CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12711|Reply: 87

Curi Motosikal, Azian Mazwan Anggap Anak Salah Pilih Kawan

[Copy link]
Post time 19-1-2016 02:18 PM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi Azian Mazwan Sapuwan tidak tertekan apabila tersebar luas laporan mengenai anak lelakinya ditangkap kerana terlibat dalam kes kecurian motosikal di Putrajaya baru-baru ini.

Azian, 40,  berkata, apa yang berlaku adalah kesalahan remaja berusia 16 tahun itu sendiri kerana tersalah langkah dalam memilih kawan.

"Saya tenang dan tidak tertekan apabila berita mengenai perkara itu dilaporkan dalam media dan saya ambil positif perkara itu.

"Ini adalah akibat daripada kesilapannya sendiri dalam memilih kawan dan berharap ia dapat menjadi pengajaran kepadanya," kata Azian kepada mStar Online.

Terdahulu, remaja berkenaan ditangkap pihak polis bersama seorang lagi rakannya yang berusia 18 tahun dan telah pun dihadapkan ke mahkamah pada akhir Disember lalu.

Bagaimanapun mereka mengaku tidak bersalah dan perbicaraan ditetapkan pada Februari depan.

Kedua-dua tertuduh dituduh di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan kerana mencuri kenderaan.

Azian tenang dengan berita penangkapan anaknya baru-baru ini.
Dalam pada itu, Azian berkata, dia tidak dapat mengulas lanjut melibatkan anaknya itu kerana kes berkenaan masih berjalan di mahkamah.

"Kes masih berjalan dan belum jatuh hukuman lagi, jadi saya tidak dapat mengulas lanjut mengenai perkembangan kes itu," katanya.

Dalam pada itu, Azian berkata, sebelum memasuki program Gegar Vaganza 2, dia pernah berpesan kepada anak-anaknya agar menjaga nama baik keluarga kerana sedar akan menjadi perhatian.

"Bukan sahaja menjaga nama baik saya tetapi juga diri mereka sendiri tetapi perkara sudah hendak jadi begitu, saya positif... tambahan pula dia masih belum didapati bersalah oleh mahkamah," ujarnya.

Azian berduet dengan Siti Nordiana menerusi lagu Hati Kama pada malam terakhir konsert Mega Gegar Vaganza.
Dalam perkembangan lain, Azian berkata, kerjaya nyanyiannya semakin berkembang selepas program Gegar Vaganza 2 berakhir.

Malah waktu hujung minggunya padat dengan undangan nyanyian termasuk di Sabah dan Sarawak.

"Alhamdulillah undangan nyanyian semakin banyak dan saya anggap ia satu rezeki.

"Selain undangan di luar Kuala Lumpur saya juga banyak mengadakan persembahan untuk jabatan kerajaan memandangkan saya seorang kakitangan awam," katanya.

Bagaimanapun kata Azian, dia tidak berhasrat untuk meninggalkan jawatannya sebagai pembantu tadbir ketika ini bagi menumpukan perhatian kepada karier nyanyian.

Jelasnya apa paling penting adalah pembahagian masa yang betul dan setakat ini undangan nyanyian tidak menggangu tanggungjawab di pejabat.

"Kalau nak cakap pasal letih, memang penat tetapi bagi saya paling penting adalah pembahagian masa agar tidak ada masalah di tempat kerja," katanya yang merancang untuk menghasilkan single terbaharu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 02:21 PM | Show all posts
mak pak jenis xkn nampak silap anak, xkn nampak silap sendiri..

last2 modal "anak salah pilih kawan".. spesies anggap anak soleh solehah syurgawi pijak semut x mati.
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Hari tu salah kan orang astro kes curi kek - hari salah kan kawan anak #bukan komen iolssss - ni kak jah meja sebelah yg cakappp - i menyampaikan ajaaa #hai kak jahhhh -
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:40 PM From the mobile phone | Show all posts
kacang
asal x smbung thread sedia ada...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Sebenarnya tiada istilah salah pilih kawan

otak sendiri sendiri bukan orang lain yang control

itu nenek makcik yang katalah
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 02:52 PM | Show all posts
tak suka alasan salah pilih kawan.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-1-2016 02:54 PM | Show all posts
Ayat skema dari aku - "Bertabahlah ye...Kak Yan gomen."
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:13 PM | Show all posts
ujung ujung kawan jugak yang disalahkan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 03:14 PM | Show all posts
Anak2 zaman sekarang ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:44 PM | Show all posts
mie07 replied at 19-1-2016 07:14 AM
Anak2 zaman sekarang ....

anak zaman dahulu semua baik persis ahli sorga belaka kah sis? takde kes curi moto kah zaman dahulu-kala?
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:48 PM | Show all posts
ko msuk extravaganza anak ko curi motor

nti kuar single pertama die curi apa plak

tgguu...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:48 PM | Show all posts
Themilo replied at 19-1-2016 03:44 PM
anak zaman dahulu semua baik persis ahli sorga belaka kah sis? takde kes curi moto kah zaman dahul ...

zaman dulu x kuar paper..moto pun kurang untuk dicuri kot..apa2 je la
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:49 PM | Show all posts
xperlah KYG
move on aje dan awasi anak2 tu juga
mmg anak tu salah pilih kwn sbb dah itu nalurinya sebg remaja
klu dlm kes curi motor, samun, ugut utk kes juvenile mmg banyak pengaruh kwn
dan juga hasil dr filem dsb
umur semcm tu makin ditegah makin menjd dibuatnya
harapnya lps ni KYG igtkan anak2 yg lain jgn ikut jejak langkah abg yg tu
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:50 PM | Show all posts
toksah lah nak salahkan kawan
anak dia sendri dah besar bleh pikir
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 03:52 PM | Show all posts
Anak dh jadi gitu pon gigih lg nk sibuk2 dlm dunia seni?org yg kerja opis pon kekadang tak tekejar dgn nk urus rumahtangga bagai zaman skrg ni..ni dgn kerja gomennya..menyanyi...anak dh ada kes polis..ermmm ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:17 PM | Show all posts
the blame game is easy. kalau takde orang nak blame, blame hantu saitan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-1-2016 04:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Umur berapa ank dia yg kata xpandai pilih kawan ni
Mak kawan ank azian ni pun ckp camtu gak ye, salah pilih kwn jg
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:45 PM | Show all posts
emak-emak zaman sekarang ..  
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 04:52 PM | Show all posts
org melayu gitu laaaa ... sampai ketua duk salahkan kawan ..ustaz aku ckp anok nii cerminan mak bapak.. ibaratnyaa anok dia x pernah salah ... bakpew x ckp maafkan makcik dik makcik x pandai didik anok hheheheh  ...
Reply

Use magic Report

Post time 19-1-2016 05:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Yeke anak dia salah pilih kawan? Ntah2 kawan anak dia tu yang salah pilih kawan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-12-2024 05:31 AM GMT+8 , Processed in 0.073050 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list