CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2036|Reply: 16

Debu Bauksit, Penduduk Setempat Risiko Terkena Alzheimer

[Copy link]
Post time 6-1-2016 12:39 PM | Show all posts |Read mode




Oleh Fyruz Hanna


Debu bauksit yang diangkut dari kawasan perlombongan mengandungi aluminium hidroksida yang mampu menyekat pengaliran oksigen dalam darah sekaligus ke sistem saraf.


Ia dinyatakan oleh Felo Penyelidik Kualiti Udara Penyelidikan Alam Sekitar Pantai Timur Universiti Sultan Zainal Abidin (Unisza) Dr Azman Azid terhadap lokasi terjejas dengan indeks pendemaran udara melebihii tahap berbahaya iaitu mencecah sehingga 468. Dianggarkan sebanyak 2000 buah lori menggangkut muatan baukit di Kuantan setiap hari dan mengabaikan aspek keselamatan dan mengundang pencemaran.




"Apabila otak kekurangan oksigen ia boleh menyebabkan seseorang itu terdedah dengan risiko untuk menghidap penyakit Azheimer atau penyakit lupa," katanya kepada Bernama.


"Manusia yang terdedah dengan tahap kualiti udara yang tidak sihat untuk tempoh yang lama juga boleh mengalami simptom kesukaran dan masalah pernafasan sebelum menjadi kronik apabila tidak dikawal.


"Selain pekerja perlombongan, mereka yang berisiko untuk menghidapinya termasuk juga golongan bayi, kanak-kanak, dan warga emas kerana keperluan udara yang tinggi untuk pernafasan dan lemah imuniti tubuh badan melawan penyakit tersebut," katanya.


Azman juga menyelar sikap penduduk dan pekerja lombong yang tidak mengendahkan keselamatan tanpa memakai topeng keselamatan kerana dengan keadaan tersebut ia boleh memberi kesan terus kepada hati.

Dua hari lalu isteri Tengku Puan Pahang menyeru rakyat untuk terus berjuang menghentikan pencemaran disebabkan aktiviti melombong bauksit. Walaupun isteri Tengku Mahkota Pahang tidak menyalahkan kerajaan sepenuhnya namun pencemaran tersebut umpama duri dalam daging untuk negeri Pahang. -CARI Infonet.


Sumber:BERNAMA,Sinarharian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 12:41 PM | Show all posts
penduduk x pe..jgn pemimpin umno
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 12:41 PM From the mobile phone | Show all posts
Eloklah tu. Nanti mereka pun lupa kenapa mereka kena alzheimer dan pasal bauksit ni

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 12:55 PM | Show all posts
smua da jd lupa senang ler..
xde sape nak kecoh2 atau kena saman..

Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 12:57 PM | Show all posts
diam la korang, asyik kutuk umno je...

dizeck replied at 6-1-2016 12:39 PM
Mengambil kesempatan di atas isu bauksit untuk
mengelak tumpuan adalah salah satu kemungkinannya
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:05 PM From the mobile phone | Show all posts
erm....rakyat kena xpe
jangan sultan kena

nanti sapa nak ganti bayangan tohan ni
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-1-2016 01:06 PM | Show all posts
kasihan



Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:07 PM | Show all posts
i think seriously pihak penguatkuasa kena take this matter seriously, ini public health dah ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-1-2016 01:09 PM | Show all posts

planet marikhhhh
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 01:25 PM | Show all posts
mbhcsf: i think seriously pihak penguatkuasa kena take this matter seriously, ini public health dah ni.

x paham why TPP nak sound pd rakyat jelata utk hentikan all this mess?
they all ade kuase ke?..so far ape yg die org dh usahakan?...
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 02:05 PM | Show all posts
ultra78 replied at 6-1-2016 12:41 PM
Eloklah tu. Nanti mereka pun lupa kenapa mereka kena alzheimer dan pasal bauksit ni

silap haribulan dah semua kena alzheimer, ada pulak yg lupa diri terus ngaku Sultan of Kuantan
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 02:13 PM | Show all posts
Masyuk la bisnes insuran/takaful di kawasan kuantan ni nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 02:34 PM | Show all posts
apesal teruk sgt jadinye ni?
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 03:58 PM | Show all posts
ade aku kesah, kata yg berkenaannnn
Reply

Use magic Report

Post time 6-1-2016 11:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Xpe lps ni dh alzheimer dorang pindah gi duduk marikh

sbb lupa rumah betol cemana rupa. Kaler sama kekdahnya

bila dah pindah marikh mesti dorang dah lupa nak marah kes bokshit
Reply

Use magic Report

Post time 7-1-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
ala pindah je planet mana2 sesuka hati mcm citer star wars
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-1-2016 12:26 AM | Show all posts
ni smua slah org makan sireh- mcm kimk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

4-10-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.061682 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list