|
Oleh Adib ZA
Membezakan anak adalah kesilapan yang sering dilakukan oleh ibu bapa. Semua anak mempunyai kelebihan dan kapasiti tersendiri.
Tanpa niat dan sengaja, kadang kala kita melakukan sesuatu yang mengguriskan hati anak-anak.
Cuba ikuti petua dan tips di bawah agar menjadi ibu bapa yang lebih baik, paling penting terhindar daripada membezakan anak-anak:
1. Kasih Sayang
Semua anak, tak kira sulung atau bongsu, berikan kasih sayang terbaik dan sama rata.
Jangan berikan perhatian hanya kepada seorang dan abaikan yang lain.
2. Pujian
Jika anak pertama lebih cerdas, berikan pujian namun jangan berlebihan sampai yang lain terasa.
Jangan lupa puji juga anak-anak yang lain, setiap apa yang dilakukan dengan baik.
3. Motivasi
Sangat penting memberikan semangat dan motivasi. Jika mereka bersedih, takut dan risau, ibu bapalah tempat mengadu dan curahan motivasi.
Sumber foto: Carian google
4. Jadi contoh
Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak, tindakan yang bijak. Ini dapat mendidik anak-anak menjadi orang yang baik dan pintar. - CARI Infonet
|
|