View: 3958|Reply: 30
|
[Tempatan]
UiTM Terengganu rancang bina hotel atas pelantar minyak
[Copy link]
|
|
UiTM Terengganu rancang bina hotel atas pelantar minyakBernama | Januari 11, 2016 07:13 MYT
Bagaimanakah nanti reka bentuk dan suasana hotel di pelantar minyak yang mahu dibina? - Gambar hiasan
DUNGUN: Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu merancang membina hotel di atas pelantar minyak sebagai tarikan baharu produk pelancongan khususnya di daerah Dungun sempena Tahun Melawat Terengganu (TMT) 2017.
Rektor UiTM Terengganu Prof Madya Dr Abdol Samad Nawi berkata pembinaan hotel berkenaan bukan sahaja dapat menarik pelancong dari dalam dan luar negara, malah boleh dijadikan sebagai pusat pengajaran dan pembelajaran Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan universiti berkenaan.
"Sekarang, dalam keadaan ekonomi tidak menentu, pelancongan adalah satu bidang yang harus diberi penekanan penting dan saya yakin jika hotel ini siap, lebih ramai pelancong akan berkunjung ke sini dan mereka berpeluang bermalam di atas pelantar minyak bagi merasai pengalaman berbeza.
"Saya akan berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif Petronas esok untuk berbincang bagi mendapatkan pelantar Petronas yang sudah tidak digunakan dan kalau boleh, kita akan letak pelantar berkenaan 10 batu nautika dari pesisir pantai Dungun dan ubah suai menjadikan hotel terapung di tengah-tengah laut," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penutup Festival Hospitaliti 2016 di UiTM Terengganu Kampus Dungun pada Ahad.
Abdol Samad berkata pembinaan hotel atas pelantar itu juga akan memberi pengalaman baharu kepada pelajar UiTM yang mengikuti kursus penyediaan makanan dan hospitaliti untuk menyediakan perkhidmatan di tengah-tengah laut.
"Biasanya mereka akan menjalani praktikal di hotel biasa tetapi kali ini mereka juga berpeluang menjalani praktikal di tengah laut dan boleh belajar cara berbeza kerana di tengah laut kita tidak gunakan gas untuk memasak tetapi guna tenaga elektrik...ini dapat membezakan graduan UiTM dengan universiti lain.
"Kalau kerajaan Terengganu juga bersetuju dengan cadangan ini, saya rasa ia akan memberi impak yang besar kepada pelancongan Terengganu," katanya.
Abdol Samad berkata kos keseluruhan masih belum diketahui dan pihaknya merancang membina hotel berkenaan berkonsepkan wakaf bagi mendapatkan dana.
"Mungkin pembinaan hotel ini menelan belanja agak tinggi yang mana ia meliputi kos penyelenggaraan, keselamatan dan pengubahsuaian, jadi kita rancang jadikan ia projek berkonsepkan wakaf dan kita juga akan menjalankan usahasama dengan beberapa syarikat lain," katanya.
Dalam pada itu, Koordinator Komunikasi Korporat UiTM Terengganu, Arma Mohd Faizal Abu Bakar berkata sempena program selama dua hari itu, lebih RM20,000 berjaya dikumpul, dengan jumlah kehadiran pengunjung melebihi 3,000 orang.
"Menerusi program 'The Eatery Day', kita berjaya menjana lebih RM15,000 hasil penjualan makanan, hampir RM3,000 menerusi jualan tiket rumah hantu dan jualan tiket aktiviti lain pula, kita dapat hampir RM2,000," katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
makkkkkkkkkkkk aiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii |
|
|
|
|
|
|
|
Kang terbakor camne? |
|
|
|
|
|
|
|
wait musim tengkujuh...nak tengok bape ramai dok atas tue......kome penah mancing kat oFB...leh tahu laa cam ne.... |
|
|
|
|
|
|
|
seriously? hahaha boleh la akak bawa anak-2 g melawat bapaknye
berapa charge agaknya, hotel + chopper service. |
|
|
|
|
|
|
|
Good idea.. Kt sabah pun dah ada |
|
|
|
|
|
|
|
pelantar yang masih aktif ke pelantar yang dah tak digunakan?? |
|
|
|
|
|
|
|
yup kt sabah dh ade,siap leh memancing lgk |
|
|
|
|
|
|
|
sapelah staff yg bertuah nanti bertugas kat hotel pelantar minyak |
|
|
|
|
|
|
|
Max 2 malam boleh lerr. Jemu kot |
|
|
|
|
|
|
|
Apsal lah terengganu asik buat benda bodoh?? buat hotel di pelantar minyak? perangai macam tok arab dubai gila tak buat hotel kat pelantar minyak..buat kenyataan pakai otak udang..tak tahu ker nak buat hotel di pelantar minyak makan kos sehingga 100-200 kali ganda dari kos hotel biasa..kos servis, kos keselamatan 10- 20 kali ganda..sapa nak duduk hotel di pelantar minyak? risiko keselamatan sangat tinggi..tinggi ..macam buat hotel tepi gunung berapi..berapa bilik nak buat? 10 bilik? 100 bilik? berapa kos buat piling dalam laut? berpuluh puluh bilion..nak buat hotel di bangunan pelantar minyak sedia ada? kepala hotak lu.. |
|
|
|
|
|
|
|
"Saya akan berjumpa Ketua Pegawai Eksekutif Petronas esok untuk berbincang bagi mendapatkan pelantar Petronas yang sudah tidak digunakan dan kalau boleh, kita akan letak pelantar berkenaan 10 batu nautika dari pesisir pantai Dungun dan ubah suai menjadikan hotel terapung di tengah-tengah laut," katanya.
yg tak digunakan lg bang kem..
|
|
|
|
|
|
|
|
terima kasih harktuiihhhhhhhhhhhh
|
|
|
|
|
|
|
|
bagus idea ni...pastu campak je dia ke laut kasi jerung lahap |
|
|
|
|
|
|
|
aci kerat jari petronas tak bagi..petronas buat pelantar dgn kos berbilion dia nak mintak dgn air liur saja..lagi pun kalau guna plantar yg dah tak di guna lagi risiko keselamatan sangat tinggi sebab tiang pelantar dan besi2 terdedah kepada karat boleh runtuh jika tak di selengara..jika petronas begi ..risiko untuk petronas di persalahkan jika berlaku kemalangan dan runtuh pelantar yg tak di selenggara hingga mengorbankan nyawa. |
|
|
|
|
|
|
|
wakaf buat hotel tu!
pastu studeng yuaitieng buat port senggama, jauh tengah laut sana pegawai pencegah maksiat tak sampai
ummah sendiri ramai yg homeless, baiklah guna duit utk bina rumah wakaf utk mereka
wonder how the so-called academician can come out with such half-baked idea |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel kt atas darat pun xterjaga ada hati nk buat tgh laut |
|
|
|
|
|
|
|
Cadangan yang bernas..akak pasti bercuti ke terengganu lagi jika hotel ni siap kelak |
|
|
|
|
|
|
|
betul ke sabah dah ada??
Kalo dah ada, y not gunakan benda xdigunakan lagi
Gud idea |
|
|
|
|
|
|
| |
|