AKTRESS Bollywood terkenal Priyanka Chopra menjadi pelakon pertama dari Asia Selatan memenangi anugerah dalam People's Choice Award, lapor BBC. Priyanka yang memengang watak sebagai agen FBI dalam drama bersiri Amerika Syarikat, Quantico, memenangi anugerah aktress pilihan.
Antara aktress yang tercalon dalam kategori yang sama Emma Roberts, Jamie Lee Curtis, Lea Michele dan Marcia Gay Harden. Priyanka turut berkongsi kegembiraannya di laman Twitternya dan turut melahirkan rasa terima kasih kepada peminat yang mengundinya.
"Saya sangat bernasib baik. Terima kepada semua orang yang telah mengundi untuk People Choice Award. Kepada kelab peminat PCManiacs, saya bukan sesiapa tanpa ada," tulisnya.
Pemenang lain di anugerah termasuk bintang pop Taylor Swift dan Justin Bieber, dan Jim Parsons dari The Big Bang Theory.
-sinar harian
|