CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123
Return to list New
Author: ninoZ

[kompilasi] SOS, SAMBAL, CICAHAN dan SAPUAN

   Close [Copy link]
Post time 13-8-2006 12:31 PM | Show all posts
sambal tempoyak [Paja]

Bahan2:-
tempoyak
ikan bilis
cili merah @ cili padi (tumbuk)
garam
daun kunyit (hiris halus)

Cara2:-
masuk semua bahan kecuali daun kunyit dalam periuk,tanak sampai masak.bila dah pekat,masukkan daun kunyit.Wallaaaa!!! terangkat makan dengan nasi panas.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-8-2006 12:33 PM | Show all posts
sambal goreng [Paja]

Bahan2:-
cili merah @ cili padi
ikan bilis
bawang merah
bawang putih
garam

Cara2:-
tumbuk semua bahan ni,tapi jangan lumat sangat.pastu tumiskan sampai garing.api tu kena sederhana je besarnya.boleh tahan seminggu kalau tak kinyak2.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 06:48 AM | Show all posts
garam belada ikan bilis [grugals]
cili padi ditumbuk skit dengan garam dan campur kan skit ikan bilis.
tumbuk jgn lumat sgt.
nak sedap mkn ngan tempoyak mantah.


sambal ikan bilis [dewi]
tumbuk ikan bilis dengan cili padi,hiris kulit limau kasturi halus2 campur.perah air limau sambal tu sekali.tak payah bubuh garam sebab ikan bilis dah masin.


sambal gesek [antiQue]
Caranya,cili padi + garam + ikan bilis tumbuk jgn lumat sangat.Pastu perahkan limau nipis.Kiranya lebih kurang mcm buat sambal belacan,tapi tak guna belacan,guna ikan bilis.


sambal ketuk [eukaryote]
Ikan bilis digoreng,angkat dan kemudian goreng cili padi yang dibelah,bwg putih skit dan bwg besar hingga layu.Kemudian angkat dari kuali.Kemudian tumbuk kesemua bahan td.Memang menyelerakan.


sambal ikan bilis goreng [dewi]
ikan bilis dlm segenggam [kalau beli yg dah siap siang tu dlm RM2]
tempe 2 peket yg bungkus tu potong dadu kecil
kacang tanah - 300 gm

semua diatas di goreng dan di toskan minyak nya.

cili kering - blender 1 senduk besar.
1 ketul stok ayam                  }
3 ulas bawang merah            } tumbuk lumat
2 ulas bawang putih              }

3 sudu besar gula

sedikit minyak untuk menumis...

tumis bahan yg ditumbuk dulu sampai naik bau dan sikit kekuningan.. masukkan cili.. . ni payah sikit sebab kalau kurang minyak cili payah nak masak dia tengik... dewi buh minyak lebih dulu bila cili dah masak dewi pelan api dan cedokkan minyak yg lebih tu.

lepas tu masukkan gula.. kacau dan tunggu hingga cili tu berbuih2, baru masukkan ikan bilis kacang dan tempe tu ... masa ni api biar besar .. kacau serata .. sampai kering. kalau rasa macam terlebih minyak atau sambal masa ni tutup api.

ketepikan ikan bilis kacang tu ke tepi kuali biar minyak dan lebihan sambal jatuh tgh kuali . cedokkan.pas tu pasang api balik dan kacau la balik sampai kering.

tips lagi satu .. ikan bilis yg badan dia hitam atau urat kat tgh badan dia hitam tend to be liat. so eloknya beli yg puith dan urat dia silver tu .. mmg bila lepas goreng dia garing.


sambal ikan bilis goreng [layan]
ikan bilis goreng rangup (segenggam)
cili padi
bawang besar hiris (2 biji besar,selalunya lebih lg sedap)
air asam jawa
gula secukup rasa
sos tiram (setengah sudu)
garam sikit je sbb ikan bilis + sos tiram dh masin...tanak letak pun takper

additional : kentang goreng potong cam wedges...

cara :
tumis bawang besar dgn cili padi...
letak sos tiram, gula (garam jika perlu)
air asam jawa...
kentang goreng...
last baru letak ikan bilis...(padam api baru letak ikan bilis, nt takot ikan bilis lembik)

terpulang  nk kering atau basah...nk basah lebihkan air sikit...
rasenye masam, manis dan pedas...
Siap.


sambal ikan bilis [nabialishad]
tumbuk ikan bilis+cili padi...tumis bwg putih + merah sampai wangi..then masukkan ikan bilis+cili padi td..masukkan ayo sket bg berkuah..letak laa garam sket saja buat syarat+gula sbb nk normalkan rasa cili padi yg pedas..then yg speselnya nabia akan masukkan ikan sepat masin yg dipotong dua dalam kuah td n letak asam keping n serai yg dititik...masak smpai mengelegak.
Siap.


sambal ikan bilis goreng [MAKLANG]

BHN GORENG/
bilis
tempe
kentang
kacang tanah

cili kering

cuka
garam
gula

Goreng garing bilis,tempe,kentang dan ketepikan.Masukkan cili kering,cuka,garam, gula..biar sampai naik minyak baru masukkan bilis,tempe dan kentang, kacau sebati.


sambal goreng [Satsuki]
goreng ikan bilis smpai garing..
tumbuk cili api, bawang merah
pastu tumis cili api n bwg yg dah ditumbuk tadi..
tambah sikit air, gula n garam..
last sekali masukkan ikan bilis ..
makan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2007 05:46 PM | Show all posts
KUAH ROJAK

Versi 1 [hanieliza]




Bahan
15 biji cili api tumbuk
1/2 cawan air asam jawa
1 s/b belacan
1 s/b petis udang
1 cawan kicap lemak biasa
3 s/b  gula

1 s/b  bijan goreng tanpa minyak
1/2  cawan kacang tanah, digoreng dan dtumbuk kasar

Cara:
1. Mesinkan csemua bahan.
2. Masakkan sebentar.
3. Bila telah sejuk masukkan kacang tanah tumbuk dan bijan.


Versi 2 [blackmore]

..my mum's version plak camnie...

...lada kering agak2 dalam segenggam (ikut banyak mana korang nak)  dibuang bijinya
...cili padi 10-20 batang...also ikut rasa...kalau nak pedas tambah lagi...tapi kalau dah 20 kira berapi nie!!
...belacan agak2 dalam 1 sudu makan - dibakar
...asam - 1 sudu makan penuh + sedikit air masak
...gula timbang - 3 sudu makan ] <----ikut citarasa masing2...kalau nak lebih manis tambah ikut selera
...gula pasir - 2 sudu makan      ]
...petis - agak2 dalam 1/2 botol
...sedikit garam
...kacang goreng yang dikisar kasar...atau pon bley beli yang sudah siap dikisar..

...bahan2 diatas kecuali kacang...diblender halus...(campur ngan air asam tadi masa blender)
...bila nak makan...taburlah kacang kisar tadi...kacang kalau kita campur skali ngan kuah nie bley jugak...tapi...kuah nie akan jadi lebih pekat dan kacang mengembang plak...tak brapa syok arr...so..kalau nak makan baru tambah kacang...baru terangkat!!..

Versi 3 [dewi]

3 biji cili merah
2-3 biji cili padi ( nak pedas buh lebih
2-3 sudu besar gula merah atau  } gula nie boleh guna kedua2 atau salah tak kisah kalau terasa pedas
2-3 sudu gula merah                     } sgt tambah jer gula lagi
petis ( otak udang )
kicap lemak manis
kacang yg ditumbuk .. dan bijan (sangai)


tumbuk cili dan gula sampai lumat...buh petis dan kicap. gaul rata semua.  pas tu buh la kacang n bijan kalau suka. lebih sedap buat pekat2 jgn buh kicap byk sgt.  yg ni org utara panggil colek buah. sedap di colek ngan buah mangga cam kak liza nyer tu.....atau jambu batu, dan apa2 saje la.

[ Last edited by  nhuda at 11-4-2007 05:49 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 02:41 PM | Show all posts
SAMBAL BELIMBING [hanieliza]



Bahan
5 biji cili merah
7 biji cili api
3 cm belacan
7 biji belimbing buluh
garam

Cara
1. Mesinkan semua bahan sehingga separuh hancur.
2. Racikkan sedikit buah belimbing untuk mencantikkan sambal.
3. Hidangkan dengan ikan bakar atau sayuran rebus2
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 04:12 PM | Show all posts


AIR ASAM MANGGA [hanieliza]

Bahan
5 biji cili merah
10 biji cili api
belacan [agaklah]
1/2 cawan jus air asam jawa
garam
mangga cincang

Cara
1. Masukkan semua bahan kecuali mangga dalam blender dan mesin kasar.
2. Tuangkan dalam mangkuk dan masukkan mangga cincang.
3. Hidangkan dengan ikan bakar atau ikan rebus
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-4-2007 05:05 PM | Show all posts
Basic oil and lemon dressing [Zeeqa]
Source : jamieoliver.net

A lemon
Good quality extra virgin olive oil
Salt
Pepper

Cut the lemon in half and squeeze the halves into a glass bowl. Pick out any pips and then cover with three times as much olive oil as there is lemon juice. Season with salt and freshly ground black pepper and whisk or stir well before using.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 09:26 AM | Show all posts
TARTAR SAUCE [hanis00]
Sumber : Chef Asma

Bahan bahan

300gm mayonis
1 biji Gherkin
1 biji telur rebus - ambil putihnya sahaja dan cincang halus
Sedikit white pepper


1. Cincang telur rebus & gherkin
2. Campurkan bahan2  kedalam mayonis
3. Masukkan perasa & sedia untuk dihidang

Boleh juga ditambah 30gm bawang besar yang telah dicincang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-4-2007 09:33 AM | Show all posts
KUAH YONG TAUFU

Versi 1 (hitam) [hanis00]
Sumber: Alaf21

560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:

1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.
2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untuk mengilatkan kuah.



Versi 2 [nabialishad]

exact resepi xtau laa nabia nk ckp..tp ada kwn penah ckp sediakn jk ball2 sgala..crab..kangkung sgala kn pastu buat kuah n sosnya..

kuah tu rebuskn ikan tongkol n jgn ditumis nnt kuah berminyak..n buat laa mcm masak sup ikan..kalau boleh bwg putih merah halia semua diblend dlu..then angkat ikan tongkol rebus tu dan buangkn tulang2nya dan diblend..pastu masukkn balik kt kuah tu..ikan tongkol tu jgn laa byk...agak2 bg rs kuah..

then sos: tumbuk cili merah+bwg putih n masakkn atas api dan diletak ayo sket n sos cili. (mcm sos buat nasi ayam)

macam peria ada tepung tu..lada merah sumbat tepung tu..suma kne bancuhkn tepung dgn air+garam..mcm buat batter cekodok tp just letak kiub maggi ikan bilis..then sumbatt dlm cili etc. dan direbus..
sowi la xde resepi yg betul2..leh agak2 jk..tp nabia penah try...sdap bangat



Versi 3 [maisya]
Source : Amy Beh, Cyberkuali

Ingredients:
500 to 600g Spanish mackerel (ikan tenggiri) _ flake and keep bones and skin for stock
1 tbsp tapioca flour
1/2 tsp pepper
1/2 to 1 tsp salt, or to taste
4 tbsp ice water
1 block beancurd--halve
1 bittergourd--remove seeds and cut into 2cm thick rings
4 red chillies--slit and remove seeds
5 ladies' fingers--slit and remove seeds
5 small fried beancurd (tau fu pok)--halve

Method:
Mince fish. Add salt, pepper, water and tapioca flour. Stir in one direction to get a sticky paste with a springy texture.

Stuff the paste into the vegetables, beancurd and tau fu pok. These stuffed vegetables can be used for the yong tau fu soup.

Versi 4 [maisya]
Source :  NORZAILINA NORDIN ,Alaf21

560ml air rebusan ayam/daging
1 camt garam
3/4 camb gula
3/4 camb kicap pekat
3/4 camt serbuk rempah lima + 1 camb air
3 camb sos kacang hitam
2 camb sos tiram
serbuk lada hitam secukupnya
1 camb tepung jagung + 3 camb air
1/2 camt minyak

Cara membuat:

1. Jerang semua bahan kecuali bancuhan tepung jagung dan minyak.
2. Bila mendidih, perlahankan api dan renihkan 2-3 minit.
3. Kemudian masukkan bancuhan tepung jagung dan kacau hingga pekat. Tambah minyak untuk mengilatkan kuah.

Bahan Sos Cili

7 biji cili merah- dibuang biji & dikisar halus
2 camb bijan baker- ditumbuk halus
100 ml cuka
2 camb sos plam
3 camb gula
Sedikit garam
4 camb kacang tanah goring - ditumbuk/kisar halus

Cara membuat:

Jerang cuka di atas api perlahan hingga hampir mendidih. Masukkan semua bahan lain, kacau rata. Ketepikan dari api dan biar sejuk sebelum dihidangkan


Versi 5 [maisya]
Source : Resipi Keluarga Ajinomoto

2 sudu besar sos tiram
2 sudu besar gula pasir
1 sudu besar tepung jagung + sedikit air
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu kecil garam
1 sudu kecil renjisan minyak bijan

Satukan semua bahan sos dalam periuk. Kacau hingga pekat. Sukatan sos ini ditambah mengikut kuantiti makanan yang diperlukan.



Versi 6 [maisya]
Source :  Resepi.net

Bahan-bahan   
Sos Manis
200gm taucu hitam (siap dikisar)
1 cawan air
1/2 cawan kicap pekat
1 sudu makan minyak masak
1/2 sudu makan tepung jagung/ dicampur bersama sedikit air
gula secukup rasa

Sos Pedas
20 biji cili merah/dikisar
1 cawan air
2 sudu makan bijan
2 sudu makan kacang tanah/digoreng dan ditumbuk
1 sudu makan tepung jagung.dicampur bersama sedikit air
garam & gula secukup rasa
cuka secukup rasa
  

Cara Persediaan   
Cara untuk Sos Manis
1. Panaskan minyak, masukkan taucu kisar & tumis sekejap.
2. Kemudian masukkan air. Kacau seketika & biarkan mendidih.
3. Masukkan pula kicap & kacau lagi.
4. Masukkan gula secukup rasa, akhir sekali pekatkan sos dengan air tepung
jagung tadi.

Cara untuk Sos Pedas
1. Masukkan air & biar mendidih, masukkan cili,kacau sekejap & biar sehingga cili masak
2. Masukkan cuka secukup rasa, kemudian rasakan garam & gula secukup rasa.
3. Masukkan pula iar tepung jagung untuk pekatkan kuah, akhir sekali tabur bijan & kacang tanah hancur di dalan sos.







[ Last edited by  nhuda at 16-4-2007 05:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 01:00 PM | Show all posts
CREAMY CRAB DIP [platinum8]

1 (250gm) package cream cheese
1 cup sour cream
1/4 cup mayonnaise
1 tbs grated or finely chopped onion
1 tbs worcestershire sauce
1/2 tsp paprika or dash of cayenne pepper
1/4 tsp salt
1/4 tsp cracked pepper
250gm fresh crab meat or canned crab meat

Preparation:

Beat cream cheese with sour cream and mayo until well blended. Blend in the onion, sauce, paprika, salt and pepper. Stir in crab meat. Taste and adjust seasoning with salt and pepper, if desired. Chill until serving time.

Note :
Must have - cream cheese and crab meat
Flexi - sour cream or mayo (can put either one or both)
Flexi - worcestershire sauce or dry mustard or any hot sauce
Not necessarily to put the exact quantity of the ingredients. Up to individual's taste or liking.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 02:14 PM | Show all posts
DELICIOUS APPLE SAUCE [cranko21]
Source : http://allrecipes.com/

INGREDIENTS
2 apples - peeled, cored and shredded
1 teaspoon ground cinnamon
1/4 cup water
3 tablespoons brown sugar

DIRECTIONS
Place shredded apples in a medium saucepan over medium low heat. Sprinkle with cinnamon, then add water and cook until the apple bits become soft and mushy.
Stir in brown sugar and mix well; if desired, top with ice cream and serve.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 05:27 PM | Show all posts
YONG TAU FOO - SUP

Versi 1 [ahysa]

ikan bilis - yg kasar skit...bersihkan
kacang soya - rendam utk beberapa jam
daun bawang atau leek - kerat besar2
garam
lada sulah

rebus bahan ni semua dgn api sederhana utk sekurang2 2 jam. biar didih lama2.

bahan2 dalam yong tau foo ikut suka hati lah...tapi pada syah kangkong, taupok dan terung memang tak tinggal. terung tu disumbat dgn fish paste pastu digoreng dgn guna shallow frying method. boleh buat mcm ni utk cili merah dan hijau juga...cili akan rasa lebih manis bila digoreng mcm ni


Versi 2 [cguct1970]

bahan :
segala jenis ball yang disukai
tauhupok, semua jenis yang bersumbat-sumbat
sayur kangkung, bayam, cendawan tiram, jagung muda,
bunga kubis...potong ikut bite size

Kuah:
air didih
kiub ikan bilis - kuantiti ikut jumlah air
lada sulah
garam
gula sket - optional
bawang goreng
daun sup
lobak hancur /kimci

- didihkan air, masukkan kiub, biar dia hancur, tambah garam, lada sulah,biar didih selama beberapa lama ,lepas tu masukkan semua bahan, biar didih semula..angkat dan hidang . Tabur bawang goreng,lobak hancur, daun sup ..sedia untuk dimakan.

Sos :
cili kisar - masak dengan bawang putih ketuk dan gula melaka, sedikit garam..rebus hingga pekat
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2007 05:33 PM | Show all posts
SERUNDING IKAN [nhuda]



ikan selayang @ nama lainnya ikan sardin
sedikit cuka
sedikit garam
air secukupnya

cara-cara
ikan selayang dibersihkan dan direbus dengan bahan2 diatas. air tu jgn sampai tenggelam sgt ikan. tp klau nak letak jgk xpe sbb air tu nanti boleh guna untuk bila nak masak serunding.
bila ikan rebus ni dah masak, buang tulang & ambil isinya.

bahan-bahan kisar
cili kering - klau malas nak blend guna cili boh sahaja
serai
bawang merah
bawang putih
halia

santan
gula nisang (belah pantai timur panggil mcm ni) - gula merah/melaka tu la
garam secukup rasa (rasa dulu baru masuk garam sbb ikan tadi kita dah rebus taruk garam

Cara-cara Membuat Serunding
1. dlm kuali, masukkan isi ikan, santan, bahan2 kisar, nisang
2. Masukkan cili. mak saya tak suka sgt letak cili byk2.
3. masak sampai kering
Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2007 10:10 AM | Show all posts
SAMBAL BILIS DAN NENAS [ahsya]

bahan utk dikisar
lada kering - gunting tengah dan rendam air panas
bawang besar
belacan

bahan lain
ikan bilis - yg kasar skit...bersihkan, cuci dan toskan
bawang besar - hiris bulat
nenas - potong kecil
gula dan garam

cara:
goreng hiriskan bawang hingga layu. pastu baru masukkan bahan2 yg dikisar. tumis sampai pecah minyak.
masukkan nenas dan ikan bilis. biarkan didih pastu baru masukkan gula & garam. adjust to taste.

sambal tumis ni memang tak guna air asam sbb nenas tu kan nanti dah berair dan rasa masam-manis dari nenas tu memang dah cukup dah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 06:46 PM GMT+8 , Processed in 0.620071 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list