CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: ninoZ

[Kompilasi] DAGING

   Close [Copy link]
Post time 28-9-2006 07:03 AM | Show all posts
Daging Masak Hitam menggunakan Rempah S'wak [Baiduri Othman]

Bahan2nya:-
1 kg daging (dipotong nipis)
cili kering or cili paste (ni kena pandai2lah agak)
5 ulas bawang merah
5 ulas bawang putih
2 labu bawang besar dihiris
sedikit halia
1-2 btg serai
3-4 senduk kicap pekat
1 paket rempah ratus
250g kismis ditumbuk
3-4 sudu makan gula apong or boleh ganti dgn gula merah
kerisik (pandai2lah agak)
perencah utk buat daging hitam [hanya didapati di Swak shj] kalau tak ada tak payah guna.
garam/sugar to taste (sedikit shj sebab dah ada kicap/kismis/gula apong).

Cara2 membuatnya:-
1. Bahan2 spt bawang merah,bawang putih,halia,cili merah ditumbuk hingga lumat.Baru tumis bersama rempah hingga warna kekuningan bersama serai.Lepas tu masukkan daging bersama kicap + air.Biarkan menggeledak dgn menggunakan api kecil sehingga daging empuk.Kalau kuah pekat tambah air.
2. Kemudian masukkan kerisik,kismis,gula apong/gula merah,perencah & garam.Pastikan ada rasa manis & masin.Masak sehingga gravy dia agak pekat (jgn terlalu cair or pekat).Then finally masukkan bawang besar yg dah dihiris.

Nota:-
Petua nak bagi daging empuk selalunya perap dgn daun betik.Ada jugak org guna baking powder utk melembutkan daging.
BTW, ayam pun boleh masak hitam. Ada org suka goreng ayam terlebih dulu & ada jugak masak mcm biasa je.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2006 07:05 AM | Show all posts
Masakan Bunga Dewi (Daging Masak Hitam) [Kero_kero]

Bahan-bahan:
450 gm isi daging
225 gm kismis hitam (dikisar)
2 batang serai (dikisar)
1 ketul lengkuas (dikisar)
6 biji bawang merah (dihiris)
1 labu bawang putih (dihiris)
8 cm halia (dikisar)
1/2 sudu teh lada kisar
3 sudu makan gula
1/2 gelas kicap
1/2 gelas minyak

Rempah tumis:
5 cm kulit kayu manis
4 biji cengkih
3 biji buah pelaga
1 helai daun pandan

Cara membuatnya:
1. Daging dipotong nipis.
2. Panaskan minyak & masukkan rempah tumis,bawang merah,bawang putih & daun pandan. Goreng hingga kekuningan.Masukkan serai,lengkuas & halia yg sudah dikisar & goreng hingga naik bau.
3. Masukkan daging,2 gelas air & lada & tudung periuk.Masak dgn api perlahan hingga daging menjadi empuk.
4. Ambil kismis kisar & campurkan dgn 1/2 gelas air dahulu & masukkan ke dlm daging & kacau rata.
5. Masukkan kicap & tudung semula.
6. Masukkan gula & kacau hingga kering & keluar minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2006 07:24 AM | Show all posts
Daging Salai Masak Lemak Cili Api [nabialishad]

ha'a..mak slalu masak lomak guna belimbing buloh (kalau x silap namo eh laa).
nk buat tu sama saja macam masak lemak ayam..cuma bezanya daging tu sblm dimasak..diperap dgn garam + serbuk jintan manis + serbuk ketumbar n lepas agak2 1jam..tos airnya dan salai atas api..kat kg senang laa menyalai sbb slalunya salai atas dapur arang tu yg buat dia sdap..dan kalau diletak belimbing tu x perlu laa diletak asam keping...


:: VERSI 2 :: [MAKLANG]

wan(nenek) maklang suko masak daging salai nih...resepinya <> macam masak lomak biaso tu...tapi daging salai tu wan maklang campur ngan bacang mudo...mesti buek podas2...baghu terangkek makan...
berpoloh2 makan weiiii


:: VERSI 3 :: [kerepek_pisang]

org kampong kerepek kalau buat salai daging ni, tak payah perap dengan apa-ape pun... salai je daging tu atas bara api sampai betol2 kering...bila nak masak nanti baru potong kecil2...yg penting bila masak lemak daging salai ni, jgn lupa cili api, kunyit hidup n santan...kelapa tu biar lebih sikit (pekat) dan buat pedas2 dan camporkan dengan belimbing buluh ke atau bacang muda...umph...sedaaaappppp...mak mentua lalu pun tak perasan...


Gulai Daging salai [sunshine05]

Bahan:
Daging (biasa saya pakai yg jenis batang pinang) - disalaikan atau bakar dalam oven sampai kering sikit...pas tu hiris nipis2
Bawang merah - 4 biji                          )
Bawang putih - 2 biji                            )
Kunyit hidup - sikit                               )  di blendkan
cili merah - 4-5 biji                                )
cili api - biar banyak, kalau nak pedas )
serai - 2 batang
daun limau purut - 3-4 helai
Kentang - 3 biji - dibelah 4
Santan - Biasa nak senang pakai santai kotak je, tapi pakai santan fresh lagi best

Masukkan semua bahan blend,kentang dan jugak santan dan serai,kacau supaya tak pecah minyak..Kemudian tu masukkan daging salai,bila kentang dah lembut dan daging dah sebati ngan kuah gulai tu,masukkan daun limau purut tu,biarkan dalam 15 min lagi..boleh la tutup api.
Selamat mencuba..


Masak Lemak Daging Salai Chef Ismail [MAKLANG]

Bahan2:-
600g daging salai
150g cili padi
3 btg serai - diketuk
4cm kunyit
6 biji bwg merah
2 biji bwg putih
500g santan
2 biji bacang muda - hiris nipis
garam
cili hijau - belah 2

CARA:-
Daging salai dipotong nipis
Rebus daging bersama serai sampai empuk
Masukkan bahan kisar dalam air daging, biar mendidih.
Masukkan santan dan garam
Kacau selalu supaya tak pecah minyak
Masukkan mangga dan cili hijau.Didihkan dengan api kecil..biar 5' dan angkat.


TIPS memasak masak lemak daging salai [antiQue]

Masak lemak cili padi daging salai ni, macam-macam cara boleh masak... boleh masak daging saja campur daun kunyit.... boleh masak dgn kentang (tapi dgn kentang ni tak berapa kick)... lebih kick dengan nangka muda atau belimbing buluh / bacang....

Tips yang saya amalkan yg diturunkan oleh mak, kalau nak masak lemak cili padi ni, kena masak dalam kuali baru lebih best (dia tak meruap sangat)... garamnya letak secukupnya masa awal memasak... maknanya masuk santan tu masuk garam sekali... bila garam tu cukup, dia tak berapa meruap sangat so tak lah dia jadi tahi minyak (tahi minyak ke yg ketul-ketul tu?) .. lepas kuah dah masak, jangan terus tutup api, sangai dulu (maknanya bukak api kecillllll sangat lama-lama sikit).

Nak kasi kuah kaler cantik sikit, gunakan banyak cili padi yg dah masak (tapi susah giler nak tumbuk kasi hancur) ataupun, cili padi tu campurkan dgn setangkai je cili merah segar tu... cili padi pulak, pilih cili padi kampung... jangan pakai cili akar... rasa tak best...


lawar daging salai [antiQue]

Bahan:-
Semangkuk kecil daging salai yg dah dihiris nipis
5 ulas cili padi dihiris nipis
1/2 sudu teh lada hitam ditumbuk halus
4 ulas bawang merah (yg kecik2) dihiris nipis
4 biji limau kasturi (atau boleh juga diguna limau nipis) yg diambil jusnya
3/4 mangkuk santan pekat
Garam secukup rasa

Cara:-
Senang je.. gaulkan je semua bahan tu  Dah... siap... TIDAK PERLU MEMASAK.
Ada orang suka letak belacan sikit. Ikut lah. Tapi resepi ni tak tahan lama. Dia memang hanya sesuai untuk dimakan sekali sahaja, jgn simpan-simpan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2006 03:13 AM | Show all posts
KERABU DAGING [hanieliza]

? kg daging[rebus dan siatkan]
2 labu bawang besar[mayang kasar]
2 cm halia[racik halus]
4 biji cili hidup merah厖]
3 biji cili hidup hijau厖..] mayang halus
1 sudu besar lada hitam[tumbuk kasar]
3 biji limau nipis[perah air]
? batang timun[racik halus]
1 biji buah tomato[mayang kasar]
Garam & gula
Daun salad

Gaul semua bahan dan rasakan masam dan masin adunan
tuangkan keatas daun salad yang disusun dalam pinggan hidangan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2006 12:09 AM | Show all posts
BEBOLA DAGING [Paja]

Bahan2:-
daging cincang (500gm)
tepung jagung @ ubi (2 sudu)
serbuk penaik (1 sudu kecik)
garam
lada hitam

Cara:-
campurkan semua bahan sampai sebati.kepalkan dan buat bentuk bebola ikut besar mana yang suka.kegunaannya pelbagai..boleh goreng,campur dalam sup,masuk dalam sos bolognese untuk spagetti,rebus pastu potong2 untuk rencah mee goreng etc.

Tips:-
kalau nak lagi sedap,boleh campur bawang cincang,cendawan butang cincang,cili merah dicincang etc.
Reply

Use magic Report

Post time 16-4-2007 02:26 PM | Show all posts
BEEF STEW

Versi 1 [nenekglamer]
untuk hidangan 4 orang

2 sudu makan tepung gandum/tepung serbaguna
1 paun daging lembu (dalam 600 gram kot) dipotong dadu
2 sudu makan minyak masak
3 1/2 cawan air rebusan sayuran (biasanya air rebusan karot, celeri, bawang - tapi kalau dah letak sayuran ni dalam stew pun ok rasanya) atau air biasa
2 sudu teh serbuk pati daging lembu - ni biasanya kalau nak rasa lebih 'rich' tapi kalau tak de tak pe.
1/2 cawan bawang besar cincang
2 bawang putih dicincang
1/2 sudu teh daun selasih kering diramas sket untuk keluarkan bau (yg kt botol tu) tapi kalau yg segar lagi baik
1/2 sudu teh daun thyme diramas sket untuk keluarkan bau tapi kalau yg segar lagi baik
2 1/4 cawan kentang dipotong dadu
2 cawan karot dihiris
1 cawan celeri di hiris

Caranya,

1. Letakkan tepung dalam beg plastik and masukkan daging lembu yg dipotong dadu dan digoncang supaya tepung dapat salut daging tersebut.  Letak sedikit demi sedikit supaya daging tak melekat2. Panaskan minyak dalam periuk yg sesuai dan tumiskan daging lembu tu sampai garing tepung salut dia.
3.  Tambahkan jus sayuran/air, bawang, serbuk pati daging lembu, bawang putih, daun selasih dan daun thyme.  Biarkan mendidih.  
4.  Bila dah mendidih, kecilkan api, tutupkan periuk dan biar merenih selama 1 hingga 1 1/4 jam atau sampai daging hampir lembut.
5. Tambahkan kentang, karot dan celeri dan renihkan selama 30 minit lagi.
6. Tambahkan garam dan black pepper secukup rasa.
7. Buangkan lapisan minyak yang timbul.

Resepi kt atas mmg resepi beef stew american style.

Variasi...

Kengkadang aku masukkan halia - tapi rasanya jadi cam rasa ala2 sup pulak kekekekeke

Kengkadang aku tumiskan bawang merah n bawang putih..


Versi 2 [bbgal]

dgg lembu - rebus smpi lembut
bwg puteh - cincang
bwg besau - potong dadu
carot     - goreng dulu
kentang - goreng dulu
batang celery
kacang pis dlm tin
buah tomato
minyak sapi
tepung utk likat kan kuah
tomato sauce

mula2, tumis bwg bsr n bwg puteh ngan minyak sapi... dah layu, masukkan daging yg dah direbus.. bile dah mendidih masukkan carot, kentang, celery, kacang pis buah tomato tadik tu... then masukkan garam... tambah la tomato sauce kalau nak lebih rasa masam... then masukkan tepung utk likatkan kuah... SIAP...
masa raya baru ni, kawan2 dtg rumah bbgal buat stew lembu, then hidang ngan bougette ngan roti gardenia je... bkn main laju depa makan masa ujan lebat tu.. heheheheh...


Versi 3 [mallanhead]

Lamb shanks
Pickling Onion (Bawang besar yang cenonit)
Carrot (potong besar)
Bawang putih (Jgn potong biar seulas-ulas)
Baby potatoes (atau kentang biasa, potong besar2)
Chicken stock (yang liquid, kalau tak de liquid boleh pakai yang cube, cuma tambah air panas je)
Bay leaves
Salt and pepper

Cara memasak
Salutkan sedikit tepong and  kat lamb shanks. Goreng dia sikit ngan olive oil. Sebabnye, nak seal the goodness. Angkat.

Lepas tu tumis  bawang besar dan bawang putih ngan minyak yang sama. Letakkan semua vege dan letak stock ayam tadi. Bila boiling masukkan lambshank and sal and pepper tadi. Tunggu boiling dan letakkan dia dlm bekas yang boleh dimasuk oven. Make sure bila masuk dlm bekas ni, kuah dia menutupi lamb shank dan bakar dlm oven 150 deg C selama 2 jam. Bila dah dua jam, stew/braised ni dah pekat.


Versi 4 [yaneng]

ekor lembu (satu kilo) basuh dgn tepung dan lapkan hingga kering guna paper towel
2 sudu besar tepung gandum
2 bawang besar potong besar
5 ulas bawang putih-ketuk
5 ulas cili padi (lebih kalau mahu pedas, jgn letak kalau tak mau pedas)ketuk
carrot hiris kasar or julienne
celery potong lebar
kentang potong wedges
2 tomatoes
asam keping(utk rasa masam, kalau tak suka tak payah letaklah, org putih letak wain)
garam
gula sikit

1. tumis ekor hingga brown sikit, guna olive oil sedap sikit, kalau takde minyak biasa pun boleh
2. masukkantepung gandum dan tumiskan
3. bila dah lekit masukkan bawang merah, bwg putih, cili padi
4. bila tumisan dah sejati, dan naik bau, masukkan kesemua sayuran
5. masukkan air suam , kalau nak byk kuah letaklah sehingga melebihi paras sayuran tadi....kacau sekali sekala
6. masukkan asam keping, garam gula.
reneh sehingga dlm dua jam, rasa, then hidangkan dgn french bread

kalau ada presseure cooker tak payah masak lama, maybe dlm 30 min dah siap, yaneng guna pressure cooker tapi tak guna function tue, just guna the periuk sebab sedap slow cook guna pressure cooker


Versi 5 [maisya]



White Stew/Cream Stew
sumber: Bistro SMAP's Complete Recipe book
hidangan utk 4-6 org

Bahan A:
Isi ayam-digaul dgn garam dan lada sulah
3 ubi kentang      
2 carrot           
1 bawang besar   
1 broccoli      
5 cendawan butang
2 celery         
15 kacang buncis  

Bahan B:
60g butter
60g tepung gandum
5 cawan susu segar suam
5 cawan stok ayam @ kiub ayam dilarutkan dgn 5 cawan air
1 helai laurel/bay leaf ( tak de pun tak pe la...)
garam
lada sulah
1 1/2 cawan fresh cream

Bahan C:
200g twist macaroni/fussili - direbus sehingga lembut, ditos

Cara:
1. Semua bahan A dipotong kecil/saiz yang sesuai
2. Cairkan butter dalam periuk dan goreng sebentar semua bahan A.
3. Alihkan periuk dari api. Masukkan tepung gandum dan gaul rata.
4. Letakkan semula periuk atas api dan tambah susu. Gaul rata dan tambahkan pula stok ayam dan daun laurel. Gaul rata dan masak sehingga semua bahan empuk dgn api yg sederhana. Kacau sekali sekala.
5. Tambahkan garam dan lada sulah mengikut citarasa.
6. Tuangkan fresh cream sejurus sebelum tutup api. Kacau hingga sebati.
7. Makan bersama twist makaroni/fussili.

*boleh juga gunakan susu cair yg dibancuh dgn sedikit tepung jagung bagi menggantikan fresh cream.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2007 02:03 PM | Show all posts
RENDANG TOK

Versi 1[hanieliza]

Bahan
1 kg daging [potong sebesar 3 inci]
2 cawan santan pekat [1 biji kelapa]
1/2 cawan kerisik
1/2 biji kelapa [dipotong nipis]
3 s/b gula merah
Daun kunyit [racik halus]
garam

Bahan mesin
2 s/b ketumbar
1 s/b jintan manis
1 s/b  jintan putih
1 s/b  lada hitam
3 kuntum bunga lawang
10 kuntum bunga cengkih
25  biji cili kering
20  biji bawang merah
5 cm halia
5 batang serai
3 cm lengkuas

Cara:
1. Masukkan semua bahan kecuali daun kunyit, kerisik dan kelapa hiris dalam kuali.
2. Masakkan dengan api perlahan sehingga pekat dan naik minyak.
3. Bila telah pekat masukkan daun kunyit, kelapa hiris dan kerisik. Kacau rata.
4. Masakkan lagi sehinggan naik minyak dan cukup pekat.
5. Hidangkan.

Versi 2 [ziana2006]

Bahan-Bahan:
300 gm daging lembu
1 biji kelapa (1
Reply

Use magic Report

Post time 3-11-2008 10:04 AM | Show all posts
Daging Kering Masin [niceghost2005]

1. Daging di potong selari dgn uratnya sebesar tapak tangan.
2. Di rendam di dalam air garam selama bbrp jam.
3. Di keringkan di bawah matahari selama bbrp hari sehingga ia menjadi 50% kering.
4. Gorengkan daging tersebut dgn minyak yg panas.(sehingga bahagian luar masak)
5. Keluarkan dan tumbuk agar ia menjadi leper sedikit or pecah sedikit.
6. Goreng semula dan masukkan bawang yg telah mayang sehingga naik bau wangi nya.
7. Angkat dan sejukkan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Makanan & Resipi


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 07:25 PM GMT+8 , Processed in 0.056552 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list