CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 88461|Reply: 41

Mak kawan berhutang dengan saya.

[Copy link]
Post time 9-1-2016 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Hai assalammualaikum. Saya nak kongsi masalah saya sikit. Harap ada lah yang boleh membantu

Cerita dia macam ni. Tahun lepas pada bulan 10 yang lalu, saya ada beli henfon baru. Jadi saya nak jual henfon lama saya pada kawan saya. kawan saya kata mak dia yang nak beli sebab henfon mak dia rosak. Jadi dia suruh saya simpan dulu henfon tu jangan jual kat orang lain. Jadi saya pun simpan lah henfon tu.

Selang beberapa hari, mak kepada kawan saya tu ws saya sendiri tanya saya pasal henfon tu. Mak dia kata yang mak dia nak beli henfon lama saya tu. Pada mulanya saya ingat nak jual henfon tu pada harga rm180 tapi saya kurangkan rm150 sebab dia mak kawan saya. So dia jadi beli henfon tersebut. Tapi mak kawan saya minta nak guna 2 minggu dulu sebab dia tak ada duit lagi. Selepas dua minggu baru mak dia akan bayar. Lagipun dia kata yang henfon dia rosak. So saya tak syak apa apa lah lagi waktu tu. Tapi yang peliknya dia minta saya rahsiakan tentang pembayaran henfon tersebut dari anak dia iaitu kawan saya. Dia kata kalau anak dia dapat tahu, anak dia akan marah dia. Jadi dia suruh cakap kat kawan saya yang dia dah bank in duit tersebut.

2 minggu pun berlalu. Tapi mak kawan saya still tak bayar duit henfon tu. Sampai sekarang pun mak dia tak bayar lagi. Saya hanya diam jelah. Sebab takkan nak mintak duit dari mak kawan sendiri kan? Lagipun dia mak kawan saya. Sepanjang cuti sekolah tahun lepas saya perhati je kawan saya ni post gambar dia keluar makan kat tempat mewah, pergi sana sini. Jadi saya rasa pelik sebab takkan mak dia tak boleh bayar duit henfon tu sedangkan saya tengok dia dan keluarga pergi ke merata tempat. Satu hari tu mak dia msj saya tanya "ni siapa ada call nombor ni tadi" padahal saya tak call mak dia pun. Jadi saya anggap mak dia delete nombor saya.

Sekarang dah masuk tahun 2016 pun mak dia still tak langsaikan duit henfon tu. Saya nak minta segan. Nak cerita kat anak dia pula saya rasa bersalah. Jadi saya cerita kat kawan saya lagi sorang si A ni. Cerita punya cerita, kawan saya si A ni pula cerita pasal mak kawan saya yang beli henfon tu. Si A ceritalah dia kata kawan saya lagi sorang ni Si B tengah jalan jalan kat taman perumahan dia. Tiba tiba si B nampak abang kawan saya yang mak dia beli henfon tu tengah bawak motor pastu berhenti kat satu tempat. Si B pun tengok lah apa yang abang kawan saya tu buat. Rupanya abang kawan saya tu tengah tanggalkan kertas banyak banyak yang macam ah long tulis wanted kat dinding. Bila si B tu tengok, kat kertas tu ada gambar mak kawan saya yang beli henfon dengan saya haritu. Bila si B ni balik rumah, terus si B ni msj abang kawan saya tu tanya betul ke tu mak dia? Pastu abang kawan saya tu merayu tolong jangan bagi tahu adik dia iaitu kawan saya lah. Abang dia kata tolong jangan bagi tahu pasal kertas wanted tu. Jadi kawan saya si B ni cerita kat si A. Dan si A cerita kat saya. Btw, kejadian ni jadi tahun lepas. Saya tak pasti bila.

Bila saya terfikir balik, kawan saya yang mak dia beli henfon ni pernah cerita yang ada cina msj dia macam nak mintak hutang. Dan cina tu pernah call nombor kawan saya ni beberapa kali. Dia cerita benda ni tahun lepas.

Saya ingat nak minta duit henfon tu masa cuti sekolah yang lalu. Bila fikir balik mesti mak dia nak kena guna duit lebih sebab nak beli barang sekolah kawan saya. Jadi saya biarkan je sampai saya dapat tahu apa yang si A cerita. Jadi sekarang saya tak tahu nak buat apa. Bila tengok keluarga kawan saya ni nak kata susah tak, nak kata senang pun tidak. Dia ada seorang kakak yang dah berkahwin dan abang yang dah berkahwin. Sekarang tinggal 2 orang abang yang tengah kerja. Dia anak bongsu. Mak dan ayah dia dua dua masih berkerja. So saya tak rasa yang mak dia tak mampu nak bayar duit henfon tu. Kalau tak pun mak dia boleh je bayar ansur ansur dengan saya.

Saya nak mintak pandangan apa yang patut saya lalukan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 05:28 PM From the mobile phone | Show all posts
Ntahlah dik....
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 05:36 PM From the mobile phone | Show all posts
Cakap jelah ngan kawan you kalau dia takmo bayar mintak pulang balik handphone. Apa jahat na perengai. Sampai ckp jangan bagitahu apa semua. Family ni tak betul. Hidup mewah tapi berhutang aniaya orang.
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 05:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Taktau la dik. Apa kata buat solat hajat, minta pertolongan Allah.

In the future dik, kalo org ckp nanti dia bayar ke, dia minta tempoh nak bayar ke, dua minggu lagi dia bayar ke, kau tak payah jual kat org tu. Ko cari buyer yg bayar on the spot. Takyah kesian sgt dgn org yg minta tangguh bayar ni dik.

Ai rasa kau mmg agak sukar nak dpt duit kau tu. Tp kalau kau belum minta tolong pada Allah, minta tolong pada Dia. Kalo dah usaha habis but still tak dpt, kau redha sajalah dik. Ai pun pernah kena tipu RM450 dulu. Minta hutang balik mcm kita ni peminta sedekah. Siap kena ejek lagi. Pengajaran besar tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 05:39 PM | Show all posts
tunggu forumer lain cakap halalkan saja lah, bukan banyak mana pun

mungkin begitu masyarakat melayu,
pinjam berhutang kemudian meminta halal berhalal.. dapat pahala katanya

ambil ini buat pengalaman masa mendatang

jual barang pastikan dapat duit dulu


cuba minta lagi dengan penghutang sampai dapat, semoga berjaya





Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 07:13 PM | Show all posts
hati kau ni baik dik walopon haku mabuk ketum baca ayat mak kawan saya A B,, kalau ko buh nama samaran kan senang,, aku doakan duit tu ko dpn dengan cara lain sbb xnmpk hrpn dia akan byr..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 9-1-2016 08:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Knowlee replied at 9-1-2016 05:37 PM
Taktau la dik. Apa kata buat solat hajat, minta pertolongan Allah.

In the future dik, kalo org c ...

Hm itulah. Saya memang selalu doa mintak mempermudahkan masalah ni. Bagi orang lain nilai rm150 tu sikit je. Tapi bagi saya, nilai tu agak banyak sebab saya masih sekolah menengah lagi. Nak dapat duit pulak saya kena buat kerja sambilan. Tak boleh 100% harapkan mak bapak. Ni mungkin ujian untuk saya jadi lebih berhati hati lepas ni
Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 08:31 PM | Show all posts
adk dunia ni bulat.

akhirat ada.

adk akan mati, akak akan mati

setiap perbuatan akan di balas

ni kisah benar. kena tipu rm 200k tapi dapat biasiswa.

alhamdulillah

kdg2 adk kena tipu rm 150 rezeki lain dtg.

akak ada geng.

kalau ikut orang tipu akak nak kutip and ajar dia erti hidup.

tapi akak belum buat lagi sebab akak masih beriman

serah pada ALLAH.

anggap bukan rezeki adik.

kuatkan semangat adk.

adk masih muda lg.

banyak benda kehidupan kena belajar dan lalui.

pegang nasihat akak ni.

akak dh lama makan kfc daripada adk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-1-2016 09:15 PM | Show all posts
Misskpop replied at 9-1-2016 08:08 PM
Hm itulah. Saya memang selalu doa mintak mempermudahkan masalah ni. Bagi orang lain nilai rm150 tu ...

Awak nih budak sekolah, naif, lembut hati, penakut (sebab masih budak2 ) dan segan dengan orang tua terutamanya emak kawan. Jadi emak kawan awak tuh dah masak dengan sifat budak2 sekolah macam awak nih so, dia pun ambik kesempatanlah.

Ada jer orang jenis macam nih ambik kesempatan dengan budak2 sebab diorang tahu budak2 senang diperdaya. Pujuk sikit, ugut sikit dah takut. Dia memang berniat nak menipu duit awaklah tu. Faham sangat...

Ubat dia ialah, awak bersemuka dengan mak kawan awak tuh mintak duit awak baik2 kalau tak jalan jugak mengadu dengan kawan awak cerita pasal emak dia. Kalau tak jalan jugak awak mengadu dengan mak atau ayah awak. Mungkin kalau mak atau ayah awak pergi mintak dia akan bayar sebab segan kut. Usahakan dapatkan duit awak tuh jangan biarkan dia terlepas.

Jangan dengar cakap2 orang yang suruh awak halalkan kan ker apa ker. Perjuangkan hak awak. Soal hutang nih walaupun kita cuba pujuk hati kita halalkan tapi tetap jugak tercatit dalam otak kita sebagai hutang. Selagi tak settle selagi tuh tak boleh padam dalam otak kita samada kita hutang orang atau orang hutang kita. Sebab tuhlah dalam Islam hukum bayar hutang nih wajib. Tak dapat tuntut kat sini, tuntut kat sana. Hutang dengan sedekah tak sama walaupun di konvert hutang jadi sedekah pun tetap tak boleh padam dari akal kita lebih2 lagi bila kita terpaksa halalkan hutang jadi sedekah sebab tak berjaya kutip.

Saya masa budak2 pun macam awak jugak, asyik terkena dengan orang yg ambik kesempatan atas kenaifan kita. Pernah sorang kawan satu ofis nih masa jalan2 kat mall, dia berkenan satu baju tuh nak beli tapi tak bawak duit minta kita dulukan duit kita janji nak bayar. Kita tak kisah sebab kawan2 kan takde hal lah nak dulukan duit tu dgn syarat bayarlah. Tapi seperti biasa dia buat2 lupa pulak padahal hari2 bertembung kat ofis. Kita berharap dia teringat sendiri tak payah nak ingatkan dia pasal utang dia tuh. Pujuklah hati ni kata mungkin dia akan bayar bila dah dapat gaji tapi bulan demi bulan, gaji demi gaji dia buat derk jer. Pandang kita pun muka blur2 macam hilang ingatan.

Masa dah berlalu, saya pun dah bertukar kerja. Dia pun saya dah tak jumpa lagi. Satu hari tuh tertengok paper berita pasal orang mati lemas kena hanyut dek kepala air. Tengok muka & nama dia keluar paper. Sah lah dah meninggal kawan tuh. Pertama sekali yang saya ingat tentang dia nih ialah hutang dia dengan saya yang tak settle2 tuh. Begitulah kuatnya ingatan kita sampai sekarang bila ingat kat arwah nih teringat hutang kita yg dia tak bayar.

Nak sedapkan hati saya berniat begini jer, aku halalkan kalau kau memang betul2 lupa tapi tanggunglah kalau kau memang pasang niat nak mengelak taknak bayar!




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 9-1-2016 11:38 PM | Show all posts
Budak sekolah mmg sng digula2kan akak simpati Kat adik
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku rasa kau patut pegi tuntut. Bukan nak bersifat emosi dekat sini tapi kalau pandai show off kat media sosial, takkan takat 150 pun nak bayar hazab kan. Ni baru sikit dik, nanti bila dah besar kau akan jumpa lagi ramai orang macam ni. Start dari sekarang dah kena belajar hati kental. Manusia zaman sekarang memang suka ambil kesempatan macam tak tau malu dah
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 12:37 AM From the mobile phone | Show all posts
Henpon budak skolah pun ko nak cekau ke kak? mohon terjun dari jembatan pulau pinang pliss : TT harap sms makcik tu hari2 tanya bila nak bayor rm150 tu atau report polis. Tu pun kalau makcik tu tak tolak henpon ko kat pajak gadai.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 01:33 AM From the mobile phone | Show all posts
bagitau jela dik kat kawan hang tu. 150 tu utk budak mmg besar.

buat xtau je kalo ada yg kata halal jelah. konsep redha itu x wujud pada orang yg ada niat untuk aniaya orang lain
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 02:34 AM From the mobile phone | Show all posts
Misskpop replied at 9-1-2016 08:08 PM
Hm itulah. Saya memang selalu doa mintak mempermudahkan masalah ni. Bagi orang lain nilai rm150 tu ...

Dik... rm150 tu ko tuntut betul2 dr makcik tu ok. Dia dah dewasa dan boleh pergi cari kerja untuk dapatkan duit. Sedangkan ko yg masih underage pun pergi buat kerja part time apatah lagi dia yg dah beranak pinak. Duit tu ko boleh buat topup bayar tusyen, beli workbook, stationeries... kalau semua tu parent ko dah siapkan simpan duit tu utk topup beli baju sekolah thn dpn. Zaman sekarang zaman ekonomi meleset. Duit jgn bazir yg bukan2....
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 02:46 AM | Show all posts
Dik, sedekahkan je lah kalau kau takut sana, rasa bersalah sini....fon tu hak kau kan...dan makcik tu janji nak bayar....kalau taknak sedekah kau tuntutlah hak kau tu...dlm dunia ni dik kdg2 yg baikhati sgt ni dilihat sbg lemah...so nk berbaik tu biar bertempat

Pasal makcik wanted tu, lantaklah pi lah...bkn masalah kau pun nk risau dia x berduit ke berhutang ke hape...org tua pandai lah dia cari sendiri jalan keluar
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Ko bagitau je kawan kau yg mak dia berhutang. Habis crita. Supaya kwn ko leh pi ingatkan mak dia. N mak dia tau yg ko msih lg nk dia bayar hutang ko. Atau lg best, ko bagitau parents ko suh setel. Suh parents ko call mak kawan ko tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-1-2016 06:13 PM | Show all posts
ko g mntk je dik..klu dia xnak bg ko ugut je nak viralkan kt fb..hahaha...bia 1 msia tau pangai dia..
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 09:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Dik..acik penah alami cam ni.cikgu menjahit acik yg baru beberapa kali ngajor jahit pinjam acik duit.cikgu tu ialah kawan yg tak berapa nak bff punya mak..

Masa cikgu jahit tu nak pinjam duit kat acik dia berkali kali pesan supaya jangan bitau anak dia..

Tunggu punya tunggu makan bulan tak bayar2.sampai la satu masa memang acik perlukan duit tu.acik direct text kawan acik tu bitau detail yg acik minta dia bayarkan hutang dia..ingatkan settle.. rupanya keadaan jadi lagi teruk.
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:05 PM From the mobile phone | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 9-1-2016 08:31 PM
adk dunia ni bulat.

akhirat ada.

Serah pada allah????

Akhirat kan ada???  Tipikal malay kau ni.

Klu semua org pikir camtu beranak pinak le keturunan penipu.

Tak payah nk akhirat2 sgt le. To tt Go fight for ur rights. Do it gently
Reply

Use magic Report

Post time 10-1-2016 10:07 PM | Show all posts
abangbikerz replied at 10-1-2016 10:05 PM
Serah pada allah????

Akhirat kan ada???  Tipikal malay kau ni.

org bodoh cakap guna emosi tanpa ilmu, orang pandai cakap guna pengalaman dan kisah benar kehidupan.
orang takde iman tak percaya konsep REZEKI. sebab tu dia  tak percaya akhirat sibuk meroyan ke hulu kehilir




Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Cinta & Perhubungan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 09:38 PM GMT+8 , Processed in 0.220434 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list