CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7150|Reply: 54

[Tempatan] Nasi kukus murah tapi sedap!

[Copy link]
Post time 11-1-2016 03:18 PM | Show all posts |Read mode
Nasi kukus murah tapi sedap!
NOR AZIHAN MD GHAZALI
11 Januari 2016


Shamsiah bersama nasi kukus ayam yang boleh dinikmati dengan harga RM4

HANYA RM4 orang ramai boleh menikmati sajian nasi kukus ayam yang murah dan berbaloi dengan bajet harian di restoran Nasi Kukus Selera Timur di Jalan Opera, Taman TTDI Jaya, Shah Alam, Selangor.

Pemilik restoran, Azman Ayoub, 54, berkata, sajian dijual dengan harga murah demi memberi peluang kepada orang ramai termasuk berpendapatan rendah menikmati hidangan itu.

“Melihatkan keadaan ekonomi sekarang, saya terpanggil untuk menyediakan hidangan yang lebih ekonomi.

“Konsep yang saya ketengahkan adalah ‘simple’ dan boleh dinikmati orang ramai setiap hari,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, idea memulakan perniagaan ini adalah cetusan isteri, Shamsiah Abdullah, 53, yang sebelum ini menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tepi jalan.

“Melihatkan sambutan daripada orang ramai, jadi kami membuka restoran berkenaan untuk menampung permintaan yang tinggi.

“Syukur... kini restoran kami sudah beroperasi sembilan tahun, kehadiran pelanggan tidak putus-putus,” katanya.

Kata Azman lagi, terdapat hampir 40 jenis lauk-pauk boleh dinikmati orang ramai di restorannya.

“Kesemua lauk pauk dimasak saya dan isteri antaranya itik serati, burung puyuh, daging, udang, sotong dan sebagainya,” katanya.

Restoran yang dibuka pada 2006 beroperasi setiap hari kecuali Jumaat dari jam 11.30 pagi hingga 11 malam.

"Saya gembira melihat pelanggan datang dan makan di sini. Walaupun murah, tapi saya pastikan kualiti makanan yang disediakan.

"Bukan tak untung dengan apa yang saya buat ini, tetapi ia berbaloi, walaupun ia tidak besar mana, tetapi kami bersyukur kerana usaha kami ini mendapat sambutan baik daripada pelanggan,” katanya.

Related threads

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 03:20 PM From the mobile phone | Show all posts
tlg bagik aku resepi gulai tu. gulai tu bkn kari kn?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:20 PM | Show all posts
ni bkn nasi kak wok ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:21 PM | Show all posts
beza singgit je pun. kat pandan indah pun ade rm5. seberang petronas
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:21 PM | Show all posts
TuntungReturn replied at 11-1-2016 03:20 PM
tlg bagik aku resepi gulai tu. gulai tu bkn kari kn?

gulai same gak mcm karitp org pantai timur lebihkan gulai
diaorg pakai rempah pon rempah gulai
kt kl susah nk cari rempah gulai

contoh rempah gulai femes, cap bunga
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:22 PM | Show all posts
ketekodok replied at 11-1-2016 03:21 PM
beza singgit je pun. kat pandan indah pun ade rm5. seberang petronas

kak wok jugak kan name kedai tu
tepi mrr2 kalau tak silap
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-1-2016 03:26 PM | Show all posts
Jagendas replied at 11-1-2016 03:22 PM
kak wok jugak kan name kedai tu
tepi mrr2 kalau tak silap

tak ingat nama. tapi bukan kedai. cuma lori bergerak. tiap2 malam mmg ramai org situ.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:29 PM | Show all posts
ketekodok replied at 11-1-2016 03:26 PM
tak ingat nama. tapi bukan kedai. cuma lori bergerak. tiap2 malam mmg ramai org situ.

owh iye eh.
tp kalau kt tepi hospital puteri tu mmg dia punye branch jugak
kat kl ni byk mkn murah2 tp pandai2 cari la
dari hadap kedai artis tah pape baik hadap kedai camni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 03:31 PM | Show all posts
Kedai ni memang ramai.Dedulu laaaaaagi sedap sekarang ni boleh laaaa.Ada lagi satu yang sedap nama nasi kukus tok cik ke amende ntah area tuh tapi kedudukan tak strategik so tak ramai orang.kedai ni ramai students la pergi sebab harganya murah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:34 PM | Show all posts
Jagendas replied at 11-1-2016 03:29 PM
owh iye eh.
tp kalau kt tepi hospital puteri tu mmg dia punye branch jugak
kat kl ni byk mkn mur ...

tepi pantai puteri? barisan hometown, ar rahnu dgn restoran jepun tu ke? tak perasan pulak......apa pun betul. boleh cari makanan murah. ade di mana mana. takkan pecah usus perut kelaparan punya. td lunch rm3.....nasi, ikan masin masak lemak, ulaman dan air kosong. simple tp kenyang.....btw, ofis kt kepong....
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Suka ayam goreng nasi kukus kat sini. Kuah gulai pun ok la. Tapi selalu habus cepat and ramai org.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:37 PM | Show all posts
kat area umah aku pun berduyun jual nasi kukus. ada rm5, ada rm6 ayam besar2. yg ni walau rm4 ayam mcm sikit jah dipotong2.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:40 PM | Show all posts
ketekodok replied at 11-1-2016 03:34 PM
tepi pantai puteri? barisan hometown, ar rahnu dgn restoran jepun tu ke? tak perasan pulak......ap ...

nice to bro

aku ari2 menepek kat bangsar south ni

foodcourt kt tepi sini byk mknan

ayam potugis nasik putih dgn sayur baru RM6.00

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:40 PM | Show all posts
Dekat tempatku pula nasi kukus RM5.
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:40 PM | Show all posts
nak best lagi try la ke sri damansara
ade satu kedai nasi ayam kukus kat situ pon sedap

kuah 4 rasa
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Aritu g Semenyih dpn bank islam ada macik jual nasi mcm ni 4.50...sedap sungguh boleh pilih nk ayam goreng, ayam kerutup, gulai ayam...selalu setakat ayam goreng je....samball belacan dia buat aku termimpi2 je...time nk byr terkejut harga dia 4.50 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-1-2016 03:42 PM | Show all posts
ni kak wok ka??? konsep sama adja...mohon @famri7 sahkan...
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:44 PM | Show all posts
taruk ngan ulam sket....mmg sedap
Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:46 PM | Show all posts
kentel replied at 11-1-2016 03:42 PM
ni kak wok ka??? konsep sama adja...mohon @famri7 sahkan...

Bukan nasik kak wok... tapi satu row dgn nasi kakwok JJ TTDI Jaya..

kedai ni mmg murah.. nasik +ayam (tak kira goreng ker,gulai ker) = RM4 kecuali kalau ambik ayam percik.. mahal sikit..
Gulai serati pun ada kt sini.. mmg sedap..

Reply

Use magic Report

Post time 11-1-2016 03:46 PM | Show all posts
Jagendas replied at 11-1-2016 03:40 PM
nak best lagi try la ke sri damansara
ade satu kedai nasi ayam kukus kat situ pon sedap

hahaha.....ni mesti yang barisan kedai banyak tepi longkang besar ni kan. yg ada jual mcm2 makanan dari nasi campur, nasi daging, nasi ayam, nasi kukus semua ada. dpt harga rm6 area bangsar tu cukup syukur dah tu. nak murah mana lagi....org meniaga bukan kebajikan....


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-2-2025 01:02 PM GMT+8 , Processed in 0.056901 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list