View: 3094|Reply: 11
|
Umur Dah Capai 30! Ini Apa Yang Sis Harus Lakukan
[Copy link]
|
|
Oleh : Fyruz Hanna
Apakah yang seharusnya dilakukan mereka yang telah mencapai umur 30 agar dapat menikmati usia tua mereka. Bagi yang masih lagi single, sering kerja bertungkus-lumus, ada baiknya anda berehat sebentar dan baca 5 perkara yang perlu anda lakukan ketika usia menjengah 30 tahun.
1. Simpan Duit
Walaupun sedikit, simpanlah duit anda dan mulalah menabung untuk masa hadapan. Walaupun tidak untuk masa hadapan anda, mungkin anda perlukan disaat kecemasan.
2. Perbaiki hubungan keluarga
Walaupun masing-masing banyak yang sudah berkeluarga, anda harus tahu bagaimana untuk belajar mementingkan ikatan keluarga. Air dicincang tak akan putus, disaat ramai yang menentang mu, keluargalah yang selalu memberi sokongan walaupun sering berbeza pendapat.
3. Stop makan makanan ringan
Masa ini dan seterusnya, anda tak perlulah menjadi seperti kanak-kanak dengan makan makanan yang tidak berfaedah. Jika di umur ini, anda masih lagi sihat, anda harus kekalkan kesihatan sehingga usia tua.
4. Beli rumah
Sebaik usia ini kedudukan kewangan anda bertambah stabil.Rancang untuk membeli kediaman sendiri. Besar kemungkinan hutang anda akan habis dibayar pada usia 50 tahun.
5. Dekatkan diri dengan agama
Kita tak mampu menjangkakan bahawa kita akan hidup lama. Kembali ke pangkal jalan dan Pencipta kerana ajal dan maut mungkin menerjah sebelum usia 50 tahun.
-CARI Infonet. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah. Ai sedang buat semua di atas. |
|
|
|
|
|
|
|
makin tua ni makin rasa diri ni x cukup je..mmm |
|
|
|
|
|
|
|
bulan 10 nanti nak masuk 30 dah.. inshaaAllah, sentiasa memperbaiki diri, dah kena take serious life. rasa macam dah masuk fasa baru je.. haruslah kena ada peningkatan. mohon dimudahkan. |
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 13-1-2016 06:42 PM
Alhamdulillah. Ai sedang buat semua di atas.
Rugi weh no.3 tu. Goda sket. Haha |
|
|
|
|
|
|
|
takde la stop terus... ahahahah
ada la makan 3-4 bulan sekali...
|
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 6-2-2016 11:58 AM
takde la stop terus... ahahahah
ada la makan 3-4 bulan sekali...
Pergh.. Leh thn eh |
|
|
|
|
|
|
|
Boleh saja. There are plenty of healthy food to eat.
|
|
|
|
|
|
|
|
Knowlee replied at 7-2-2016 05:18 AM
Boleh saja. There are plenty of healthy food to eat.
Junk food n fast food eh xmkn tu |
|
|
|
|
|
|
|
qronaldo7 replied at 7-2-2016 07:58 AM
Junk food n fast food eh xmkn tu
Yup. Junk food and fast food. Tambah plak bila dah 30+ ni, metabolism badan menurun sikit, lagi la kena kurangkan atau avoid terus. |
|
|
|
|
|
|
|
Dah buat semua... cuma nombor 5 kena ditambahkn lagi... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Wanita & Lelaki
|