CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[Kompilasi] DAGING

   Close [Copy link]
Post time 14-4-2005 01:53 PM | Show all posts
DAGING MASAK MERAH [hanieliza]

Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
2 biji bawang besar (dihiris)
3 ulas bawang putih (dititik)
3 s/besar sos tomato
4 s/besar cili kering (dikisar)
1 s/besar kicap cair
Garam secukup rasa
Sedikit air
Minyak untuk menumis

Cara:
1. Rebus daging dengan ditambah sedikit pewarna merah sehingga empuk.
2. Potong daging nipis dan lebar lebih kurang sebesar 5 cm.
3. Panaskan minyak & tumis bawang putih sehingga naik baunya.
4. Masukkan cili kering. Tumis sehingga pecah minyak.
5. Masukkan sos tomato & daging yang telah dipotong tadi bersama sedikit air.
6.Tambahkan sedikit garam & kicap cair.
7. Masak sehingga kuah agak kering barulah dimasukkan pula hirisan bawang besar.
8. Kacau seketika & angkat.
9. Hidangkan dengan nasi putih dan tomyam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2005 01:54 PM | Show all posts
DAGING MASAK MERAH [NoorMasri]

Bahan-bahan:

400 g daging lembu
3 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tomato
2 ulas bawang putih } diketuk
1 labu bawang besar } dipotong bulat
6 tangkai cili api } dibelah 2 jika suka pedas boleh tambah lagi
1 sudu besar sos ikan jika suka
minyak untuk menumis

         Cara membuat:

Daging direbus sehingga empuk. Angkat dan potong daging nipis-nipis.
Panaskan minyak secukupnya, tumiskan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan hirisan daging, goreng sehingga daging agak garing.
Masukkan sos cili , sos tomato dan sos ikan.
Kacau sebati barulah dimasukkan bawang besar dan cili
Kacau sekejap, sedia untuk dihidang

Kalau nak daging tu nampak cantik, masa rebus masukkan sedikit pewarna merah tapi kurang baik utk kesihatan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-4-2005 10:49 PM | Show all posts
DAGING BEREMPAH SIMPLE [mrs livingstone]

BAHAN
*bawang merah+putih blend
*bawang berar mayang
*daging kambing/lembu
*kicap manis+masin
*garam+gula
*rempah kerutub(rempah kkari pun buleh tp kureng sikit rasanya)
*minyak utl menumis

CARA
*gaul bawang yg diblend dgn rempah
*tumis dgn minyak
*apabila naik minyak masukkan daging
*apabila 3/4 masak masukkan bawang
*kemudian masukkan sedikit air kalau agak kering
*masukkan garam+gula


Kerutub Daging/hati Lembu


BAHAN:
*daging/hati
*bawang putih+merah+halia+lengkuas+kunyit= blend
*rempah kerutub (selalu dah ada yg siap jenama adabi)
*buah keras+kulit kayu manis+bunga lawang+bunga cengkih
*sekeping gula melaka
*2 sudu kicap manis+kicap masin
*garam+gula
*santan
*serai(optional)
*minyak utk menumis


CARA
*tumis buah keras+bunga cengkih+kulit kayu manis dan bunga lawang
*bila naik bau masukkan bahan yg diblend
*bila naik minyak masukkan daging/hati
*gaul hingga keluar air
*masukkan gula melaka dan kicap
*kalau suka masukkan serai yg diketuk
*masukkan santan
*garam dan gula

KERUTUP AYAM [noorMasri]


Bahan-bahan:            

1/2 ekor ayam
1 1/2 sudu besar rempah kerutup } campur dgn air panas jadikan pes
1/2 sudu besar rempah masak } campur dgn air panas jadikan pes
1 sudu besar kerisik
1 cawan santan
minyak utk menumis
sedikit air asam jawa
garam dan gula melaka secukup rasa
1 labu bawang besar dipotong 8 (potong baji)
1 biji cili merah dipotong dua

Bahan/rempah tumis:

2 batang cengkih
2 kuntum bunga lawang
1 batang kulit kayu manis
3 biji buah pelaga

Bahan kisar:

1 sudu kecil cili kisar
2 cm halia
2 cm lengkuas
6 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih

Cara-membuat:

Panaskan minyak. Masukkan rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar serta rempah kerutup dan rempah masak.
Kacau hingga pecah minyak. Masukkan kerisik.
Masukkan ayam, air asam jawa dan santan.
Masak hingga kuah pekat.
Masukkan garam dan sedikit gula melaka.
Akhir sekali masukkan bawang besar yg dipotong baji serta cili merah, kacau sekejap
Sedia utk dihidangkan

Nota: rempah kerutup dan rempah masak byk dijual di pantai timur
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2005 06:57 PM | Show all posts
Thai Red Curry [dindazZz]

Pes Kari:
4 sb b. putih cincang
3 sb b. merah cincang
2 sb lengkuas
2 sb halia
Parutan kulit limau purut, 1 biji
2 sb serbuk cili
nampla/sos ikan/garam secukupnya
2-3 helai daun selasih

Bhn2:
1 c. santan pekat
2 c. santan cair
4 ketul potongan ayam saiz besar
1 c. terung/labu kuning/etc yg dipotong memanjang
2 tangkai cili merah, potong memanjang
2 sb nampla/garam secukup rasa

Cara2:
Blendkan semua bhn utk pes kari hingga lumat

Sementara tu, panaskan kuali/periuk dan masukkan santan pekat, biar mendidih sebentar

Kemudian masukkan ayam dan pes kari dan kacau sebati sekali sekala.

Pastu, masukkan santan cair, nampla dan terung. Biar selama 10-15 minit.

Hidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 12:21 AM | Show all posts
RENDANG [Jonah]

2 kilo daging lembu /1 ekor ayam
2 1/2 biji santan

BAHAN2 DI MESIN:

15 biji bawang kecil
1 biji bawang besar
5 biji bawang putih
15 - 20 biji cili padi (terpulang - tak nak pun tak pe)
2 sudu cili mesin (ikut suka - tak nak pun tak pe)
halia sebesar ibu jari
kunyit hidup sebesar ibu jari
3 batang serai - bhgn ubinya - di hiris2 dulu sebelum mesin - bahagian batang bhgn atas serai tu bolehlah di titik2 je.


lengkuas - di titik
3 helai daun kunyit - di hiris
5 - 7 helai daun limau purut - siat2

CARA MEMASAK:

1.  Masukkan semua bahan2 yang di mesin ke dalam kuali.

2.  Masukkan sekali santan.

3.  Kalau pakai daging, masukkan sekali daging.  Kalau ayam, masukkan bila
     rendang hampir kering - sebab takut ayam hancur kalau masuk awal2.
     Ataupun boleh goreng 3/4 masak dulu ayam tu.  Kalau guna ayam
     kampung, no problem masuk awal.

4.  Sesekali kacau - biar hingga pecah minyak.

5.  Masukkan daun limau purut.

6.  Masukkan garam.

7.  Last sekali, sebelum matikan api, masukkan daun kunyit dan kacau rata2.

8.  Rendang ini boleh di masak kering atauberkuah.  Mana2 pun sodap.  
    Tapi yang penting mesti naik minyak dulu.

NOTE:  Kengkadang rendang daging ni minyak dia tak terbit, so kalau nak cantik tambah je minyak masak sikit.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 09:13 PM | Show all posts
DAGING MASAK KICAP [Jonah]

1/2 kilo daging lembu
5 biji kentang - hiris bulat2 or wedges and goreng
2 biji bawang besar - hiris bulat2
3 ulas bawang putih - chop
1" halia - chop
1 genggam cili padi akar - yg panjang2 tu
2 biji tomato - hiris bulat2 or wedges
15 btg long beans or french beans - potong2
jus limau kasturi
1 cawan kicap - nak bubuh lebih pun boleh


CARA MEMASAK:

1.  Daging - I usually used the urat type - If the tender type, just fry terus.

2.  Gaul daging dengan serbuk kunyit and garam - fry.

3.  Fry the onion, garlic, ginger, and cili padi - sampai naik bau.

4.  Then add in the fried meat, fried potatoes, kacang panjang or buncis

5.  Add in tomatoes, and squeeze lime juice.

6.  Add in kicap and stir sikit, cepat2 tutup api... jgn lama nanti kicap tu dry up dan tinggal minyak je.  

TIPS:

1.  Do not add water - tak sedap!

2.  careful when u put in salt - if u use kicap masin.

3.  Besides meat, u can also use ayam, or fish, or whatever lah...

4.  Masakan kicap ini, walau guna 1 genggam cili padi tidak terasa pedas laangsung, sebab cili nya hanya di goreng sahaja...

5.  Masakan ini memang pekat dan sedap makan dengan nasi panas...


DAGING MASAK KICAP SEMPOI [hanieliza]

Bahan
500 gram daging [ dipotong  nipis]
1/2 cawan air
3 biji kentang [ potong nipis dan gorengkan]
7 s/b kicap lemak manis
3 s/b tomato sos
2 biji tomato keras/mengkal [belah 4]
1 s/k lada hitam
minyak


Bahan mayang/hiris
1 labu bawang besar
3 sm halia
2 ulas bawang putih
3 ulas bawang merah
3 biji cili hijau
3 biji cili merah

Cara
1. Panaskan minyak dan tumiskan bahan yg dihiriskan kecuali bawang besar sehingga wangi.
2. Masukkan daging, air dan kicap. Biarkan mendideh dan daging lembut.
3. Bila dah nampak agak pekat masukkan semua bahan dan kacau rata.
4. Biarkan reneh sebentar baru tutup api dan angkat.
5. Hidangkan dengan nasi dan boleh juga makan ngan roti macam steak.




Daging kicap [grugals]

sekilo daging atau ikut suka
dua biji bawang besar,sebiji dihiris..sebiji ditumbuk
bawang putih5 ulas
halia
kunyit hidup besar ibu jari
jintan halus dan kasar..
serai satu batang dihiris halus
satu sudu besar kicap tiram
3 sudu besar kicap biasa..atau ikut suka kalau taknak pakai garam..kcap lebih kan sikit
cili masak...
kulit kayu manis...
bunga lawang skit
bunga cengkih satu biji
cili kisar satu sudu
daun ketumbar sebagai aroma dam perasa


cara memasak..A

mula2 hiris daging tadi nipis2...kemudian basuh dah tos kan
tumbuk bawang besar.bawang putih,halia sikit..kunyit hidup..dan jintan halus,serai jinta kasar bila dah lumat tumis kan kedalam kuali yg dah dipanas kan minyak..masuk kan cili kisar tadi..dan goreng lagi hingga garing..sambil tu..masuk kan bunga lawang,bunga cengkih..kulit kayu manis

bila agak2 dah garing sumanya..masuk kan kicap tiram dam kicap biasa tadi..kemudian baru lah masuk kan air..biar air lebih sikit..tapi jangan banyak..sebab nak empukan daging..masukan garam dan serbuk perasa jika suka

bahan sos

sesambil tunggu daging nak empuk..sediakn satu kuali panas kan minyak.dan hiris bawang besar yg tinggal sebiji tadi..hiris bulat2...hiris kan juga bawang putih...dalam dua biji..hiris kan cili masak.dan tumis kan suma kedalam kuali...bila dah agak layu..tutup kan api..dan biar kan

bila daging yg dimasak tadi dah empuk..dan kuah agak pekat...tutup api dan masuk kan bahan2 yg digoreng tadi(bahan sos)
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-4-2005 09:15 PM | Show all posts
DAGING BAKAR..[hanieliza]

bahan
300 daging
1 s/k serbuk kunyit
1 s/k garam
3 ulas bawang merah  ]
2 ulas baaang putih     ]  mesin halus
3 cm halia                  ]

Cara:
1. Daging di potong nipis tatapi lebar.
2. Gaulkan semua bahan dan perapkan sebentar.
3. Bakar/panggangkan daging oven 200'C selama 30 minit.
4. Bila daging masak, potong kecil dan hidangkan.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2005 10:22 PM | Show all posts
Daging masak ala cina [White Pearl]

bahan2..

daging (potong nipis dan lebar)
cili hijau (potong menyerong, bagi cantik sikit)
bawang besar (potong bulat)
bawang putih (mayang nipis)
cendawan butang (belah dua)
sos tiram (5 sudu besar)
minyak untuk menumis

cara buat:

okey, mula2 panaskan minyak, pastuh masuk bawang besar dgn bawang putih, dah agak kuning dan naik bau, masukkan daging dan sos tiram... biar daging n sos tiram tuh sebati... masuk air sikit (sikiiitt jer) kalau boleh jgn masak lama sgt.. masak dgn api besar.. masukkan pulak cendawan butang.. dah agak daging tu masak, masukkan cili hijau.. kacau2 sikit.. dah siap!
(saya tak masuk garam or sebarang perasa dalam masakan ni, sebab sos tiram tu dah cukup masin dan berasa..)

sedappp... makan ngan nasik panas2.. mmg besttt... kalau nak substitute daging dgn ayam pun boleh.. tapi ayam tu potong kecik2 okey..


Stir-fried liver [RasaCinta]

actually the Chinese cook this for honored guest...aku rasa masakan biasa je apa yg lavish nyer

Ingredients:

1 lb hati lembu
1 Small onion, sliced
4 Mushrooms, sliced
4 btg Spring onions
1 Clove garlic
1 sdt Corntarch
2 sdm Peanut oil (anythin..asalkan minyak masak)
1 sdt Soy sauce

1. Slice liver thin and mix with corn starch and crushed garlic.
2. Cook in hot oil.. add onions n mushrooms.
3. Fry till brown then add spring onion n soy sauce.
4. Continue cooking with constant stirring for 6 to 9 minutes.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2005 01:16 AM | Show all posts
Gulai lemak ladang [grugals]


bahan2nya....
***********

daging ikut suka nak banyak mana
santan pekat(dari satu biji kelapa...ikut suka nak cair atau pekat)
cili padi dalam 10 tangkai
sedikit lada hitam yg telah ditumbuk
kerisik dlm satu sudu
serai dititik
kentang
bawang merah
kunyit hidup,takmo kunyit serbuk tak sedap
halia sikit utk hilangkan bau hanyir daging
daun kunyit dihiris halus
asam keping


cara2 memasaknya
***************
daging dihiris nipis atau ikut suka
pastu masukan santan kedalam periuk
kemudian tumbuk cili padi bersama lada hitam,bawang merah dan kunyit
dan masukan kedalam santan dan masukan daging sekali dan jerang atas api.masukan bersama serai dan asam keping.bila daging dah setengah masak..bolehlah masukan kentang yg telah dipotong 4 bersama sesudu kerisik tadi,dan masukan garam..bila daging dah empuk..masukkan daun kunyit yg telah dihiris halus2....

selamat mencuba resepi mak saye ni...


p/s:kalau nak best lagi..memula santan tu biar yg cair dulu..bila daging dah nak empuk baru masukan santan pekat atau patinya
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 09:24 AM | Show all posts
ASAM PEDAS TETEL [DAGING CINCANG] [hanieliza]



Bahan-Bahan:
1/2 kilo daging tetel [potong kecil]
7 batang daun kesum
2 biji tomato [belah 4]
3 mangkuk air
1 cawan air asam jawa
3 s/b minyak masak
garam

Bahan dikisar:
10 biji cili kering
10 ulas bawang kecil
3 ulas bawang putih
3 cm halia
3 batang serai
3 cm lengkuas
3 biji buah keras
2 cm belacan [jika suka]

Cara:
1. Panaskan  minyak masak dan tumis bahan kisar hingga garing.
2. Masukkan daging dan biarkan sehingga naik minyak semula.
3. Masukkan air asam jawa. Biarkan seketika kemudian masukkan air sejuk.
4. Sesuaikan rasa dan didihkan hingga daging empuk.
5. Kemudian masukkan daun kesum dan tomato. Biarkan reneh segingga pekat dan naik minyak.
6. Angkat dan hidangkan.


TIPS [ninoZ]

asam pedas ni besttt sekali kalau guna tulang rusuk dicampur dgn tetel sket
kalau saya..serai taruk lebih sket tapi tak blend la..titikkan je
lengkuas tu sket je blend.. the rest ketukkan je n masuk dlm periuk kemudian
cili kering tu dicampo sket dgn cili merah.. lagi sedap [kadang2 saya blendkan sekali dgn 1/2 bunga kantan]
utk aroma kuah asam pedas..biasanya me taruk daun limau purut n daun kesum sekaligus
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2005 10:11 AM | Show all posts
DAGING MASAK HITAM MANIS MAKLANG [MAKLANG]

(sukatan pepandai sendiri...main agak2 jer-jgn risau pasti menjadinyee)

1/2 kati Daging
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 08:23 PM | Show all posts
Bergedil daging [dewi]

1/2 kilo kentang ( india ) sapa tak tau beza kentang india & us nie.. kentang india kaler kuning texture keras. kentang us kaler putih tekture lembut lebih sesuai buat mash potato.

mince beef ..250 - 300 gm .... jgn buh lebih sgt nanti berderai lak bergedil korang pasal terlebih daging.

daun sup daun bawang .......hiris  halus

bawang goreng 100 gm cukup kot.. beli jer yg dah siap tu senang

lada hitam yg dah kisar 2 sudu besar

garam secukup rasa.

telur untuk mengoreng

kentang tu basuh bersih rebus ngan kulit dia sekali. ( kalau tak der kentang india dan terpaksa guna kentang US jgn rebus. buang kulit m potong tebal & goreng )

kentang yg dah rebus tu buang ler kulit tu peh tu lenyek .( kalau yg goreng tu lenyek gak ler)

peh tu masuk kan bahan2 lain , macam daun sup & bawang, bawang goreng, serbuk lada hitam & garam. Uli pelan2 rata2 dan bulat kan cam doh.

peh tu bentuk kan ler kecik2 ikut suka ler tapi jangan besar sgt nanti daging tak masak kang bila goreng.

pecah telur... pukul buh ler garam sikit.

celup pergedil dlm telur dan goreng dlm kuali ( dlm pan lagi senang)

biar masak sebelah baru ler balikkan pergedil.sekali jer tau balikkan . kang hancur lak pergedil ko tu. :D
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2005 08:35 PM | Show all posts
pegedil daging..[hanieliza]

bahan
500 gm kentang....rebus dan hancurkan
100 gm daging kisar
1/2 cawan bawang goreng
2 tangkai daun sup.............]mayang halus
2 tangkai daun bawang.......]
1 s/k lada sulah
1 s/b tepung jagung
garam
2 biji telur..pukul
minyak untuk menggoreng

Cara..
1. Gaulkan semua bahn kecuali telur.
2. Bentukkan adunan supaya menjadi bulat dan leper.
3. Celupan kedalam telur yg dipukul.
4. Gorengkan dalam minyak.
5. Angkat dan toskan.
6. Hidangkan bersama soto atau bihun soto atau mee soto.
Reply

Use magic Report

Post time 24-5-2005 06:48 PM | Show all posts
STEW AYAM BLACK PEPPER NINOZZ [noor_hannah]

Sup daging/ayam ala stew

daging/ayam - digaul dgn tepung n lada hitam [tepung tu salut byk byk pun tak pe]
bwg beso kuning - dipotong wedges [8 bhgn]
carrot - cut into  big chunks
potato - potong wedges
tomato - potong wedges
daun sup- hiris
lada hitam
garam gula secukup rasa
air
minyak

mula mula panaskan minyak kemudian tumiskan bwg beso..agak2 kekuningan..masukkan daging/ayam..tumis sampai agak agak keperangan n garing sket tepung yg bersalut tu.. pastu masukkan air [jgn byk sgt..kuah sup ni must be thick mcm mushroom soup]
bior merenih sampai agak2 daging tu empuk..pastu masukkan carrot n kentang..seasoned dgn garam n gula n masukkan hirisan daun sup n last sekali masukkan tomato
kacau hingga semunya empuk n masak
tutup api n taburkan sedikit lada hitam..
siap utk dihidangkan..

sedap dimakan dgn begitu sahaja atau dgn nasi ataupun cicah roti..

variasi:
leh masukkan button mushroom kalau suka..agak agak daging nak garing.. masukkan mushroom.. n goreng kejap  pastu baru tambah air
kalau nak pekat..masa tumis daging tu leh taburkan sedikit lagi tepung
kalau nak sedap..masa panaskan minyak tu..campokan beberapa sudu butter..rasa sup ni akan lagi creamy

Hari tu borak2 ngan kawan sorang tu (lupa), kak hannah ada cerita pasal sup ni, so dia minta resipi, pasal susah nak cari or selak2.. kak hannah paste kan je di sini, ok gak untuk kawan2 yang baru join...

Memang mengancam sup ni, nak2 lada hitam dia... anak2 kak hannah cukup suka... sup ni kalau demam2 takde selera, mmg sedap makan panas2.... segar balik rasa badan...


VERSI:: [sweetgal]
ari tu kawan serumah gal baru buat lauk ni. sedap betul. tapi lain sket cara dia. dia kata lebih elok pakai daging. ayam tak berapa sedap utk resepi ni. gal tak tau nak budget sukatan la. tapi kami makan berdua je so takdela byk sgt.

bahan:
daging - dihiris
carrot - potong bulat
1 biji telur - dipukul
tepung gandum
1 s/k tepung jagung
2 ulas bawang putih
sebiji bawang besar - hiris kasar
mushroom
dan apa2 sayur yg nak dimasukkan
sup bunjut

cara:
1) daging digaul dgn telur dan disalut dgn tepung gandum
2) goreng daging sehingga separuh masak dan ketepikan.
3) utk kuah plak. tumis bawang putih sehingga kekuningan dan masukkan air utk kuah. masukkan satu sub bunjut. masukkan daging yg dah digoreng. biarkan seketika sehingga daging betul empuk.
4) masukkan sayur2 lain(carrot, mushroom, kentang). masukkan garam dan tepung jagung. siap
Reply

Use magic Report

Post time 24-8-2005 12:38 AM | Show all posts


DAGING MASAK MERAH[bebeh]


Bahan-bahannya :-

-  700gm daging tanpa lemak dipotong
-  1/2 tin tomato puree - 170gm
-  6 ulas bawang putih
-  3 ulas bawang putih
-  1 1/2 inch halia
-  15 tangkai cili kering -  dibuang biji dan direndam
-  2 labu bawang besar - dipotong bulat
-  3 biji tomato dipotong empat
-  Bunga cengkih Kulit kayu manis
-  2 sudubesar minyak
-  Garam dan ajinomoto secukup rasa
-  Daun ketumbar
-  Daun bawang

Cara Menyediakannya:-

1.  Tumbuk bawang merah, bawang putih, halia dan chili kering hingga
     lumat. Kemudian tumiskan bahan yang telah ditumbuk sehingga naik bau.

2.  Masukan sedikit bunga cengkih, kulit kayu manis dan tomato puree.
     dan masukkan daging yang telah dipotong dan biarkan sehingga masak.
     Kemudian masukkan bawang besar dan tomato.  Padamkan api

3.  Hiaskan dgn ditaburkan daun ketumbar dan daun bawang semasa
     menghidang.
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:20 PM | Show all posts
SINGGANG DAGING [CikBB]

daging di potong nipis....
segenggam ketumbar (rempah biji)
sedikit belacan
cili kering dipotong kecil2
bawang putih dah bwg merah dihiris nipis2
halia di ptg kecil2 (macam kentang goreng tue).
garam dan gula.
asam keping

ok memula...

daging dibasuh bersih2..

tumbuk ketumbar, belacan dan bawang tadi serta lada kering dan halia( jgn lumat sangat) tumbuk sikit2 jer...

gaulkan ngan daging dan masuk sedikit air....masak sehingga 5 minit ..barulah ditambah lagi sedikit air.dan masukkan asam keping  ..dan masukkan garam dan gula....pas tu tunggu sehingga daging empuk.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-9-2005 11:22 PM | Show all posts


SINGGANG DAGING NENEK KAK NOOR [NoorMasri]


Bahan-bahan:

600 g daging lembu
2 keping asam keping
2 ulas bawang putih } dihiris
1 sudu kecil ketumbar } ditumbuk kasar
1 sudu kecil jintan manis } ditumbuk kasar
2 cm lengkuas } dihiris atau diketuk
garam secukup rasa
cili api } dibelah 2 - jika suka
air secukupnya

Cara membuat:

Masukkan semua bahan2 diatas serta air secukupnya
Apabila mendidih masukkan daging reneh sehingga empuk.
Rasakan garam secukupnya
Sebelum diangkat masukkan cili api
Sedia utk dihidangkan
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2005 11:25 PM | Show all posts
Singgang Daging  [CoKeLat-RaWkZ ]

Bahan-Bahan:
1 kati daging lembu
3 inci lengkuas ]
3 ulas bawang merah] dihiris
3 ulas bawang putih] halus
3 inci halia ] 5 keping asam gelugur
2 sudu ketumbar biji (diketuk-ketuk
supaya pecah)
Cara:
Bersihkan serta potong daging mengikut kesukaan anda. Kemudian masukkan ke dalam periuk berserta bahan yang dihiris tadi ketumbar, asam gelugur, garam dan serbuk perasa secukupnya. Kemudian masukkan pula air secukupnya dan jerangkanlah periuk di atas api biarkan mendidih serta daging cukup masak bolehlah diangkat.
Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2005 05:34 PM | Show all posts
Daging Rebus Butter & Kicap [cikdak]

1 kg daging fillet
1/4 cawan kicap pekat
1/4 cawan kicap cair
1 sb lada hitam
5 ulas bawang putih
1/3 ketul butter
6 cawan air

Cara:

1.Daging dipotong kepada dua atau tiga sahaja dan dibersihkan.
2.Tumbuk lada hitam dan bawang putih.
3.Letak semua kicap, daging, bawang putih dan lada hitam dalam periok.
4.Gaul daging dengan bahan2 tadi dan biarkan dalam
Reply

Use magic Report

Post time 25-10-2005 08:44 PM | Show all posts


RENDANG DAGING DENDANG PERANTAU [NoorMasri]

Bahan-bahan: (utk 4-5 org)

700 g daging lembu (batang pinang) } dihiris
4 cawan santan pekat
1 helai daun kunyit } dihiris halus
4 helai daun limau purut }hiris halus
3 sudu besar kerisik
1 keping asam keping
garam secukup rasa
sket gula merah jika suka
minyak utk menumis

Bahan kisar:

15 tangkai cili kering
15-20 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
4 cm halia
3 cm lengkuas
2 cm kunyit hidup
3 batang serai
2 biji buah keras

Cara membuat:

Bahan kisar hendaklah dikisar dgn santan (jgn guna air)
Panaskan minyak tumiskan bahan kisar.
Kacau hingga wangi dan naik minyak.
Masukkan daging, santan, kerisik dan asam keping.
Renehkan sambil sesekali kacau
Apabila hampir kering masukkan daun kunyit, daun limau purut, garam dan gula
Bolehlah diangkat


RENDANG DENDANG PERANTAU II aka RENDANG KETUPAT [NoorMasri]

Bahan-bahan:

700 g daging} dipotong sederhana besar
2 biji kelapa } ambil santan pekat
2 sudu besar kerisik } lebih elok guna home made kerisik (tumbuk sampai berminyak)
sedikit serbuk kunyit
garam secukup rasa
gula melaka secukup rasa
1 keping asam keping

Bahan kisar: (kisar hingga halus dgn sebahagian drp santan)

10 tangkai cili kering
2 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
3 sudu besar ketumbar
2 cm halia
2 batang serai (dimayang halus baru baling dlm blender)

Cara membuat:

Satukan daging dgn bahan kisar, kunyit serbuk dan asam keping
Jerang atas dapur hingga daging kecut
Tuangkan santan biarkan hampir kering
Masukkan garam, gula melaka diikuti kerisik dan kacau hingga kering
Enak digandingkan bersama ketupat, nasi impit atau lemang..dgn nasi putih pung enak jugaaa卬yummy !
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:53 AM GMT+8 , Processed in 0.068004 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list