CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9101|Reply: 120

[Tempatan] 1.6 juta penjawat awam terima bonus esok

[Copy link]
Post time 3-1-2016 05:54 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Kira-kira 1.6 juta penjawat awam dan sejuta pesara kerajaan akan menerima bonus masing-masing sebanyak RM500 dan RM250, esok. Pemberian ini membabitkan peruntukan RM645 juta, selaras pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika membentangkan Bajet 2016 di Dewan Rakyat, pada 23 Oktober lalu. Berdasarkan pekeliling dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini, pemberian itu bukan sahaja membabitkan pegawai awam lantikan tetap, malah kakitangan kontrak. Ia termasuk pegawai lantikan sementara, perkhidmatan dalam kontrak, guru interim dan pegawai sambilan harian (PSH), tertakluk kepada syarat. Bagi kakitangan yang meninggal dunia antara 1 Januari hingga 31 Disember 2015, mereka turut layak menerima pemberian RM500 tertakluk kepada beberapa syarat termasuk sudah berkhidmat sekurang-kurangnya 30 hari.

Selain pemberian itu, penjawat awam juga akan menerima beberapa lagi insentif lain yang terkandung dalam Bajet 2016. Ia termasuk menaik taraf skim perkhidmatan yang akan memberi manfaat kepada 406,000 kakitangan serta penetapan gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam kepada RM1,200 sebulan, bakal memanfaatkan 60,000 penjawat awam. Langkah-langkah yang dijadualkan dilaksanakan pada 1 Julai tahun ini akan membabitkan peruntukan sebanyak RM1.4 bilion. Di samping itu, hampir 50,000 pesara yang mempunyai 25 tahun perkhidmatan akan menikmati pencen minimum tetap sebanyak RM950 sebulan. Pegawai kontrak yang telah berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun akan diserap ke dalam perkhidmatan tetap. Ini akan memberi manfaat kepada 10,000 kakitangan kontrak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2016 05:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Untunglah....
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Untungla...aku pkn dpt bonus jgak..tiba2 dpt msj dri yaysan anak sdra yg aku jga study kt cni...syukur alhmadulillah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 05:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:01 PM | Show all posts
banyak yang diberi
besar juga yang akan diambil balik
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:05 PM | Show all posts
AbukRokok replied at 3-1-2016 06:01 PM
banyak yang diberi
besar juga yang akan diambil balik

Betul tu. Sebagai contoh, digunakan bayar roadtax kereta/insuran.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-1-2016 06:07 PM | Show all posts
Kecohla media takat 500 je pun nak kecoh bagai

Gi interview sama glc mnc la tgk

brape bln bonus depa dpt..puih
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:12 PM From the mobile phone | Show all posts
GLC nmpk je banyak ,tp disedut LHDN.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2016 06:15 PM | Show all posts
Bonus TM, TNB dan Petronas tahun ni masyuk x?
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:15 PM From the mobile phone | Show all posts
tagas replied at 3-1-2016 06:07 PM
Kecohla media takat 500 je pun nak kecoh bagai

Gi interview sama glc mnc la tgk

ala, bang..tak payah la nak kait mnc glc segala..setiap sektor ada perks and cons memasing..terima seada nya lah jalan yang dipilih sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Ai happy je dgn apa yg diterima. Drpd takde lansung, RM500 pun okay apa.
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:31 PM From the mobile phone | Show all posts
Horrayyy. Tambah lg dgn br1m nanti. Makin masyukk lahh. Bole queue dpn kedai paritdah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:33 PM From the mobile phone | Show all posts
yulbit replied at 3-1-2016 06:12 PM
GLC nmpk je banyak ,tp disedut LHDN.

Jadi tax officer la best. Bonus 7 bulan katanya lhdn betul ke? Masam je yg keje audit. Nak lari masuk tax tak boleh. Lain bidang dah
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:34 PM | Show all posts
guna lah sebaik mungkin..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Esok ke?Alhamdulillah. Syukur wpun cuma 500 brbanding zaman Mahathir...br je pening fikir nk tunggu next gaji..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 06:42 PM | Show all posts
ala kecoh..rm500 je pun...






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-1-2016 06:50 PM | Show all posts
alhamdulillah.. tumpang happy.. utk para ibu bapa yg pening dgn belanja sekolah.. sekurang2nya ringan sikit beban..
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 07:11 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah... Rezeki
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 07:14 PM | Show all posts
gst diguna manfaat rakyat dan pembanguan ngr
Reply

Use magic Report

Post time 3-1-2016 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Tahniah..esok ramai dpt duit, asb pun ye..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.212535 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list