|
Oleh : TS LOO
Sebut saja Ampang, pasti ramai akan mengaitkan dengan makanan Yong Tau Fu, jadi seseorang itu berada di kawasan Ampang, kalau tidak menjamu selera juadah tersebut memang tidak sah.
Bercakap pasal Yong Tau Fu di Ampang pula, Restoran Foong Foong merupakan satu-satu tempat makan Yong Tau Fu yang berada di kedudukan teratas dalam senarai makanan tempatan yang diketahui ramai.
Untuk order makanan, seseorang perlu beritahu dua orang jejaka yang berdiri di depan kaunter, lepas itu mereka akan guna mikrofon menyampaikan pesanan makanan tersebut kepada orang yang menyedikan pesanan di dalam dapur.
Antara menu Yong Tau Fu bebola ikan Sai Tu, Terung Goreng, Fu Chu Goreng, Tau Fu Air, Dumpling Goreng. Tiada mee disediakan, hanya sediakan nasi putih sahaja.
Sedia kita maklum, Yong Tau Fu adalah sayuran yang diselitkan dengan ramuan ikan yang diadun bersama resepi khas.
Pelanggan yang datang rata-rata memuji adunan daging ikannya memang rangup, campuran perisa seimbang dan berbau wangi daging ikannya, khususnya terung goreng dan Fu Cok gorengnya paling digemari.
Selain itu, sos cili dan sos manis di sini adalah buat turun temurun keluarga pemilik restoran ini, gabungan sos kemerahan bersama mana-mana resepi Yong tau Fu tersebut, hasil keenakannya amat menakjubkan.
Bagi sesiapa yang minat makan Yong Tau Fu, boleh lah mengunjungi restoran tersebut, kelazatan Yong Tau Fu pasti tidak akan mengecewakan anda.- CARI Infonet
Lokasi restoran :
Foong Foong Restaurant
621, Jalan Merdeka, Kampung Baru Ampang, 68000 Ampang, Selangor, Malaysia
Phone: 07-861 2175
Operation hours: Mon, Wed–Sun 9am-4pm
Gps: 3.144480, 101.763415 |
|