Last edited by NoorMasri at 19-9-2005 05:46 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-4-2004 10:48 AM | Show all posts
Cengkayam/cengkodok ayam [ninoZ]

isi ayam yg dicincang/dadu/hiris kecil kecil
tepung gandum + tepung beras skettt aje
kangkung - amik daun[+ tangkai] sahaja..btg kangkung takyah guna..keras sgt
rempah kari
cili merah yg dihiris halus
air
sedikit baking powder atau eno
garam gula secukup rasa..

bancuh tepung + rempah kari dgn air..agak agak bleh bentuk utk digoreng..
perasakan garam gula...
pastu masukkan isi ayam n daun kangkung n cili merah..gaul hingga rata n sebati
nak biar kejap adunan tu pun bleh..lagi cantik
pastu leh panaskan minyak.. n goreng cam kita buat cengkodok pisang tu..
pastu agak garing..leh angkat
siap utk dihidangkan..

variation:
Kangkung leh ganti dgn daun bayam atau daun sup/bawang
Kalau nak tambah jagung or grated carrot pun leh..lagi bagus..loaded with vege
Tambah bwg beso yg didadu/cincang  kecik2 pun sodap
Tepung beras tak taruk pun takpe..tapi trick dia..penggunaan tepung beras ni akan menghasilkan luaran cucur yg lebih garing n rangup
Jgn goreng dgn api pelan sgt..cucur tak cantik, gunakan api yg agak kuat - luar garing n rangup..dlm still lembut/gebu



Cucur mee maggie
[AssamBoi]

- 1 pek mee maggie/ cintan pun boleh juger hancurkan sampai lembut dan toskan.

- 1 mangkuk udang/ikan bilis lagi banyak lagi sedap.

- 2 biji bawang beso dipotong dadu

- 1 mangkuk tepung gandum

- 3 ulas cili beso dihiris nipis

- 1 sudu serbuk kari + perencah original kari

- garam secukup rasa

semua bahan dicampur macam buat cucor bawang.. goreng dalam minyak yg panas.. angkat dan toskan boleh lah dihidangkan sewaktu brekpes atau minum waktu petang.. nyummmm sedap...

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 05:30 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2004 11:16 AM | Show all posts
Cucur roti goreng [Duta Lover]

roti sandwich
daging burger - potong kecil2 [goreng sket supaya masak]
mix vege
perisa secukupnya
kulit popia

campurkan daging dgn mix vege  n season secukupnya [terpulang la nak taruk sos ke ..garam gula aje ke.. atau apa saja]
bungkus dgn roti [lapiskan atau gulung]
then balut dgn kulit popia then goreng hingga keemasan
cucur ni ala ala roti baghdad



Cucur biji cempedak [Tajmah]

Caranya:-

Biji cempedak yang telah direbus tu ditumbuk sampai hancur setelah itu digaul dengan gula dan kelapa parut kemudian dibulat-bulatkan.
Sediakan tepung (seperti menyediakan tepung untuk membuat  pisang goreng)
Panaskan minyak dan salutkan biji cempedak tadi lalu digoreng.

Seamat mencuba.



cucur jagung [dewi]

Bahan2

Jagung ( ambik isi jagung dari 3 btg jagung)
Bawang besar hiris nipis
cili merah hiris gak
Udang idup
Telur sebijik.
Air garam (guna air suam)
Kunyit serbuk

Gaul semua bahan then goreng


JEMPUT JEMPUT JAGUNG [Cranko21]



Bahan2
500 gm isi jagung - di tumbuk sedikit
2 biji bawang besar - hiris halus
1 batang lada merah - hiris halus
1 batang lada hijau - hiris halus
4 sdm tepung gandum
2-3 biji telor
garam secukup rasa


satukan semua bahan dan goreng seperti mengoreng jemput2 biasa.
Hidangkan bersama cili sos atau cili bercuka




JEMPUT-JEMPUT JAGUNG [hanieliza]



Bahan
3 batang Jagung [ ambil isi jagung ]
1 labu bawang besar [cincang]
3 biji cili merah [cincang]
100 gm udang hidup
1 biji telur
2 cawan tepung gandum
sedikit daun kucai
Air garam (guna air suam)
Kunyit serbuk

minyak untuk menggoreng

cara
1. Gaukan semua bahan rata
2. Panaskan minyak dan gorengkan sehingga kuning keemasan.
3. Hidangkan dengan cili sos.

Cengkodok rangup di luar lembut didalam [blackrose]

tepung gandum
bawang merah tumbuk kasar
bilis tumbuk kasar
daun sup atau saderi
cili boh sikit kasi kaler skit
garam

gaul semua bahan pas tu curah air panas.. air mesti cukup panas...biar air yang baru menggelegak.. pas tu gaul.. agak2 le sehingga kita boleh bulat2 kan macam nak buat kuih buah melaka. jgn terlalu lembik. petuanya.. celup tgn dlam air supaya tak melekat semasa membulatkan cekodok...
pas tu goreng sampai timbul.. cicah sambal belacan, sos atau tumis


Variasi

[dewi]
nak bancuh cekodok mmg elok guna air garam untuk elak kejadian garam berketul . Jadi sama rata jer garam tu terasa.

petua nak buat cekodok yg lembut.. guna air suam bila bancuh tepung tu. dan tambah telur sebijik...buat ler cekodok apa sekali pun .. sure sedap

[ajinomotonosuga]
secret cekodok is PLAIN FLOUR mesti lagi banyak 3/4, dari self raising flour
1/4 sebab nak blok minyak masuk dalam banyak..
pasal tu kek kene bake  so any dish yang kene FRY kalo buleh the less minyak masuk dish tu the better..purpose frying is to cook with oil around not with oil inside..even batter  guren pisang pun  lebihkan plain flour and 1/4 rice flour and 1/4 self raising..kalo too much rice flour jadik too keras

[cokelat-rawk]
kalo buat cekodok.. taruk ikan bilis tumbuk bebanyak, kacang panjang dihiris halus, cili kering yang diblend, bawang besar/merah/putih

cekodok malas [CoKeLat-RaWkZ]

ikan bilis
bawang merah/putih
cili kering
garam
tepung gandum


blend dan gaul semua bahan pastu goreng

cekodok simple dan sos [CoKeLat-RaWkZ]

ikan bilis, bawang merah + putih, cili kering = dimesin halus
[agak2 je kuantiti] tepung gandum, sebijik telur, sedikit air, lada sulah, garam dan perasa.  Gaul semua bahan dan goreng!

Sos:
cili padi, bawang putih, [ditumbuk halus], gula melaka @ gula nipah, cuka dan kicap:  Gaul semua bahan dalam mangkuk.. pastu cicah ngan cekodok simple tu.. bestttt..

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 05:43 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2004 11:22 AM | Show all posts
Beancurd Roll [ninoZ]

kulit popia atau kullit wantan sebagai pembalut
inti:
tahu hiris/dadu+cendawan cina cincang+taugeh/kucai+hirisan carrot+sos cendawan/kicap cair sket+gula n garam

rollkan mcm popia atau punjutkan[ni kalau guna wantan]
boleh dikukus atau goreng

variasi:

beli tauhu pok [tauhu yg berongga tu] beli yg bentuk kiub tu..satu permukaan dia tu kita guntingkan bersilang cam pangkah sampai ke pepenjurunya lah..slowly terbalikkan bhg luar tu ke dlm [jadik ala ala bunga]
so dlm dia tu kita isi dgn inti mcm beancurd roll tu [make sure shred halus2] tapi kene campo tepung jagung/breadcrumbs sket la bagi ade form sket..nak gantikan tauhu biasa tu dgn tauhu telur pun sedap gak..pastu leh deep fried
part yg potong bersilang tu akan melentik n nampak cam bunga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2004 01:25 PM | Show all posts
Cucur ubi kayu [baiduri othman]

2 cawan ubi kayu yg dah diparut (tapioca)
* 2 biji cili merah
* 4 biji bawang merah
* 4 biji bawang putih
* sedikit udang kering
sedikit garam & ajinomoto

Cara2 membuatnya:-

1. Udang kering direndam dgn air panas. Kemudian dituskan. Tumbuk kesemua bahan2 * hingga lumat.

2. Kemudian bahan2 tadi bersama tapioca yg dah diparut & masukkan perasa. Bila dah sebati, baru dibentuk bulat & goreng hingga berwarna a bit brownish. Since patties ni berminyak, jadi simpan atas kertas tisu. Finally, boleh dihidangkan & dimakan dgn sos cili.


Cucur Ikan Bilis[Baiduri Othman]

Bahan2nya:-

2 cawan tepung gandum
2 cili merah
Bawang besar di hiris
Ikan bilis yg sudah digoreng
2 biji telur
garam & ajinomoto
sedikit air

Cara2 membuatnya:-

1. Tepung diayak. Tumbuk cili merah & ikan bilis berasingan. Kemudian campur dgn tepung. Sekali dgn bawang besar, garam & ajinomoto, telur & sedikit air. Gaul rata.

2. Bila adunan dah sebati, goreng hingga masak & berwarna brownish. Boleh dimakan dgn sos cili

Variasi:
udang kecik [org selalu guna utk buat cencaluk & belacan] lagilah sedap buat cucur.
Selalunya emak saya tak basuh udang kecik dgn air sebab petuanya - udang kecik akan berbau busuk kalau dibasuh dgn air paip. Cukuplah udang itu dibersihkan begitu saja & kalau ada anak ikan etc. kena dibuangkan. Resipinya lebih kurang mcm Cucur Ikan Bilis kat atas kecuali dia tambah hirisan daun bawang & daun sup & bnyk guna udang kecik utk cucur tu.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:14 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2004 01:38 PM | Show all posts
Cakoi [dianaroz]

Bahan2nya

600gm tepung gandum
1 bungkus ibu roti(dicairkan)
1 biji telur
1 gelas air
sedikit garam
minyak utk menggoreng

Cara2nya

1.Gaulkan tepung dgn telur, ibu roti & uli hingga lembut. Biar selama 5 jam.
2.Canai & taburkan sedikit tepung kemudian dilipat dua.
3.Potong sepanjang 8cm & tekankan atasnya dgn belakang pisau.
4.Goreng sampai kuning.



Cakoi II [dianaroz]

Bahan-bahan :
1kg tepung gandum
1 paket yeast segera - Mauripan
1/2 cawan gula halus
1 camcateh garam
2 sudu besar minyak jagung
2 gelas air suam atau secukupnya
Minyak untuk menggoreng

Cara-caranya:-
Gaulkan tepung dengan yeast, garam dan gula.
Buatkan lubang ditengah-tengah tepung dan tuangkan minyak jagung dan air suam.
Uli hingga sebati dan tidak melekat pada tangan.
Doh akan menjadi kenyal bila telah cukup diuli.
Tutup doh dengan tuala lembap dan peram di dalam suhu bilik hingga doh mengembang dua kali ganda.
Kemudian uli sekali lagi selama 10 atau 15 minit.
Biarkan doh mengembang sekali lagi selama 20 minit.
Panaskan minyak penuh dalam kuali.
Taburkan tepung atas papan pencanai dah canaikan doh setebal 1 inci dan lebarnya 5 inci (lebih kurang).
Celupkan pisau pemotong doh ke dalam tepung dan potong doh mengikut saiz yang dikehendaki.
Turiskan sedikit ditengahnya tetapi jangan sampai putus.
Terus masukkan ke dalam minyak yang panas dan goreng menggunakan api kecil hingga kuning.
Hidangkan panas-panas dengan sos kastad atau lain-lain sos yang digemari.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 03:44 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-4-2004 01:53 PM | Show all posts
Cik Mek Molek [rodriguez]

BAHAN-BAHAN   
1.5 kg ubi keledek
7 @ 8 sudu besar tepung gandum (mengikut keadaan adunan)
Gula untuk diisi ke dalam kuih
1 cawan minyak untuk menggoreng

CARA MEMBUATNYA  
Ubi direbus dan dilecek
Gaul keledek dengan  tepung hingga menjadi adunan yang licin dan lembut, kalau masih lembik tambahkan tepung (mengikut jenis keledek yang dipilih)
Ambil sedikit adunan dan leperkan
Isi sedikit gula, cantumkan dan bentuk bulat membujur
Bila semua adunan telah diisi gula dan dibentuk, panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan .
sedia di makan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-4-2004 02:07 PM | Show all posts
Crispy Rainbow Rolls [Baiduri Othman]

80g fish paste
1 nori sheet
2 water chestnuts, sliced
2 crab sticks
1 stalk celery
1 salted egg yolk
Oil for deep frying

Batter:

3 tbsp water
1 tbsp flour
1 tsp custard powder
1 tsp cornflour
1 tsp baking powder
1 1/2 tbsp oil

1. Spread the fish paste on nori sheet, & top with the water chestnuts, crab sticks, celery & salted egg yolk.

2. Roll the sheet into a cylindrical shape abt 3 cm in diameter. Steam for 5 minutes & put aside.

3. Combine all the ingredients for the batter, adding the oil last.

4. Heat oil in a wok, dip the roll in the batter & deep fry till golden brown.

5. Drain & cut into 6 to 8 pieces


Tauhu lembut gulung[ninoZ]

tauhu lembut/telur - tabur garam n lada sulah pastu dust dgn tepung jagung then digoreng sebiji2 hingga kekuningan..pastu toskan
telur ayam - dipukul lightly
sedikit sos tiram
garam n lada sulah
daun bawang - cincang halus
cendawan cina - rendam sampai kembang then cincang halus

campurkan telur besama sos tiram, garam n lada sulah, daun bwg n cendawan..pukul biar rata then buat dadar nipis2
angkat.. n letak atas bekas rata
letak tauhu atas telur dadar n gulung kemas2
potong menyerong kepada 3 or 4 bhgian n hidangkan bersama sos cili


Kebab Tempe [ninoZ]

tempe - dipotong dadu agak beso n celur kejap
kentang - dipotong dadu n rebus kejap separa empuk
tauhu - potong dadu n goreng kejap je [nak bagi tak mudah pecah]
timun - potong mcm timun utk sate/rojak buah
bwg besar - potong wedges
bhn sapuan:
sedikit jintan manis - tumbuk halus
sedikit ketumbar- tumbuk halus
sedikit serbuk kunyit
minyak masak
honey/gula
sedikit garam

satukan semua bahan sapuan n kacau hingga rata
cucuk bhn2 kebab berselang seli..bior tempe tu byk sket dlm 1 cucuk
mana2 bhn yg mudah relai mcm tahu tu.. jgn letak paling bwh or paling hujung..

sediakan api arang utk memanggang..
brush kebab dgn bahan sapuan kemudian bleh la dipanggang seketika hingga  kaler dia agak2 golden
makan panas2
hidangkan bersama pilihan sos..kuah kacang/kuah pecal/sambal cili kicap/kuah rojak petis
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-4-2004 08:25 PM | Show all posts
CEKODOK DURIAN [pink]

BAHAN2:-
1.isi durian
2.tepung naik sendiri
3.garam
4.air
5.gula pasir

CARA2:-
1.keluarkan isi durian dari bijinya
2.bancuh tepung naik sendiri dengan air dan garam sikit(bancuh agak2 pekat sikit )
3.selepas itu, bancuhan tepung tadi di leperkan di tapak tangan dan isi durian tu di letak di tengah2 ,dan di bubuh gula pasir..
4.bulat2 kesemua bahan tersebut seperti bola(ada initi durian dan gula dalamnya)...dan goreng dalam minyak yg panas..



Cucur Durian [ashra]


Bahan-bahannya

Isi Durian
3 cawan tepung gandum
Secubit garam
1 cawan air
1 biji telur

Cara membuatnya;

1) Gaulkan isi durian bersama tepung dan tuang air sedikit demi sedikit agar sebati dan lembut.

2) Masukkan garam dan sebiji telur.

3) Setelah siap, goreng sejemput2 (macam goreng cekodok pisang).

Cucur Durian / Kodok Durian [Darsita]

Bahan bahan
isi durian yang masak (kalau boleh yang manis rasanya)
tepung gandum

Cara-cara
Gaul isi durian yang lembek dengan tepung gandum, sampai sebati ..kalau adunan tu lembik sangat tambah tepung sikit. Lepas tu goreng. Rasanya lain dari yang lain.

Lempeng durian [Darsita]
bahan2 :
isi durian masak
tepung gandum
Gaul isi durian yang lembek dengan tepung gandum, sampai sebati ..kalau adunan tu lembik sangat tambah tepung sikit. kemudian digoreng nipis dalam kuali dengan sedikit minyak.

Bubur durian [Darsita]

Isi durian yang belum masak (selalu kita terbeli yang jenis ini) di masukkan dalam air satu periuk dan di rebus. Campur gula sesedap rasa. Lepas tu pukul telur dalam mangkuk dan di tuangkan di dalam rebsan durian tadi.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 06:37 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2004 08:28 PM | Show all posts
Cucur Jintan Berlian[ninoZ]

4 biji telur
1 1/2 cawan gula pasir
4 tbsp mentega/marjerin
jintan manis secukupnya - sangrai kejap then kisar halus n tapis [taruk byk2 baru sedap n wangi]
campuran tepung gandum n tepung naik sendiri - secukup lembut [nak guna tepung naik sendiri sepenuhnya pun boleh gak]

pukul telur dan gula hingga kembang dan putih..then masukkan jintan manis..
masukkan tepung dua tiga senduk..then gaulkan marjerin/mentega..pastu baru tambah tepung lagi sedikit demi sedikit..
agak2 adunan mcm dah tak berapa lekat di tgn or lekat sket2 aje..stop tambah tepung..
gaul majerin sket kat tgn tak kasik lekat then uli secukupnya..
ambik adunan sebeso bola pingpong tu..atau bigger.. uli2 jadik silinder yg pjg
pastu guna pisau utk potong adunan tu kecik2 [potong menyerong mcm bentuk berlian/diamond]
pastu goreng dlm minyak yg banyak [ api kene slow/sederhana..kalau tak dlm dia tak masak]

cucur kentang [Paja]

3 cawan tepung
200gm udang (buang kulit)
sebiji bawang besar (potong dadu)
sebiji kentang (potong kecil dadu)
1 sudu serbuk pati ayam
sebiji cili merah ditumbuk atau cincang halus (tak nak letak pun takpe)
secubit serbuk kunyit (nak bagi cantik berseri cekodok tu nanti ... hehehehe)
Garam  
air
Minyak secukupnya

Cara:
1) Campur semua bahan, masuk dalam mangkuk besar. pastu masukkan air sampai adunan sebati
2) Panaskan minyak, goreng ler sampai masak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2004 08:43 PM | Show all posts


CUCUR UDANG [NoorMasri]

Bahan-bahan:

4 cawan tepung gandum
250 g udang kasar
30 sen tauge
40 sen daun kucai (dipotong)
3 cawan air
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam
MSG secoet jika suka
minyak utk menggoreng

Cara membuat:

Bersihkan tauge, daun kucai dan udang.
Campurkan tepung dgn tauge, kucai, serbuk kunyit dan garam
Kemudian bancuh dgn air sehingga sebati
Panaskan minyak dlm kuali
Sendukkan adunan bubuh sekor udang di atasnya dan goreng hingga masak.



cucur udang [bLUe_jaMBu]

2 cawan tepung
1 biji telur
1/2 bawang bombay - dice
garam / serbuk cili
udang - dice
air secukupnya (guna air baru mendidih)

kacau sume and goreng..

hasilnya sungguh lembut di dalam tapi rangup di luar..cicah ngan sos delichef cosway lagiii powerrrr!

memula ingat nak wat cucur udang tu tapi hubby takmo..


CUCUR UDANG [angsamerah]

Ingredients

20 small prawns, washed

275g self-raising flour

60g rice flour

1 small egg, lightly beaten

A handful of bean sprouts, tailed

1 stalk spring onion, chopped

1 green chilli, finely sliced

? an onion, finely sliced

350ml water

Seasoning:

1 tsp salt

? tsp pepper

? tsp sugar

? tsp chicken stock granules

? tsp sesame oil


Oil for deep-frying
Method
Sift both flours into a large mixing bowl and add seasoning. Add beaten egg and mix into a batter with water. Stir in bean sprouts, spring onion, chilli and onion then leave batter to stand for 30
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2004 08:46 PM | Show all posts
KUEH PAU [hanieliza]



bahan
500 gm tepung gandum
1/2 s/k baking powder
1/2 s/k garam
1 s/b gula
1 s/k yeast mauripan
2 s/b shorterning [crisko]
250 gm air suam

cara
1. Gaul rata semua bahan kecuali air.
2. Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis.
3. Uli sehingga licin[tak lekat ditangan]
4. Tutupkan dgn kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
5. Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil.
6. Bulatkan dan lmasukkan inti mengikut kesukaan sendiri [inti ayam/kacang merah/kaya/kelapa/daging].
7. Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas.
8. Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
9. Panaskan kukusan.
10. Masukkan adunan dan masakkan selama 10 minit.
11. Buka tudung dengan perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau.
12. Siap untuk dimakan.........

INTI PAU..Ayam atau Daging

bahan

250 gm isi ayam atau daging [hiris kecil
200 gm kentang
1 s/b rempah kari yam/daging ] bancuh jadikan pes
2 s/b air ]
1 labu bawang besar ]
1 ulas bawang putih ] cincang
1 pokok daun sup [cincang]
1/2 cawan air
garam
gula
minyak


cara
1. Panaskan minyak dan dan tumiskan bawang besar dan bawang putih yg dicincang sehingga wangi.
2. Masaukkan pes rempah kari dan kacau sehingga rata. Maskkan sehingga naik minyak dan wangi.
3. Masukkan isi ayam atau daging dan kentang.
4. Masukkan air, garam dan kacau rata.Biarkan mendideh dan daging atau ayam lembut. Masukkan daun sup yg dicincangkan.
5. Bila nampak pekat dan daging lembut bolehlah angkat dan sejukkan.
6. Buatkan aduinan pau dan masukkan inti dalamnya.

Inti Kacang Merah utk Pau [ninoZ]

kacang merah/hitam - rendam semalaman
gula secukupnya
sedikit garam
butter/minyak sayur

guna kacang merah atau kacang hitam.. rendam dulu semalaman
then rebus dgn sedikit garam sampai kembang..
pastu blendkan sampai hancur bersama dgn gula..
then masukkan sket  aje butter atau minyak sayuran dlm kuali/periuk..
masukkan bhn blended tadi n masak  dgn api perlahan sampai pekat n sedikit kental

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 07:15 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2004 08:54 PM | Show all posts
Karipap Pusing [NurAlara]

tepung gandum
marjerin
air

1. amik tepung gandum..bahagi dua bahagian
2. satu bahagian..bancuh dengan air..cam nak buat karipap biasa tu.. (A)
3.satu bahagian tepung gandum..campurkan dengan marjerin..bubuh banyak sket marjerin tuh..uli sampai jadi tepung karipap..(B)
4. kepalkan yg A..bulat2..uli2 kat tangan..then leperkan sedikit..tak yah nipis..tebal tak pe.
5. kepalkan yg B..bulat2..
6.masukkan  B (tepung bermajerin tuh) kedalam A yg dalam keadaan leper tuh..maksudnya..bungkus B dalam A.
7.bulatkan semula..campuran tuh..uli kat tangan supaya jadi bulat..
8.amik pencanai..leperkan campuran tuh...leper2....kan jadi ratakan...
9. gulung campuran tepung yg dah leper tuh..gulung kan jadi panjang kan...
10.amik pencanai ....penyekkan gulungan tuh...so..gulungan tadi jadi rata balik..then ..
11. gulung semula.. amik pisau..potong gulungan tuh.kecik2.tebal lebih kurang satu cm.. then amik pencanai..leperkan gulungan yg dah dipotong kecik2 tuh...anda akan dapati tepung adunan tu...rata..dan permukaan akan nampak 2 lapisan..yg bermajerin dan tepung biasa..masukkan inti,,,,klip pakai tangan..goreng....


Inti Karipap Sardin
[NurAlara]

bhn2:
3 bijik ubi kentang
2 labu bwg besar
4 bijik bwng putih..
sardin satu tin..
minyak
garam
gula

cara2..
kupas ubi kentang- potong dadu
tumis bawang besar dan bwg putih..
masukkan kuah sardin..
masukkan ubu kentang..masak hingga agak empuk..
masukkan sardin...
bubuh garam dan gula..
masak hingga agak kering..



Inti  Karipap Ayam/Daging [ninoZ]

isi ayam - potong dadu
kentang/keledek - potong dadu
bwg beso - dadu
halia - dimayang halus
rempah kari ayam/daging
jintan manis - sangrai terlebih dahulu
garam n gula secukup rasa
daun sup - hiris
lada hitam sket jika suka

masuk semua bahan[kecuali daun sup] dlm periuk gaulkan n masak atas api sederhana hingga ayam n potato empuk..then masukkan daun sup
sejukkan n siap utk digunakan

Karipap Traditional 1 [Dewi]

tepung
minyak masak
air + garam

cara buat kulit nyer:
Tepung gandum buh dlm mangkuk besar buh buat lubang kat tgh 2. Then panas kan minyak masak , peh tu tuang atas tepung tadi . Kacau ler ngan senduk kayu kalau tak tahan panas. Peh tu baru ler tambah sikit2 air garam( jadik garam tu rata jer rasa dia)
petua sikit . kalau boleh air nak wat uli tepung karipap nie biar air sejuk ( air peti ais tu.
peh tu baru ler bulat2 kan dan canai ler.


karipap tradisional baru [Dewi]

cara sama ngan dia atas cuma gantikan minyak masak ngan mentega. mentega kalau nak panas kan pun boleh kalau tak panas kan pun boleh.


Karipap Pusing [Dewi]

tepung kena buat 2 bahagian .

1/3 bahagian ..... di campur dgn lelemak sayuran ( tak der ni tak jadik ler karipap pusing korang.  dan di uli rata then di bentuk bulat2.

2/3 bahagian ......di uli dgn air garam sejuk.


isi kan bahagian tepung yg diuli dgn lelemak sayuran dlm tepung yg tak der mender tu. Buat ler bahagian ti cam inti dia ler. Yg bahagian biasa tu kulit dia.

peh tu biarkan seketika.

peh tu canai ler tepung tu jadi bulat leper. peh tu potong adunan leper tu dari tengah ke tepi dan gulung . dia akan jadi cam bentuk scone.

peh tu canai lagi jadi jaluran panjang. gulung jaluran tu . ala cam kita gulung karpet tu ler. kita akan dpt satu gulungan can kek gulung tu.

potong gulungan tu ikut size yg kita mau. kalau nak besar karipap tu potong ler tebal2. peh tu canai leperkan bahagian yg dipotong tu. hasilnyer dpt ler kulit karipap yg berpusing2 cantik

KARIPAP PUSING [hanieliza]



Bahan kulit A
350 gm tepung gandum
1 cawan air suam + sikit garam

Bahan kulit B
150 gm tepung gandum
1 s/k lemak spry [crisco]
majerin ikut lembut

Cara
1. Gaulkan dan uli bahan A sehingga kental dan tidak melekat ditangan. Bahagikan kepada 5 bebola kecil. Ketepikan.

2. Gaul dan ulikan bahan B sehingga menjadi ketul yg lembut. Bahagikan juga kepada 5 bebola kecil juga.

3. Ambil bebola A dan leperkan. Ambil bebola B dan masukkan kedalam bebola A. dan ulangkan sampai semua bebola habis.

4. Canai dan leperkan secara memanjang bebola tadi. Gulungkan adunan saperti gulungan tikar. Canai dan leperkan sekali lagi. Gulungkan sekali lagi.
Buat kesemua bebola sehingga habis.

5. Ambil satu gulungan dan hiris  setebal 1/2 inci dan canai supaya leper tetapi dalam bentuk bujur.

6. Masukkan inti di tengah dan tutupkan semula. Kemaskan dengan kelim dengan kemas. Tekan kuat sikit dengan hunujg jari supaya tidak mudah terbuka bila digoreng. Buat sehingga adunan habis.

7. Panaskan minyak yg banyak dan gorengkan dengan api yg sederhana. Bila nampak kuning keemasan boleh angkat dan hidangkan.

Bahan Inti.
1 cawan isi ayam atau daging [hiris kecil]
1 labu bawang besar [potong dadu]
2 ulas bawang putih [cincang]
500 gm ubi kentang [potong dadu]
1 s/b rempah kari daging [bancuh dgn sikit air]
1 cawan air
garam
gula
daun kari
minyak untuk tumis

Cara masak
1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang dan daun kari sehingga wangi dan layu.
2. Masukkan rempah kari dan biarkan sehingga garing.
3. Masukkan isi ayam atau daging, kentang, garam, sedikit gula dan air.
4. Masakkan sehingga kentang empok dan air kering.
5. Tutup api dan masukkan dalam mangkuk. Sejukkan.



KARIPAP[hanieliza]



500 g tepung gandum + secubit garam
3/4 cawan minyak
1 1/2 cawan air panas

Cara

1. Gaulkan tepung dengan garam dalam mangkuk supaya rata dan buatkan lubang di tengahnya.
2. Masukkan minyak dan air panas. Gaulkan dengan senduk kayu .
3. Uli lagi supa semua bahan rata dan kental.
4. Ambil sedikit adunan dan canai diatas papan pencanai.
5. Gunakan penggelek untuk meleperkan doh. Guna acuan bentuk bulat.
6. Letak agak agak bahan inti setengah sudu ditengah tengah doh yang sudah di potong bulat.
7.Kelipkan keliling seperti bentuk karipap.
8. Goreng dalam minyak panas. Angkat bila agak kekuningan.



KARIPAP DAGING [NoorMasri]



Inti Daging

Bahan-bahan:

3 biji kentang dipotong dadu.
200g daging cincang
2 sudu besar rempah kari daging
1 labu bawang besar dipotong dadu
5 ulas bawang merah-ditumbuk
2 ulas bawang putih -ditumbuk
1 sudu besar ikan bilis -ditumbuk
1 sudu besar udang kering-ditumbuk
Setangkai daun sup }dihiris
Sedikit gula & garam

Cara membuat inti:

Tumis bawang besar, bawang merah, bawang putih hingga kekuningan.
Masukkan rempah kari, bila agak garing masukkan ikan bilis dan udang kering.
Masukkan daging dan kentang. Kacau sehingga setengah masak masukkan gula dan garam secukup rasa. sebelum diangkat masukkan daun sup.

Bahan-bahan untuk pastri:

2 cawan tepung gandum
2 sudu besar majerin
air untuk menguli (lebih kurang 1/4 cawan)
secubit garam masukkan kedlm air

Cara membuat kulit karipap:

Masukkan majerin ke dalam tepung. Ramas tepung & majerin hingga rata. Kemudian masukkan air yg di bubuh sedikit garam uli sehingga menjadi doh.  Jangan terlebih air utk mendapatkan kulit yg rapuh.

Tips: Kalau nak kentang cepat empuk dan inti cepat siap, kentang yang telah dipotong hendaklah direbus dahulu sehingga separuh masak. Baru lah di masukkan ke dalam kuali inti tadi.  

Tips: Goreng karipap dgn api yg sederhana supaya kulitnya licin dan rangup

inti karipap [Kacip_fatimah]
3 biji kentang-dadu
3 labu bawang besar-dadu
3 ulas bawang putih-cicang/hiris
2"halia-mayang
2 camb jintan manis-sangrai ]
1 camb jintan putih-sangrai  ] ditumbuk
3 camb lada hitam             ]
1 camb rempah kari daging
3 tangkai daun kari
ayam-bahagian dada n dipotong kecik2 [suka ati laa nk bagian mana..]
garam secukop rasa
2 pokok daun sup-cincang halus

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 06:49 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2004 08:59 PM | Show all posts
INTI POPIAH [gigi kuning]

SENGKUANG DISAGAT
CARROT MERAH DISAGAT

REBUS DAGING AYAM......PASTU DIRACIK
RENDAM SIKIT UDANG KERING.....PASTU TUMBUK


TUMIS BAWANG PUTIH NGAN SIKIT JE MINYAK
TARUK SUMA BAHAN DIATAS
KACAU HINGGA AIR KERING SIKIT
ANGKAT LA.......TU PON TAK TAU KE :


BALUTLA NGAN KULIT POPIAH
NAK LAGI SEDAP, SEBELUM GORENG CELUP NGAN KUNING TELUR YG DAH DIPUKUL
PUTIH TELUR TADI KAN DAH DIPAKAI BUAT GAM POPIAH


inti popia me sempoi je.[ninoZ]


kacang panjang - hiris nipis
sengkuang - sagat
karet - sagat
tauhu - goreng, potong kecik
taucu bilal - basuh besih, toskan
crab stick - hiris nipis

tumis garlic, pastu tumis sket tauco sampai wangi
masukkan semua sayuran..stir fry kejap je..then buh sos tiram skett je
pastu tos tak kasik berair
kalau rajin.. buat dadar tellur nipis2..pastu hiris halus
kadang taruk udang kering yg digoreng garinggg..pastu tumbuk halus-halus
udang n telur ni tabur masa nak balut popia..

inti yg sama gak salu buat utk isikan dlm pie tee

POPIAH SARDIN [hanieliza]

bahan

kulit popia saiz besar
1 biji telur [pukul sikit]

1 tin kecil sardin [hancurkan]
1 cawan kobis [mayang halus]l
1 labu bawang besar [cincang]
1 biji cili merah [cincang]
minyak untuk menggoreng
garam

Cara:
1. Panaskan sikit minyak dan tumiskan bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan sardin dan sayur kobis.
3. Masak sehingga layu dan rasakan garamnya.
4. Angkat inti dan masukkan dalam mangkuk bertapis supaya minyak turun.
5.  Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan gulungkan.
6.  Buat begini sehingga habis.
7. Panaskan minyak dan gorenglah hingga garing. Setelah itu angkat dan toskan minyak.
6. Hidangkan dengan cili sos.


Sos Cili

bahan
3 biji cili merah
1 s.b cili mesin
1 ulas bawang putih
1 s/b cuka
gula dan garam
1 s/k tepung jagung

[Mesinkan semua bahan dan didehkan sebentar.]

popiah sayur.. [cranko21]

sengkuang
carrot
buncis (byk2 sekali - sedappppp oooo)
taugeh (kalau nak muai .. kalu tak .. 3 bahan kat atas tu dah cukup dah)

bawang besar
bawang putih
udang kering


msin bawang besar, putih dan udang. Tumis hingga garing dan masukkan sayur2 semua.. gaul sedikit.. rasa garam.. dah.. ketepikan dan gulung dlm kulit popiah..
selalu buat lebih2.. then masuk dlm bekas plastic dan standby kat fridge.. bila org dtg kes tak expected, tinggal goreng jer..

Inti Popiah [Dewi]

Sengkuang
karot
kuchai & taogeh.
ayam [tak yah rebus hilang manis ayam tu]
buh lak fish cake slice halus
udang halus
Tahu. [potong dadu]

tumis bawang merah & putih .
masuk ayam dulu masak sikit buh udang then tahu & fish cake.
bis tu baru masuk sayur2 semua.
kasi layu sengkuang.
angkat buh dlm tapis. ( petua nie sengkuang tu air byk) kalau kita balut popiah tu inti dia byk air nanti popiah kita bocor bila digoreng.
tapis air kuar & kasi sejuk.
leh ler balut peh tu. seal ngan (bancuhan tepung gandun & air pun boleh)

goreng jer tapi make sure tos betul2 minyak kalau tak nanti bila sejuk dia tak garing dah jadik lembik jer popiah korang.

tapi best nyer makan panas2 ngan sos cili buat sendiri.

Sos cili popiah


cili kering .. potong rebus.
ambik cili kering buh dlm blender, buh cuka , gula, garam sikit, and tomato sos.
nak lagik pekat panas kan balik bahan nie dan tuang kan air bancuhan tepung jagung sikit

Kulit Popia Basah [Jonah]

Campur 2 cawan tepung gandum yang diayak 2 kali dengan 1 cawan air dan secubit garam. Bancuh dan kacau betul-betul agak lama hingga adunan sebati. Tutup kemas dengan tuala lembab dan biar selama 4-5 jam. Panaskan kuali leper jenis berat di atas api sederhana. Lengser dengan tuala yang dibubuh minyak. Ambil segumpal adunan dan layangkan di atas kuali tadi menjadi lapisan nipis. Dalam beberapa saat saja, lapisan kulit itu boleh ditanggalkan dari kuali. Angkat dan gunakan. Jika tidak, tutup semua lapisan kulit popiah dengan tuala lembab sehingga digunakan. Membuatnya agak sukar dan memerlukan kemahiran, jadi, perlu mencuba beberapa kali.

Kulit Popia [shidaaziz]

Ingredients

600g plain flour

1 tsp salt

200ml water
Method
Mix flour, salt and enough water to make a sticky, soft dough. Beat till smooth then slap dough till elastic. Cover with a damp tea towel. Leave to rest for 2
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-4-2004 09:06 PM | Show all posts
POPIA UDANG DAN TELUR MASIN [TAJMAH]

Bahan-bahannya:

20 keping kulit Popia yang kecil
20 ekor udang yang sedang atau besar
5 biji kuning telur masin
Minyak menggoreng secukupnya
Tepung goreng udang (jika suka)


Cara membuatnya:

1. Kupas udang dan belah belakang untuk buang kotorannya cuci dan toskan.
2. Kuning telur masin di potong empat.
3. Jika suka gaul udang dengan tepung goreng.
4. Letakkan udang bersama kuning telur masin diatas popia dan golong kemas.
5. Panaskan minyak kemudian goreng popia sehingga masak. Perlahankan api supaya tidak hangus.
6. setelah masak angkat dan bolehlah dihidangkan.


Peringatan : 1 biji kuning telur masin untuk 4 biji popia

SELAMAT MENCUBA

Inti Popiah [ninoZ]

kacang panjang - hiris nipis
sengkuang - sagat
karet - sagat
tauhu - goreng, potong kecik
taucu bilal - basuh besih, toskan
crab stick - hiris nipis

tumis garlic, pastu tumis sket tauco sampai wangi
masukkan semua sayuran..stir fry kejap je..then buh sos tiram skett je
pastu tos tak kasik berair
kalau rajin.. buat dadar tellur nipis2..pastu hiris halus
kadang taruk udang kering yg digoreng garinggg..pastu tumbuk halus-halus
udang n telur ni tabur masa nak balut popia..

inti yg sama gak salu buat utk isikan dlm pie tee..


Inti  Popiah Kobis [ajinomotonosuga]

kobis dihiris halus2 macam coleslaw tu..plenty garlic
gunakan seafood atau ayam/daging sebagai rencah
inti ni kalo campur banyak seme2 sangat nanti muokkkkkk... inti simple satu dua jenis campuran bahan utama je..
kobis masak dengan stok kiub mix dengan crab meat..picisan ayam roasted ka..
dips dengan kuah berlada

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 06:28 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-10-2004 02:33 PM | Show all posts
jemput-jemput isi ikan [waterlily]
Bahan2 :

Isi ikan dihancurkan
Kobis - dihiris halus
Bawang besar - potong dadu
Cili merah & hijau - dihiris halus

Cara :

Semua bahan digaul sebati ..kemudian goreng tenggelam dlm kuali .
Goreng bulat2 mcm jemput2 . Siap untuk dimakan . Cubalah .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-10-2004 03:29 PM | Show all posts
Wajik Sirat [eligible_gurl]

Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut (sangai dan tumbuk)
3 biji (ambil 4 cawan santan pekat)
1 kg gula merah 1 kg gula pasir
5 helai daun pandan
Cara:
Masak santan hingga pecah minyak. Masukkan gula merah dan gula pasir. Masak hingga likat.

Masukkan beras pulut dan kacau hingga pekat dan tidak berair. Tuang dalam bekas.


Wajik Durian[eligible_gurl]


Bahan-Bahan:
1 kg beras pulut
1 kg gula melaka atau gula merah
1 liter santan
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2004 09:28 AM | Show all posts
BAHULU [dewi]

Bahan2:-
telur semangkuk
gula semangkuk
tepung gandum yg telah dijemur/digoreng.

cara membuat:-
pecahkan telur dan bubuh dlm mangkuk kasi penuh.senang tak payah pakai biji2 kalau telur besar kecik pun tak kisah.gula mesti sama banyak dgn telur.kalau nak bahulu yg keras kat luar lembut kat dalam tambah gula sikit lagi kasi bumbun dlm mangkuk tu.kalau nak lembut cukup sekadar rata mangkuk tu jer gula.
pukul telur dan gula sampai kembang.
tepung tu kena goreng dlm kuali [tanpa minyak] sampai panas.lepas tu ayak dan ketepi kan.
ambil mangkuk kecil dan cedok bahagian atas campuran telur dan tepung.tambah kan sedikit2 tepung dan kaup balik kan tepung.tekstur campuran tepung ni likat.kalau terlebih tepung bahulu akan keras.so agak2 tau.kalau adunan tu di sudu dia susah nak jatuh gitu tapi still ringan.
bakar dlm acuan yg panas yg dah di gris dgn sedikit minyak.

tips:-
jgn bancuh adunan tepung sekali gus.
kalau adunan telur dan gula dah mendap pukul jer lagi kasi naik dan kaup bahagian atas jer untuk bancuh dgn tepung.
selamat mencuba.

kuih baulu [Duta Lover]

Bahan
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 12:19 PM | Show all posts


SRIMUKA [hanieliza]

Bawah:
3 cawan pulut
3 cawan santan cair + sikit garam

Kukuskan sehingga masak.
Minyakkan sikit loyang lain dan tekankan pulut yang telah masak tadi.
Kukuskan semula dan tuangkan adunan bahagian atas.

Atas:
21/2 cawan santan pekat + jus pandan + warna hijau
1/2  cawan gula
1/2  cawan tepung gandum
1 s/bsar tepung jagung
2 biji telur
1 s/t garam

Gaul rata semua bahan dan tapis.
Tuangkan perlahan-lahan atas pulut tadi.
Kukuskan lebih kurang 1/2 jam.
Sejukkan dahulu baru potong


variasi [ninoZ]

pulut bhg bawah tu buat cam biasa - kukus pulut dgn santan n garam  dlm pelengat
bhg atas tu plak..serba semangkuk - blend rata semangkuk gula + semangkuk santan[campo jus pandan]+ semangkuk telur+ daun limau purut + jintan manis + garam sket
curah atas pulut
then kukus cam biasa sampai masak
siappp!


SERIMUKA[ninoZ]


me nyer versi..sempoiiii je
pulut takde rendam2 pun..sukat guna pot...masuk dlm rice cooker
basuh bersih2 then sukat airnya kurang sket dari camne kita sukat utk beras..
cth: kalau 2 pot beras kita guna 2.5 air
kalau pulut lak..2 pot beras sukat airnya 2 pot je or less
on kan ricecooker...bior sampai masak
pastu ceduk n ratakan dlm pelengat
siapkan atasnyer plak..
utk atasnya..main sukat pakai mangkuk je
rationyer camni
semangkuk santan : semangkuk gula[salunyer kurangkan skettt je dari semangkuk] : semangkuk telur : 2-3 tbsp tepung gandum
masuk semua bahan dlm blender bersama2 daun pandan secukupnya [bior byk sket baru kaler hijaunya jadik lawa..tak main lerr taruk2 kalering nih..hehehehe]
whizzzzzzzz sekali harung sampai halus n hijau
tapiskan then tuang atas pelengat yg berpulut tadi..pastu kukus sampai masak
30-45minit pastu surely siap masak
tunggu sejuk..makannnnnnnn
eh chuppp! potong dulu then baru makan

kalau nak campur pulut hitam..me guna pulut hitam yg agak merah tu
ratio pulut susu : pulut hitam... 3 pulut susu : 1 pulut hitam
kalau byk sgt pulut hitam..tektur pulut bwh jadi tak cantik


haa..ade yg mention pulut tai tai/ pulut tetai tadi kan?
yg tu pun mudah nak buat
just kukus pulut cam biasa.. 1/4 pulut tu warnakan dgn jus bunga telang [gaul dgn jus masa nak kukus]
cari bekas yg senang nak mampat cam tupperware ke ape ke..
then layerkan pulut putih n pulut biru cam marble..biar mumbung sket..then mampatkan dgn penutupnya...
kalau takde bunga telang...bleh guna jus pandan

then makan dgn sekaya..paling best kalau buat sendiri..nak resepi kaya..sila rujuk archive


KUEH SERIMUKA PELANGI[hanieliza]

Bahan-bahan:
Lapisan Bawah
2 cawan pulut [rendamkan 3 jam]
2 cawan santan cair
1 s/k garam

Lapisan Pelangi
4 cawan santan pekat
1 biji telur
1/2 cawan gula
1/2 cawan tepung kastad
1/2 cawan tepung gandum
sedikit garam

pewarna
kuning..hijau..merah ..coklat paste

Cara
1. Masukkan semua bahan bawah dalam loyang dan kukuskan.
2. Bila telah masak, tekankan dalam loyang sehingga mampat.
3. Bancuhkan semua bahan lapisan pelangi kecuali pewarna dan tapiskan.
4. Bahgaikan adunan lapisan pelangi kepada 4 mangkuk
5. Masukkan setiap mangkuk dengan 1 warna.
6. Kukus semula pulut yg telah dimanpatkan.
7. Lapiskan dengan warna hijau dan kukus selama 10 minit dengan api perlahan.
8. Buat lapisana seterusnya sehingga habis.
9. Bila telah habis semua adunan sejukkan betui2 [dalam 4 jam] baru dipotongkan.
10. Hidangkan untuk minum petang.



PUTRI SALAD @ PULUT SERIKAYA [cranko21]

LAPISAN BAWAH
540 gm Beras Pulut (bersihkan dan rendam untuk 2
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2004 11:28 PM | Show all posts
kuih kaswi [paja]

Bahan:

150g gula Melaka
75g gula merah
75g gula pasir
200ml air (untuk masak gula)
1 helai daun pandan
300g tepung beras
2 1/2 sudu makan penuh tepung sagu
1/4 sudu kecil kapur (dicampur sedikit air)
1/4 ssudu kecil garam
250ml air
230g kelapa parut dibuang kulit
1 susu kecil garam (digaul dengan kelapa)

Cara:

1) Masak gula Melaka, gula merah, gula pasir, air dan daun pandan di dalam  periuk sampai cair.
2) pastu angkat, tapis dan biarkan sejuk.
3) gaul tepung beras, tepung sagu, kapur, garam dan air di dalam mangkuk lain.
4) Kena tapis sebab tak nak ada gentel2 tepung atau kapur .. nanti tak cantik kuih tu .. pastu isi dalam acuan atau loyang kuih.
5) pastu kukus ler ... dalam 20 minit. make sure kukus tu panaskan dulu dlaam 3,4 minit
6) nak makan tu ... potong cantik2 pastu salut kelapa parut


kuih kosoi [ninoZ]

bahan asas buat kosui :
gula melaka
air
tepung beras + tepung gandum
sedikit air kapur
kicap
garam
kelapa parut - bhg putih sahaja
daun pandan

masak gula melaka dgn air..taruk daun pandan kasik wangi.. msk sampai gula  larut then tapis..bior sejuk
campuran tepung beras n tepung gandum dibancuh  hingga sebati dgn air gula tu..masukkan air kapur skettt aje..tambah kicap kasik warna coklatnyer  deeper n cantik n rasa yg lebih lemak [nak senang masuk je everything dlm blender]
kepekatan tu agak agak bila kita kacau dgn senduk..dia cam melekat sket kat belakang senduk..kuih kosui yg lembik lagi sedap dari yg keras...
pastu leh kukus sampai masak
bior sejuk baru la dipotong n gaul dgn kelapa parut yg telah dicampur secubit garam n bleh dihidangkan..

KUEH KASWI GANDUM [hanieliza]

Bahan
5 cawan air
3 keping gula kerek/roda (banyak dijual di pantai timur)
2 sudu besar gula pasir

Masakkan semua dan sejukkan

2 cawan tepung gandum
? cawan tepung kanji/ubi
1 sudu kecil kapur kueh
Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:

Panaskan kukusan.
Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
Bancuh semua bahan dan  tuangkan dalam loyang.
Masakkan sehingga  masak.
Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
Gaulkan garam dan kelapa.
Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi

KASWI PANDAN [hanieliza]



Bahan
6 cawan air
1 cawan gula pasir
1 helai daun pandan
[Masakkan semua dan sejukkan]

1 cawan jus pandan
2 cawan tepung gandum
? cawan tepung kanji/ubi
1 sudu kecil kapur kueh

Kelapa parut ( yang muda)
Sedikit garam

Cara:
1. Panaskan kukusan.
2. Ratakan sedikit minyak dalam loyang yang nak digunakan.
3. Bancuh semua bahan dan  tapiskan ke dalam loyang.
4. Masakkan sehingga  masak [30 minit].
5. Tunggu sehingga sejuk baru bolih potong.
6. Gaulkan garam dan kelapa.
7. Lumurkan kueh yang dipotong bersama dengan kelapa tadi.

[ Last edited by  NoorMasri at 11-11-2006 07:05 AM ]
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.345344 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list