CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 7791|Reply: 41

Ramai Anak Bermasalah Puncanya Ialah Ibu Bapa Sendiri!

[Copy link]
Post time 22-1-2016 03:40 PM | Show all posts |Read mode
Oleh Adib ZA





Banyak kes yang melibatkan disiplin dan juga sahsiah anak-anak kini yang tidak begitu memberangsangkan. Sekecil kanak-kanak di sekolah rendah sehinggalah pelajar di peringkat universiti.



Dalam hal ini, sesetengah ibu bapa merasakan anak mereka menjadi anak yang bermasalah adalah kerana salah pilih rakan, terpengaruh dengan media sosial dan sebagainya.



Namun, sebenarnya tanpa disedari ini merupakan kesilapan mereka sendiri. Ibu bapa tak sedar kerjaya mereka yang membuatkan hubungan dengan anak semakin renggang, sikap mereka yang 'gila' gajet dan media sosial sehingga terlupa melayan anak dan banyak contoh lain.



Ini dikongsikan oleh seorang netizen di laman sosial. Seorang kanak-kanak 12 tahun ini dikatakan merupakan pelajar bermasalah dan perlukan 'suntikan' motivasi juga nasihat.



Selepas berbual dengan pelajar itu, netizen ini cuba menyingkap apa yang terbuku di hati pelajar itu. Mengapa dia dikatakan pelajar yang kasar, suka menipu dan bermasalah?



Akhirnya, netizen ini dapat jawapannya, bukannya pelajar bermasalah ini sentiasa jahat, degil dan tak dengar cakap.



Dia menjadi begitu kerana tidak dilayan dengan baik oleh ibu bapanya. Sering dimarahi, takda masa berkualiti bersama dan tiada pendekatan yang lebih lembut diberikan.


Sekadar gambar hiasan. (Sumber: Carian google)



Anak ini kesunyian sebenarnya.
Mereka merindukan kasih sayang ibu dan ayah mereka
. Namun, sebaliknya anak ini disalahkan dari pelbagai segi. Seharusnya mereka ini dibimbing, dilayan dengan baik dan diberikan kasih sayang.



Buat ibu bapa, jika anak-anak menjadi degil dan tak dengar cakap, lihat semula cara anda mendidik anak. Mungkin ada kelemahan di situ. Jangan biarkan masalah terus berserabut, sebaliknya selesaikan dengan baik. Moga kita semua menjadi ibu bapa yang lebih baik dari masa ke masa. - CARI Infonet

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-1-2016 03:54 PM | Show all posts
THANKS! Muhasabah diri...muhasabah diri....
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 03:59 PM From the mobile phone | Show all posts
Betul tu. Punca utama didikan ibubapa dan kurang didikan ilmu agama.

Kalau ibubapa dah didik anak dengan didikan agama dan kemahiran hidup dengan sempurna tapi anak masih jahat macam shaitonirrojim itu baru salah anak. Sebab anak dia ada otak sendiri boleh fikir mana baik buruk nilai berlandasan agama dan ilmu yang dididik oleh ibubapa tak lupa guru
Reply

Use magic Report

Post time 22-1-2016 10:02 PM From the mobile phone | Show all posts
Anak2 baru lahir memang umpama kain putih, ibu bapa lah mencorakkan, dari pemerhatian dan perkongsian di kalanangan ibu bapa yg mempunyai anak2 yg soleh/solehah dan berjaya,  apa2 pun tak boleh tinggi suara dan marah2 pada anak sebenarnya.. Tapi kena tegas dalam lembut dan mesti jelaskan sebab bila kita larang anak2 buat sesuatu, kenapa tak boleh buat dan apa akibat/bahaya yg akan berlaku kalau dia buat jugak, kalau dia buat salah pun macam tu juga,

Jangan terlalu diikut semua kemahuan dia dan kalau tak bagi apa dia nak pun kena explain juga kenapa, yg penting komunikasi, kemesraan dan quality time dgn anak2, sayang anak seikhlas hati seadanya, kena korban segalanya, masa utk diri kita pun bukan lagi keutamaan, tapi semua benda nak buat kena utamakan anak2 dulu, berjemaah dan didik anak amalkan Al Quran, apa kita nak anak buat kita bantu dia dari kecil, contohnya kalau nak anak rajin gosok gigi kita mesti gosokkan gigi dia ikut masa, jadi dia akan terbiasa dan kalau tak gosok dia sendiri rasa tak selesa, kalau nak anak rajin belajar kena tunggu dan tengok betul2 anak buat kerja sekolah bukan setakat suruh lepas tu duduk main handphone kat sebelah
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 09:03 AM | Show all posts
Betul kali tu..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 11:05 AM | Show all posts
Kata2 daripada Ibu dan Bapa juga dikira sebagai doa.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Mane ade ibu bapa nak ngaku..susah lah nk cari ibu bapa yg ngaku salah.dieorang je btl
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 11:43 AM | Show all posts
setuju........................
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2016 11:58 AM | Show all posts
DahliaTulip replied at 23-1-2016 11:36 AM
Mane ade ibu bapa nak ngaku..susah lah nk cari ibu bapa yg ngaku salah.dieorang je btl

Agreed. My makcik, bila diungkit pasal ni, dia melenting. I said, si folan bin si folan tu jadi macamni sebab kecik-kecik tak penah ditegur, bila dah besar besar kepala. Salah parents juga. "Kepala hotak kau," dia cakap. Well orang tua memang ego. (tak semua). Kadang-kadang tu tudung besar, cakap pasal agama tak nak kalah. Tapi mulut dan perangai, macam $&%(.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 02:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Mat tengok ramai je yg salahkan guru tak pandai didik anak murid bukan ibu bapa
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 04:38 PM | Show all posts
setuju.

Tapi satgi dtg yg ckp. Iman tak dapat diwarisi.
Lagi kan Nabi Nuh a.s pun hilang anak bini sebab xdgr cakap dia.

Dah engko tu ada usaha mcm Nabi buat ke?
Kalau ada, jadi selamatlah engko dlm mahkamah Allah nanti.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 05:55 AM From the mobile phone | Show all posts
Part salahkan cikgu paling best. Cikgu tu kot yang lahirkan and jaga anak dia dari lahir smpai besor yang dia nak salahkan cikgu kalau anak dia tak menjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 08:46 AM | Show all posts
sbgai ibu bapa,kita harus bijak dan perlu fahami anak2..anak2 kita,yg akan doakan utk kita jika kita sudah mninggal nanti
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 11:51 AM | Show all posts
Spot on, sebab leka dengan kerjaya dan kehidupan sosial ramai yang mengabaikan tanggungjawab mereka pada anak2.
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 04:09 PM | Show all posts
saya sangat bersetuju. ini based on pengalaman saya sendiri
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 07:27 PM | Show all posts
Kes aku lak, aku pelihara anak tirii sejak dia darjah dua sampai la ni darjah enam. Mak ada, tapi mak tak ambik endah anak.

Paknya lak tau besarkan anak, didik tak reti.

Dari tak ada apa2. Semua aku sedia, kira masuk umah aku, depa cuci kaki ja....bilik tido, aircond, pastikan tuition, dan aku ajar sendiri kat umah sbb x tahan nengok grade punyalah teruk. Aku kerja sambil sambung belajar lagi. Bukannya banyak masa. Tapi gagahkan juga.

Tapi la ni aku memang nak give up nak serah kat maknya. Aku dah tak tahan. Banyak problem. Cikgu kata dia lonely kat umah yelah anak aku dah besar dah masuk u. Tinggal dia sorang kat umah.

Aku kawal tv, computer semua sbb aku nak dia tumpu kat pelajaran masa weekdays. Tapi tu lah budak dia anggap tv, hp, comp tu adalah hiburan tak ada tu, maksudnya bosan. Padahal banyak je boleh buat. Anak aku dulu umur cengitu aku leh harap tinggal sorang jaga diri. Aku tahu semua budak tak sama.

Jadi aku buat pendekatan selalu peluk dan cium. Alamak tak jalan juga....ada je nak menipu. Kadang2 aku rasa bela anak yatim piatu lagi berbaloi kot.

Apa2 hal, aku dah tak larat dah. orang tak tahu apa yg aku lalui. Mana tahan ooo penat slow talk, tegur, marah, rotan, peluk, cium semua aku dah buat. Tapi nampaknya dia yang byk buli aku.

Korang pernah alami anak sorok pinggan dan tulang2 ayam yg dah makan bertingkat2 dalam almari pakaian? Anak tiri aku buat aku cengitulah, padahal kali pertama dah marahkan. Kali kedua dia buat lagi macam tak bersalah. Lukis gambar sebesar2nya dalam dinding bilik atas alasan bosan. Darjah enam tu.

Weiii nangis aku stress giler.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2016 07:45 PM From the mobile phone | Show all posts
Sometime susah nk adopt time budak teenager ni.. aku pun kadang give up
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 10:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by dewimalam78 at 24-1-2016 10:16 PM

Baru je mlm td ai pegi diner dgn asben dan anak2.
Sebwlah meja dr awal dtg smpi kami balik mak ayah dia memasing mengadap hp. Anak dia sorang dok ajak sembang itu ini...mak dia layan tp mata ngadap hp
Reply

Use magic Report

Post time 24-1-2016 11:12 PM From the mobile phone | Show all posts
keiichiro replied at 24-1-2016 07:27 PM
Kes aku lak, aku pelihara anak tirii sejak dia darjah dua sampai la ni darjah enam. Mak ada, tapi ma ...

pendekatan salah.  lagi control lagi memberontak. cuba teknik duit. kalau buat xxxx. bagi rm 10 sijil simpanan bsn premium. ( latih diri sabor tak leh keluar duit).  mungkin dia sedar diri dia siapa so, jadi kawan bukan lawan
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2016 07:09 AM | Show all posts
alien3d replied at 24-1-2016 11:12 PM
pendekatan salah.  lagi control lagi memberontak. cuba teknik duit. kalau buat xxxx. bagi rm 10 si ...

Reward selalu buat.

Kalau dia kekal ikut peraturan aku rasa banyak boleh dia kutip. Kena control semua tu kalau tak sampai kul 3 pagi dia boleh senyap2 tgk tv. Kalau leka je kita sikit, bagi satu jam tengok pun boleh jadi berjam2. Kalau kau pun sanggup ke tengok je dia perangai camtu sedangkan banyak tanggungjawap wajib macam solat, pelajaran dia buat tak endah? Kena kontrol. Aku nyer life simple je, you jaga solat, jaga pelajaran, you can get what u want. tapi kalau dah semua teruk, aku kena control semua.

Aku suh dia duk ngn maknya sbb dia ada lagi 3 beradik lain2 bapak ngan maknya, tapi laki aku tak mau. Tapi tak bantu aku didik pulak. Tu yang aku give up lah.

Serius, bila jaga dia ni, aku buat konklusi genetik parent main peranan juga dalam sikap anak2.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.053715 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list