CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2127|Reply: 11

[Jenayah] forumer dargo bila nak kena tangkap?

[Copy link]
Post time 21-1-2016 01:36 PM From the mobile phone | Show all posts |Read mode
Pembantu Restoran Dipenjara Dua Tahun Kerana Beri Sokongan Kepada Kumpulan Pengganas

KUALA LUMPUR, 20 Jan (Bernama) -- Seorang pembantu restoran dijatuhi hukuman penjara dua tahun oleh Mahkamah Tinggi di sini hari ini selepas mengaku bersalah terhadap pertuduhan cubaan memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh, dua tahun lepas.

Hakim Datuk Mohamad Shariff Abu Samah menjatuhkan hukuman itu terhadap Muhammad Fadhil Ibrahim, 25, dan memerintahkan hukuman itu bermula dari tarikh tangkap pada 13 Okt 2014.

Mohamad Shariff berkata selain mengambil kira faktor umur dan latar belakang pendidikan tertuduh, mahkamah juga turut mempertimbangkan faktor kepentingan awam yang mengutuk aktiviti keganasan.

"Masyarakat kita dan masyarakat antarabangsa mengutuk perbuatan ini (keganasan), dalam meneliti kepentingan awam dan keadaan semasa yang berlaku sekarang, tertuduh perlu ingat sekiranya ada adik-beradik dan ibu bapa kita yang kena tembak, macam mana? Awak akan rasa terkilan apabila ia melibatkan ahli keluarga kita, kita akan rasa apa yang orang lain rasa," katanya.

Hakim itu juga menasihatkan Muhammad Fadhil agar benar-benar insaf dengan kesalahan yang dilakukannya dan berharap dapat menggunakan tempoh hukuman penjara itu sebagai pengajaran untuk masa depan yang lebih cerah dan bermakna.

"Kita (mahkamah) berharap keinsafan Muhammad Fadhil ini mencerminkan keperibadian Muhammad Fadhil di masa depan. Kita juga berharap Muhammad Fadhil akan mendalami ilmu agama, tetapi perlu diteliti dahulu sama ada ia yang benar atau sebaliknya.

"Kalau nak berjihad tidak perlu jauh-jauh, di Malaysia pun boleh berjihad juga...baca al-Quran dan bantu ibu bapa itu juga sebahagian daripada jihad," katanya.

Muhammad Fadhil didakwa cuba memberi sokongan kepada kumpulan pengganas Daesh dengan cara membeli tiket penerbangan pesawat Emirates dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) ke Istanbul, Turki, untuk memasuki Syria melalui Istanbul bagi manfaat kumpulan pengganas itu.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Restoran Hakim Sdn Bhd, Jalan Zikron E7/E, Seksyen 7, Shah Alam pada 13 Okt 2014, pukul 10.50 malam, mengikut Seksyen 130J(1)(a) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 15 tahun atau denda dan boleh dirampas mana-mana harta yang telah digunakan atau diniat untuk digunakan bagi melakukan kesalahan itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh mula menyertai Harakah Islam Malaysia (HIM) pada tahun 2010 di Bangi, Selangor yang banyak mendedahkan tertuduh tentang jihad dan mengajak pengikut berhijrah ke Negara Islam Indonesia (NII), ketika itu tertuduh telah dua kali mengikuti usrah iaitu pada 2010 dan 2012.

Pada tahun 2014 tertuduh bersama rakannya, Muhammad Na'eem Apandi bersepakat mengumpul wang untuk ke Syria bagi menyertai Daesh, mereka kemudian diperkenalkan kepada dua orang individu untuk mendapatkan pekerjaan sebagai tukang masak dan kru di sebuah restoran.

Pada Ogos 2014, tertuduh telah diperkenalkan kepada seorang lelaki, Rohaimi Abdul Rahim dengan tujuan mendapatkan maklumat mengenai pergolakan di Syria, selepas itu berlaku beberapa pertemuan antara tertuduh dengan individu lain sehinggalah pada penghujung bulan September 2014 tertuduh menerima sampul berisi wang berjumlah RM7,500 untuk membeli tiket penerbangan ke Syria.

Pada 26 Sept 2014, Muhammad Fadhil telah membeli tiket penerbangan pesawat Emirates EK347 secara dalam talian untuk perjalanan pada 15 Okt 2014 pukul 4.30 petang dari KLIA ke Dubai, seterusnya menaiki pesawat Emirates EK121 pada 16 Okt 2014 pukul 4.05 petang dari Dubai-Istanbul. Tertuduh telah membayar RM2,483 untuk perjalanan dua hala.

Beliau kemudiannya ditangkap bersama Rohaimi dan beberapa individu lain semasa mengadakan perjumpaan di Restoran Hakim Sdn Bhd.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Noor Svetlana Mohd Noor Nordin memohon mahkamah agar memberikan hukuman yang setimpal agar ia dapat menjadi pengajaran kepada masyarakat.

"Walaupun tuduhan adalah cubaan untuk beri sokongan kepada kumpulan Daesh, iaitu dengan memasuki Syria melalui Istanbul, jika tidak dihalang akan mengakibatkan sesuatu yang buruk ibarat nasi telah menjadi bubur. Tertuduh masih muda sepatutnya memberi sumbangan terhadap pembangunan negara sendiri," katanya.

Peguam Amir Khusyairi Mohamad Tanusi yang mewakili Muhammad Fadhil berkata ini adalah kesalahan pertama tertuduh dan dia perlu diberi peluang memandangkan usianya yang masih muda.

"Tertuduh telah berada dalam tahanan sejak setahun yang lepas, duduk berasingan daripada tahanan yang lain, ini sudah pasti memberi pengajaran kepada tertuduh," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 01:46 PM From the mobile phone | Show all posts
sapa tu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2016 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Penyokong IS si @dargo .
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 01:57 PM From the mobile phone | Show all posts
dia dpt 7k...beli tiket 2k...dpt untung la tu?
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 02:29 PM | Show all posts
cash la nk rasa apam
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:35 PM From the mobile phone | Show all posts
Orang yang sokong isis ni bodoh ke bangang
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-1-2016 03:49 PM | Show all posts
blackwidowbae replied at 21-1-2016 03:35 PM
Orang yang sokong isis ni bodoh ke bangang

dua2
hahaha

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 03:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Timbalan pendakwa raya name svetlana ye,ingat minah russia mane
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2016 03:53 PM From the mobile phone | Show all posts
renko replied at 21-1-2016 03:49 PM
dua2
hahaha

Fatotlah ahaha
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 04:05 PM | Show all posts
dia ni forumer kah...


#akublurr....
Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 04:08 PM | Show all posts
pengganas daesh ni puak mana pulop..?

Reply

Use magic Report

Post time 21-1-2016 08:56 PM From the mobile phone | Show all posts
bukti dlm alam cyber xlengkap hanya sbg sokongan kpd bukti fizikal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-3-2026 10:47 PM GMT+8 , Processed in 0.151877 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list