CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[kompilasi] KUIH-MUIH

   Close [Copy link]
Post time 20-4-2005 10:07 AM | Show all posts
KARIPAP POPIA / CURRY POPIA [Jonah]



BAHAN2 INTI:

1 kilo kentang - potong dadu
300 gm daging atau isi ayam di cincang - nak lebih pun no hal
2 labu bawang besar - di dadu
daun sop dan daun bawang
daun kari - akak suka bubuh banyak2
5 ulas bwg merah  - di mesin
1 ulas bwg putih    - di mesin
sdikit halia             - di mesin
sedikit ikan bilis      - di mesin
rempah kari ayam - sukahati banyak mana
serbuk jintan putih - anggaran 1-2 sudu besar
sedikit serbuk cili - optional
garam secukup rasa

CARA MEMASAK:

1.  Tumis bahan2 mesin dan serbuk cili, jintan, dn kari - tums sampai wangi.

2.  Masukkan daging - sampai empuk.  

3.  Masukkan kentang - sampai empuk (kalau guna ayam, masuk skali ngan kentang)

4.  Masukkan daun kari dan biar kering sikit - kalau elok basah2 skitlah.

5.  Masukkan bawang besar yg didadu.

6.  Bila dah tutup api, masukkan daun sup dan daun bawang.

7.  Kemudian ambil sekeping kulit popia, letakkan sedikit inti - tak payah banyak2 - dan gulung.

8.  Goreng dan siap untuk hidang.



NOTA:

Karipap popia ni cukup senang dan cepat membuatnya.  

Jintan membuat kan inti ini lebih sedap lagi.

Selain inti karipap biasa ni, boleh juga buat inti sardin atau inti telur.

Inti telur tu - buatlah cam scramble egg, buh pepper skit, black pepper ke.


inti sardin
1 tin sardin cap ayam
kentang - banyak mana ikut suka - potong dadu
1 biji bawang besar
1 ulas bwg putih
sedikit halia
1 sudu cili mesin
limau kasturi

CARA MEMASAK

1.  Tumis, bwang, bwg putih, halia n cili sehingga naik bau.

2.  Masukkan kentang sehingga empuk.

3.  Masukkan sardin - kacau hancur2kan.

4.  Perahkan asam dan bubuh garam.


NOTA:

Kalau nak sedap bubuh daun sup and daun bawang hiris halus2.  Bubuh masa dah tutup api, supaya daun tak layu sgt.

[ Last edited by CatLady on 20-4-2005 at 10:08 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-4-2005 09:19 PM | Show all posts
Belimbing Sira [speedial]

Bahan-Bahan:
150 gm tepung gandum
30 gm majerin
1 biji kuning telur Garam
1/3 cawan air
Gula halus

Cara:
Gaul tepung dengan majerin, garam dan telur hingga sebati.
Masukkan air sedikit-sedikit dan uli hingga lembut.
Canai nipis dan potong persegi kecil-kecil berukuran 2 cm x 2 cm.
Lipat dua menjadi tiga segi. Lipat dua lagi bahagian di belakang dan picit sedikit supaya tepung melekat.
Setelah habis, goreng hingga garing. Sejukkan dan golekkan di atas gula halus.
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:23 PM | Show all posts




ROTI JALA (long)


2 cup tepung gandum
2 1/2 cup air
1 biji telor
2 tbsp minyak masak
sedikit serbuk kunyit
sedikit garam

untuk lengserkan pada kuali :-
beberapa helai daun pandan di simpul
1sdt  minyak sapi + 1sdt minyak

campurkan garam, serbuk kunyit bersama tepung, kemudian masukkan air, telor dan minyak masak. gaul dan tapis supaya adunan tidak berketul.

panaskan  kuali leper,  sapukan dgn daun pandan yg di celup minyak...dan kirailah  batter tadi dgn acuan roti jala....masak, angkat dan gulung..

cecah ngan kari sedap, kuah durian pon sedap.



Roti Jala [speedial]



2 cwn tepung gandum
2 biji telur
2 cawan santan
1/2 sudu kecil garam [ikut rasa]
pewarna kuning

Utk menyenangkan kerja dan dapatkan tepung yang tak berbintil, masukkan dlm blender semua sekali dan blend.
Gunakan acuan utk roti jala.
Panaskan pan non-stick dgn api perlahan dan boleh mulakan jala-menjala.

NOTE: Kalau tak nak gunakan santan pun boleh, gantikan santan dgn air/susu segar.

Kuah Kari Ayam

1 ekor ayam potong kecil
2 biji kentang ] potong dadu
2 biji tomato ] belah 4
Rempah tumis [kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan bunga lawang]
5 ulas bwg merah ] mayang
3 ulas bwg putih ] mayang
1" halia ] mayang
2 paket kecil rempah kari Ayam Babas
daun kari
santan
garam

Cara:
Masak macam masak kari biasa.
Tumis rempah tumis, bila naik bau masukkan bawang merah, bwg putih & halia yg telah dimayang.
Agak2 nak garing & naik bau, masukkan rempah kari, kacau, masukkan santan cair, daun kari, ayam/daging dan kentang. Biarkan seketika.
Masukkan santan pekat dan tomato. Masak hingga mendidih dan pekat.
Bila dah pekat, angkat dan hidangkan bersama2 roti jala



ROTI JALA [hanieliza]

bahan
500 gm tepung gandum
500 ml air
2 biji telur
1 s/k serbuk kunyit
1/2 s/kgaram
simpulan daun pandan sebagai berus minyak

Cara..
1. Bancuh tepung dengan semua bahan kecuali minya dalam blender dan tapiskan.
2. Panaskan non-stik pan dan lenserkan dengan sedikit minyak.
3. Layangkan adunan dalam cawan roti jala.
4. Setelah selesai angkat dan  lipatkan segi empat atau segi tiga atau boleh juga digulungkan
5. Bolah dihidangkan dengan gulai ayam.

GULAI AYAM

Bahan-Bahan:
1 ekor ayam [buangkan kulit dan potong kecil]
1 cawan santan pekat
4 cawan santan cair
4 biji kentang [belah 4]
2 biji carrot [potong kecil]
3 biji cili hijau [belah tak putus]
3 biji tomato [belah 4]

bahan tumis
2 biji bawang merah [mayang]
5 ulas bawang putih [mayang]
1 inci halia [mayang]
1 inci kulit kayu manis
2 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 kuntum bunga cengkih
2 pelepah daun kari

2 packet kecil rempah kari daging Baba's [bancuhkan ngan sikit air]
1 sudu besar kerisik
minyak
garam

Cara:
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan tumis sehingga wangi.
2. Masukkan rempah dan kacau sehingga naik minyak.
3. Masukkan ayam, kentang dan carrot dan kacau rata.
4. Masukkan santan cair dan kerisek dan biarkan sehingga mendideh.
5. Masukkan santan pekat dan bahan sayuran lain.
6. Biarkan mendideh dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
7. Rasakan garam dan bila dah nampak pekat boleh tutup api dan hidangkan bersama roti jala..pulut..roti canai.. atau makan ngan nasi putih atau nasi minyak/beriani..

NOTA:
Jika nak masukkan kacang dhall..
boleh rebus atau masukkan kacang dhall semasa masukkan ayam tadi dan biarkan empuk..


ROTI JALA BERINTI [hanieliza]

bahan
500gm tepung gandum
500 ml air
2 biji telur
1 s/k serbuk kunyit
1/2 s/k garam
simpulan daun pandan sebagai berus minyak

Cara..
1. Gaulkan semua bahan sehingga sebati.
2. Tapiskan.
3. Panaskan non-stick pan dan lenserkan sket minyak.
4. Masukkan adunan kedalan acuan roti jala dan tebarkan dalam pan.
5. Angkat dan isikan inti.
6. Gulungkan saperti kueh gulung.

Inti..
200 gm daging/ayam..cincang halus
200 gm kentang........]potong dadu
1 biji bawang besar.......]
1 ulas bawang putih......]
1 cm halia....................] mayang halus
1 s/b rempah kari
1/2 cawan air asam jawa
daun sup...racik halus
garam
1 s/b minyak

Cara..
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan dimayang sehingga wangi.
2. Masukkan bancuhan rempah kari dan air asam jawa.
3. Biarkan sehingga wangi.
4. Masukkan daging/ayam, bwang besar, kentang dan garam.
5. Masakkan sehingga pekat dan kentang empok.
6. Masukkan hirisan daun sup dan angkat.
7. Gulungkan dalam roti jala.

ROTI JALA & GULA BERSANTAN [bebeh]

Bahan-bahannya:-

-  1/2 kg tepung gandum
-  2 biji telur ayam
-  1 sudu kecil garam halus
-  1 1/2 buku gula melaka
-  2 helai daun pandan

Cara Menyediakannya:-
1.  Bancuh 1/2 cawan tepung dengan 1/2 cawan air.

2.  Masukkan telur ke dalam tepung dengan sedikit garam.  Blendar adunan
     tadi sampai sebati.

3.  Panaskan kuah dan sapukan sedikit minyak.  Tuangkan adunan tadi ke
     dalam acuan roti jala.

Kuahnya:-
1.  Jerangkan santan dengan gula melaka dan daun pandan.  Kacau sehingga
     masak dan pekat.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 07:10 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 12:50 AM | Show all posts
JONGKONG [Kacip_Fatimah]

Bahan2:
1 cawan tepung beras
1 cawan jus daun pandan
1 sdt kapur makan
200 gm gula merah[dicampur dgn air tuk dijadikan sirap]
garam
pati santan

Cara:
1.Campurkan tepung beras ke dalam jus pandan.Masukkan garam dan juga kapur makan.Kacau sebati.Didihkan atas api yg kecil sehingga pekat dan tuang dalam bekas acuan.Sejukkan.
2.Potong adunan tadi bersaiz seperti jongkong kemudian masukkan dalam daun pisang bersama sedikit pati santan,sirap gula merah,garam kemudian dibungkus kemas2 dan dilidikan.
3.Kukus selama 15-20 minit.Sejukkan.

Nota:
mengikut pengalaman saya,saya makan jongkong nih mmg dipotong-potong kecik mcm bentuk jongkong tuh kendian dimasukkan ke dlm bekas yg mengandungi sirap gula merah dan santan semuanya sekali.Kiranya takyah bungkus2 dah..


JONGKONG [sunsuria33]
Sumbangan : Hamiesda
Sumber : Ibu Beliau

Bahan2: -
2 cawan tepung beras
6 cawan santan
Gula [ikut suka -nak manis/kurang manis]
Garam [terpulang, nak taruh boleh, tak nak taruh pun blh]

Cara-cara:-
1) Tepung beras dicampurkan dengan 4 cawan santan (kacau sebati)
2) Masakkan bahan no. 1 dlm kuali dengan api yang perlahan (macam masak kanji som-som)
3) Bila sudah beku dan masak, masukkan lebih kurang 2 sudu makan tepung yang sudah msak ke dalam cawan.
4) Masukkan gula & santan kedalam cawan tersebut tp jgn sampai hapus/tutup kanji tepung tadi.
5) Kukus sampai santan masak (santan jadi mcm santan kuih limas/kuih sampan) - lebih kurang 1/2jam.

Nota :-
>> Kalau nak masukkan garam, masukkan garam ke dalam santan.
>> Santan jangan cair sgt, tapi bukan gunakan pati santan tau...
>> Proses buat kuih jongkong nih pakai cawan.


JONGKONG KELAPA MUDA [DianaA]

Bahan-bahan:-
100 gram tepung beras
50 gram tepung sagu
1/2 sudu teh garam
600 ml air
50 ml air daun pandan
2 helai daun pandan, dipotong-potong 5cm
250 gram gula melaka, dihiris halus-halus
2 biji isi kelapa muda
500 ml santan dari 1 biji kelapa
daun pisang untuk membungkus

Cara-caranya:-
1. Campur tepung beras, tepung sagu dan garam sehingga rata. Bancuh dengan sebahagian air dan ketepikan.
2. Didihkan air selebihnya, masukkan bancuhan tepung sedikit demi sedikit sambil dikacau. Tambah air daun pandan dan kacau adunan sehingga pekat dan masak. Angkat dari api.
3. Letak sepotong daun pandan di atas 2 helai daun pisang yang ditindih. Tambah 1 sudu besar gula melaka, 2 sudu besar adunan tepung, 3 sudu besar isi kelapa muda dan 4 sudu besar santan. Bungkus dan semat. Kukus selama 60 minit sehingga masak.

[ Last edited by  Kacip_Fatimah at 21-4-2007 02:27 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 01:07 AM | Show all posts
PISANG GORENG KEJU [RasaCinta]

bahan:

250 g tepung gandum
250 ml susu cair
2 butir telur, beaten
2 tbsp gula pasir
2 buah pisang tanduk] potong dadu 1cm
50 g kismis/sultana
minyak

1. Larutkan tepung dan susu cair sambil kacau perlahan hingga sebati
2. Tambahkan telur dan gula, kacau lagi..
3. Masukkan kismis, pisang dan keju...kacau
4. Panaskan minyak, goreng... Angkat, toskan dan hidang.

JEMPUT-JEMPUT ROTI IKAN BILIS [hanieliza]

Bahan
4 keping roti        ]  rendamkan dan mesinkan
2 cawan air panas ]
2 cawan tepung gandu,
1/2 cawan daun kucai [ potong pendek]
garam
minyak untuk menggoreng

bahan mesin
1 labu bawang besar
2 biji cili merah         
1/2 cawan ikan bilis   
1 biji telur   

Cara
1. Gaulkan semua bahan kecuali minyak supaya sebati.
2. Biarkan dalam 1/2 jam.
3. Panaskan minyak dan gorengkan saperti gorengan jemput2 biasa.
4. Hidangkan bersama cili sos atau kuah kacang.

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 05:29 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 5-8-2005 01:16 AM | Show all posts
Onde onde [Jonah]

tepung pulut - banyak mana suka
beberapa helai daun pandan - blender - perah ambil airnya
sedikit garam
kelapa parut (putih) yang di gaul sedikit garam
gula melaka - Yang bulat balut daun tu - potong besar guli

Caranya:

1.   Bancuh tepung dgn air pandan sehingga tepung lembut - jgn melekit - biar elok-      elok saja nak cubit.  Kalau di gentel bulat pun tak lekit.

2.   Jerang air dalam periuk - untuk rebus onde-onde tu.  Biar mendidih

3.   Cubit sedikit tepung - masukkan gula melaka.  Bulatkan.

4.   Masukkan onde-onde kedlm air didih tadi.  Buat sehingga habis.

5.   Mana-mana buah yg dah masak tu akan timbul - maka keluarkan dan      
      toskan.

6.   Golekkan kat kelapa parut tadi.


p/s:  Kelapa parut kalau nak tahan lama - kukus dulu kejap.

Yang penting - tepung mesti lembut dan gula tu biar besar sikit.  Bila timbul cepat2 abgkat

Hati Pari Jagung [Mie07]

Bahan-Bahannya:-
1 tin jagung
1 biji kelapa
- 1 kali blender + sedikit air, 2 @ 3 kali perah seperti biasa +sedikit lagi air.
* 5 keping gula misan
* 3 sudu besar gula pasir
* 3 sudu tepung jagung
* 1 sudu tepung kastad
bahan * + dengan santan yang diperah

Cara Membuatnya:
Campurkan semua bahan di atas & kacau di atas api yang sederhana.

Sukatan air jangan tanya mie agak2 je. selamat mencuba

Gorengan Oreo [CoKeLat-RaWkZ]

1.  Biskut Oreo
2.  Susu Cair
3.  Tepung Pancake [beli kat supermart]
4.  Telur

Cara buat:

-  Susu cair, tepung pancake dan telur dipukul... pepandaila agak2 konsistensi dia.

-  celupkan sebijik biskut Oreo pastu goreng sampai kekuningan.

[make sure api jangan besar sangat, nanti Oreo cepat hangus.]

[ Last edited by  NoorMasri at 19-11-2006 05:42 AM ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2005 09:55 PM | Show all posts
KUIH TEPUNG GOMAK [ninoZ]
sumber : Alaf21

Bahan2:
250 gm tepung pulut
1 sudu teh air kapur
sedikit garam
210-220 ml air
180 gm tepung kacang hijau

Bahan Inti
40 gm gula pasir
60 gm gula merah
80 ml air
1 helai daun pandan - disimpulkan
150 gm kelapa parut putih
sedikit garam

Cara Membuat:
1. Untuk inti: Jerang gula pasir, gula merah, air dan daun pandan hingga mendidih dan gula larut. Tapiskan ke dalam kuali.
2. Campurkan dengan kelapa parut dan garam. Kacau di atas api sederhana hingga agak kering. Angkat dan biarkan sejuk.
3. Gaul tepung pulut, garam dan sedikit demi sedikit air hingga menjadi doh yang lembut.
4. Ambil sedikit adunan tepung dan bentuk bulat-bulat sebesar guli. Isikan inti dan leperkan.
5. Jerangkan air hingga mendidih. Masukkan kuih yang berisi inti.
6. Apabila kuih timbul angkat dan gaulkan dengan tepung kacang hijau kemudian hidangkan.

[ Last edited by Kacip_Fatimah at 12-12-2005 09:59 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-12-2005 10:33 PM | Show all posts
NEKBAT [katak_kiut]

BAHAN-BAHANNYA:
1 bungkus tepung beras
12 biji telur ayam
gula untuk menyira
daun pandan.

CARA MEMBUATNYA:
Tepung beras digoreng dengan api yang sederhana hingga kering.Biarkan hingga sejuk.
Telur dipukul hingga kembang dan berbuih.
Panaskan acuan tembaga, campur sedikit minyak .Ambil buib telur sapukan mangkuk ayam.
Taburkan sedikit demi sedikit tepung beras sehingga pekat.Kemudian masuk dalam acuan dan bakar hingga kuning.

CARA MEMBUAT SIRA:
Masukkan dua gelas air dan 10 sudu besar gula pasir ke dalam bekas.
Bila air mendidih masukkan daun pandan kemudian masukkan 10 biji nekbat.(10 sudu gula untuk 10 biji netbat.).
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-12-2005 10:38 PM | Show all posts


NEKBAT [puansri]

Bahan2:
3 biji telur
3sm beras goreng -nanti diblend dan diayak
2 sm tepung gandum
10 tangkai bunga cengkeh
2 helai daun pandan
300gm gula pasir-untuk disira

CARA:
Pukul telur kembang dan putih.Tapis.Masukkan serbuk beras serta tepung gandum...adunan ini seperti bahulu.

SIRA:
Gula bersama 3 gelas air,bunga cengkih dan daun pandan dimasukkan dalam kuali biar agak pekat baru disira masukkan nekbat...
Saya harap lepas ni ada yang mencuba...ok

[ Last edited by Kacip_Fatimah at 12-12-2005 10:42 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 07:51 AM | Show all posts
KUEH LOMPANG [hanieliza]

Bahan:
2 cawan tepung beras
3 1/2  cawan air gula merah (secukup manis) ..panas skit
1/2  cawan air biasa ]
1/2 sudu kecil kapur ] bancuh dan tapis
Kelapa muda diparut gaul dgn sikit garam

Cara:
1. Bancuhkan tepung dgn air kapur yg ditapis.
2. Tuangkan air gula yang suam dan kacau rata.
3. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
4. Tapiskan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 15 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan kelapa parut .




LOMPANG GULA MERAH [NoorMasri]

Bahan-bahan:

100 g tepung beras
50 g tepung sagu/ubi
500 ml air
200 g gula merah ( akak guna 150 g aje maklum ler akak ni tak suka kuih manis2)
1/2 sudu teh air kapur
1/2 biji kelapa parut + secoet garam

Cara membuat:

Campurkan 1/2 bahagian air bersama gula merah, panaskan sedikit supaya gula merah hancur kemudian sejukkan.
Campurkan tepung beras, tepung sagu/ubi, air gula merah, 1/2 lagi air dan air kapur
Tuangkan ke dalam acuan kecil, kukuslah sehingga masak selama 20 minit
Biarkan sejuk bolehlah dihidangkan bersama kelapa parut


LOMPANG PANDAN [NoorMasri]

Bahan-bahan:

100 g tepung beras
50 g tepung ubi
380 ml air
180 g gula halus
6 helai daun pandan
1 sudu kecil air kapur
150 ml air
160 g kelapa parut + secoet garam

Cara membuat:

Ayak tepung beras dan tepung ubi kemudian campurkan 380 ml air
Daun pandan dikisar bersama 150 ml air
Tapis dan campurkan air kapur
Campurkan bancuhan tepung bersama air pandan
Kacau atas api sederhana selama 2 minit
Tuang adunan ke dlm acuan dan kukus selama 20 min
Sejukkan boleh lah dihidangkan bersama kelapa parut

[ Last edited by NoorMasri at 14-1-2006 07:52 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 14-1-2006 07:53 AM | Show all posts


KUEH LOMPANG BERLAUK [hanieliza]


Bahan:
2 cawan tepung beras
4  cawan santan ..panas skit
1/2 sudu kecil air kapur [tapiskan]
1 s/k garam


Cara:
1. Bancuhkan semua bahan dan tapiskan
2. Panaskan cawan kecil dalam kukusan.
3. Masukkan adunan kedalan teko untuk memudahkan dituangkan kedlam acuan kecil.
5. Kukuskan kueh selama 15 minit.
6. Sejukkan kueh.
7. Cungkilkan perlahan dan masukkan inti.

Bahan Inti
1 cawan daging/ayam kisar
1 labu bawang besar ..potong dadu kecil
1 ulas bawng putih....cincang halus
1 s/b rempah kurma
1 s/b minyak utk tumis
garam

Hiasan [mayang halus]
daun bawang
cili merah            

Cara masak inti
1. Tumiskan bawang dan rempah sehingga wangi.
2.  Masukkan daging/ayam  & garam dan biarkan mendideh dan kering.
3.  Bila telah kering..angkat dan sejukkan.
4. Masukkan inti kedalam kueh lompang dan hidangkan.

NOTA...
boleh juga gunakan serunding daging atau serunding ikan
Reply

Use magic Report

Post time 8-3-2006 09:00 PM | Show all posts
TUILES [puansri]

90gm-tepung gandum
90gm gula caster
90gm butter
1 biji telur putih

caranya:-

1.   Butter dan gula  beat samapai gula hancur masukkan tepung
2.   Pukul gula putih sikit tak yah sampai kembang asalkan buih sikit cukup.
3.   masukkan  adunan 2 ke 1. campur.Ini adunan tersebut



Kemudian,agak-agak  letak dalam satu sudu makan dan buat macam dalam gambar.Guna belakang sudu.

Bakar dalam oven biarkan hingga agak kekunigan keluarkan cepat-cepat letak belakang gelas(gelas yang sudah ditelangkupkan)

Ini bila sudah sejuk


Biar sejuk baru boleh makan.Kena buat cepat-cepat nanti sejuk susah nak dibentuk.
Makan dengan ice-cream sedap.






[ Last edited by NoorMasri at 8-3-2006 09:01 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2006 01:14 AM | Show all posts
ok ni resepi Fatt Koh amik dari The Star Kuali by Amy Beh (lom terai)...nampak mcm menarik jer...

Tadi baca kat net...huat kueh/fatt koh ni ada 2 cara satu tradisional satu buh eno.....

ok ni resepi ikut cara tradisional.....
Sumber Gambar : Jo from Jo's Deli Website (tested by Jo)

Palm Sugar Fatt Koh - Recipe by Amy Beh [speedial]
Cooking Method: Steam
  
Ingredients
2 large eggs
100g soft brown sugar
130ml water
150g palm sugar
2 pandan leaves, knotted
130ml thick coconut milk
250g low protein flour
1 tbsp double action baking powder

Method
Combine palm sugar, water and pandan leaves in a saucepan. Bring to a boil to dissolve the sugar. Strain the syrup and leave aside to cool completely. Add in thick coconut milk to mix.
Beat eggs and brown sugar with an electric beater until light and fluffy. Sift in flour and baking powder to mix.
Stir in palm sugar and coconut milk mixture. Blend well with a wooden spoon into a smooth batter.
Arrange small cups in a steamer. Steam for 3-4 minutes. Line the cups with paper cups. Pour enough batter into the paper cups to fill up to 8/10 full.
Steam the fatt koh for 30 minutes over rapid boiling water
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2006 01:15 AM | Show all posts
Here are 3 "Fatt Kou" recipes. "Fatt" means "getting rich" and this cake looks like a muffin and should have that broken top. Chinese use this for most prayer and it will be OK as a Chinese New Year gift. Some people make it a "GIANT" size for fun and for good luck.

Chocolate Fatt Kou [speedial]


Ingredients
300g water-lily flour (low protein flour) --->> ni kalu tak silap Hong Kong flour
2 tsp double action baking powder
250g castor sugar
2 tsp ovalette/Quick 75
2 eggs
150ml water
1/2 tsp vanilla essence
2 tsp cocoa powder

Method
MIX all ingredients, except cocoa powder, in a bowl. Use a balloon whisk and beat until fluffy. Sift in the cocoa powder and stir evenly with a metal spoon.
Heat small cups in a steamer. Pour batter into the steamed cups. Steam the fatt koh over rapid boiling water for 25-30 minutes over high heat.

The kueh of prosperity ... Sweet potato fatt kou (left) and pandan fatt kou, two of the varieties popular among the Chinese.

Sweet Potato Fatt Kou

Ingredients
(A)
120g water-lily flour
2 tsp instant yeast
1 tsp double action baking powder
25g castor sugar
1 tbsp shortening
55ml water

(B)
200g steamed sweet potato (orange type), finely mashed

(C)
130g water-lily f1our
2 tsp double action baking powder
110g sugar
1/4 tsp ammonia --->> ni bahan kimia leh abaikan

Method
MIX ingredients A well and leave in an air-tight container to ferment for five hours. This is the starter dough.
Sieve the flour and double action baking powder (C) into a large mixing bowl. Add in sugar and ammonia. Mix in the starter dough and blend well. Add in ingredient B and knead well to form a soft dough.
Make into small balls and put into paper cups. Place the paper cups into small metal cups. Leave aside for 15-20 minutes to rise.
Steam the dough for 25 minutes over high heat.

Pandan Fatt Kou

Ingredients
(A)
150g water-lily flour
30g rice flour
2 tsp double action baking powder
150g castor sugar

(B)
Mix well together these ingredients:
200ml general santan
1/4 tsp pandan essence
Apple green colouring

Method
PREPARE a steaming wok and allow water to boil. Arrange small Chinese tea cups and steam well.
Mix ingredients A in a mixing bowl. Add in B gradually and use a hand whisk to mix. Sieve the batter. Pour into the hot tea cups and steam over rapidly boiling water for 25 minutes.
Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 05:53 PM | Show all posts

Roti Pisang Mentega Kacang [Linn]


Bahan-bahannya:

Roti putih
Peanut Butter (smooth)
Pisang berangan
Butter

Cara membuatnya:

Pisang dilenyek hingga halus.

Sapukan satu belah roti dengan peanut butter dan sebelah lagi disapu dengan pisang yang telah dilenyek (jangan terlalu nipis atau tebal)

Ketemukan bahagian roti yang telah disapu peanut butter dan pisang tadi.

Sapukan butter di keseluruhan bahagian luar roti tersebut dengan butter atau Panaskan sesudu butter ke atas pan yang panas. Goreng roti tersebut kedua dua belah dengan butter sehingga garing kekuningan. Angkat. Selamat menikmati.

Reply

Use magic Report

Post time 29-5-2006 06:08 PM | Show all posts


Dangai [hanis00]

Bahan2 (ringkas saja bhn dia)

2 cawan tepung pulut
4 cawan kelapa parut (kalau tak suka kelapa banyak boleh kurang kpd 3 cwn) - guna kelapa
parut muda lagi sedap
garam
gula - secukupnya

1. Gaul tepung dengan tepung dan juga garam.
2. Panaskan acuan, masukkan bhn tepung tadi hingga hampir menutupi acuan tadi,
taburkan gula
3. Masukkan bhn tepung sekali lagi atas lapisan gula tadi.
4. Tutup acuan tadi, guna la tudung periuk atau sewaktu dgnnya.
5. Bila tepi2 kuih tu dah kekuningan, kira dh masak la.
6. Bila dh masak, angkat dn terbalikkan acuan. Potong dan lipat dua.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-5-2006 06:10 PM | Show all posts


Lupa pulak resipnya... Ini resipi dari Anggun Lestari (Resipi.net)

Gandus Untuk Mama [DianaA]

Bahan:
100 gram tepung beras
50 gram tepung beras
200cc santan
2 lembar daun pandan
Garam secukupnya
100 gram kelapa parut
200cc air
1 biji telur

Cara Membuat:
Masak 50 gram tepung beras bersama santan, daun pandan, dan garam hingga pekat sambil digaul rata.
Masukkan 100 gram tepung beras bersama kelapa. Gaul rata.
Tuangkan adunan tepung yang telah dimasak.
Kemudian masukkan air dan telur. Gaul rata.
Panaskan acuan kuih gandus.
Lengserkan dengan minyak.
Tuang 2 sudu makan lalu letakkan acuan kembali di atas api.
Bakar hingga masak. Semasa diatas api, acuan harus ditutup.
Setelah masak, keluarkan kuih dari acuan.
Sajikan kuih dengan taburan gula pasir atau gula merah.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 02:29 AM | Show all posts
Letak mentega dan panaskan dalam oven


Tuang adunan tepung dan bakar






KUIH BAKAR DURIAN BONDA DIANA [DianaA]

Bahan-bahannya
9 liter santan (dari 7 1/2 biji/ 3 kilo kelapa parut)
30 biji telur
14 cawan tepung gandum
8 cawan gula pasir
900 gram isi durian
1/2 sudu teh garam
sedikit pewarna kuning
1 buku mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya
1.  Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar.  Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel.  Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.  
2.  Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum.  Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3.  Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 35 keping kuih bakar pecah 8.  

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.  

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang.  Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.  

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut.  Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.  

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Untuk Kuih Bakar Nangka: Gantikan isi durian dengan 6 ulas isi nangka (besar) atau 10 ulas isi nangka (kecil).  Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Cempedak: Gunakan 15 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Untuk Kuih Bakar Pisang: Gunakan 6 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Keledek:  Gunakan 4 batang keledek oren, kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk.  Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Sedia untuk dibakar.

Untuk Kuih Bakar Jagung: Campurkan 3 tin jagung krim kedalam adunan tepung.  Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.

RESEPI UTK KUANTITI YG KECIL

KUIH BAKAR DURIAN BONDA DIANA
Untuk 7 keping

Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
180 gram isi durian
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn

Cara-caranya
1.  Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar.  Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel.  Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.  
2.  Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum.  Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3.  Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.  

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.  

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang.  Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.  

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut.  Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.  

Isi durian digantikan untuk menghasilkan Kuih Bakar seperti berikut:-

Untuk Kuih Bakar Nangka: Gantikan isi durian dengan 1 ulas isi nangka (besar) atau 2 ulas isi nangka (kecil).  Blender isi nangka bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh hias dengan hirisan nangka dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Cempedak: Gunakan 3 ulas isi cempedak dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Isi cempedak tidak boleh terlalu banyak nanti bila sudah dibakar, kuih terlalu lembut untuk dikeluarkan dari acuan/ loyang.

Untuk Kuih Bakar Pisang: Gunakan 1 biji pisang emas dan blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Selepas tuang adunan tepung atasnya boleh dihias dengan pisang yang telah dipotong bulat dan dibakar.

Untuk Kuih Bakar Keledek: Gunakan 1 batang keledek oren (sederhana besar), kupas kulitnya dan rebus sehingga empuk.  Kemudian blender bersama adunan tepung dan kacau sebati.  Sedia untuk dibakar.

Untuk Kuih Bakar Jagung: Campurkan 3/4 tin jagung krim kedalam adunan tepung.  Jika anda mahu blender jagung tersebut pun boleh.

[ Last edited by  NoorMasri at 1-6-2006 02:31 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 02:33 AM | Show all posts


KUIH BAKAR KELEDEK[DianaA]
Untuk 7 keping

Bahan-bahannya
1800 ml santan (dari 1 1/2 biji kelapa parut)
6 biji telur
3 cawan tepung gandum
1 3/4 cawan gula pasir
1 batang keledek oren (sederhana besar), dikupas dan direbus sehingga empuk
secubit garam
sedikit pewarna kuning
secukup mentega SCS/ Golden Churn


Cara-caranya
1.  Dengan menggunakan food processor/ blender, blender semua bahan-bahan diatas dan tuang kedalam bekas yang besar.  Ini yang paling mudah supaya adunan tidak bergentel.  Kemudian gunakan senduk dan kacau adunan tepung supaya sebati.  
2.  Panaskan acuan kuih bakar/ loyang dalam oven dan bila telah panas keluarkan dan letakkan 1 sudu besar mentega dalam acuan Kuih Bakar dan jika gunakan loyang mentega lebihkan (ini yang buat tepi Kuih Bakar garing dan baunya harum.  Jika guna acuan dan keluarkan kuih boleh terus letak mentega pusing-pusing sikit kasi cair (sebab acuan panas) dan boleh tuang adunan tepung.
3.  Kemudian bakar pada suhu 200 darjah C selama 45 - 60 minit dan resipi diatas dapat menghasilkan 7 keping kuih bakar pecah 8.  

Nota PENTING: Jika anda menggunakan loyang sila tambahkan 1/4 cawan tepung kepada resipi diatas, jika tidak kuih agak terlalu lembut untuk dipotong. Kalau guna acuan kuih bakar pecah 8 boleh gunakan resipi seperti diatas.  

Jika menggunakan loyang, selepas selesai bakar, hendaklah sejukkan kuih terlebih dahulu sebelum keluarkannya dari loyang.  Kalau guna acuan kuih bakar, selepas bakar boleh terus keluarkan kuih dari acuan.  

Untuk Kuih Bakar tahan lama, masak air sehingga mendidih dan masukkan kelapa parut.  Bila menggunakan santan yang telah dimasak, kuih bakar lebih tahan lama, tidak cepat bertali, ini petua dari bonda.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2006 02:35 AM | Show all posts


KUIH BAKAR KEMBOJA[DianaA]
Sumber: Rashidah Abdul Rahman (Resipi.Net)

Bahan - bahan
1kg tepong
650g gula - kalau nak manis tambahlah
10 biji telor
1kg santan
2400ml air
2st jintan manis - sangai dan blender
2st kayu manis - sangai dan blender
Daun pandan blend dengan daun limau purut - kalau suka
sedikit garam
sedikit butter / minyak jagung
sedikit bijan - basuh dan goreng sangai sekejap

Cara:
Gula dan telor pukul sampai kembang.
Santan dan tepong gunakan blender gaul rata, kalau bergentel - tapis.
Masukan adunan tpg dan santan dalam mangkuk besar. Campurkan gula dan telor tadi dan gaul rata, masukkan air daun pandan dan air yg dijadikan 2400ml. Masukkan sedikit garam dan rempah tadi.
kayu manis dan jintan manis tu I goreng tanpa minyak dan blender dan lepas tu ambil ikut sukatan sudu teh tadi. Kalau nak rasa rempah lebih tambah sedikit rempah kuih.
Panaskan acaun kemboja dengan minyak jagung (baik utk kesihatan), dan masukkan adunan tadi. Biarkankan sebentar sehingga nampak sedikit kuning keliling acuan, tabur bijan dan masukkan ke dalam oven.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:44 AM GMT+8 , Processed in 0.130695 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list