Edited by CARI-IIN at 23-1-2016 09:44 AM
Kemaskini 9.30 pagi
Selepas KKM mengesahkan produk kosmetik Qu Puteh milik Jutawan terkenal Dato' Seri Dr Vida mempunyai bahan berbahaya, ini reaksi beliau ;
Ini lah harga sebuah kejayaan dan akan ada orang yang iri hati, ini lumrah biasa dalam perniagaan. Itu reaksi segera pengasas produk kecantikan Vida Beauty, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau Datuk Vida berhubung dua produknya yang diharamkan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kredit : Astro Awani
--------
Kemaskini 6.55 ptg
Laporan terbaharu daripada Berita Harian menjelaskan, Kementerian Kesihatan Malaysia mengesahkan produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri.
"Hasil ujian menunjukkan, satu produk iaitu produk Qu Puteh Whitening Pro 9 dikesan mengandungi merkuri pada paras yang tinggi," ujar Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah.
Syarikat itu diarah menarik balik produk itu dari pasaran dalam tempoh 72 jam. - CARI Infonet
-------
Sebanyak tiga produk Qu Puteh telah diharamkan penjualannya di negara Brunei.
Ini selepas produk tersebut didapati mengandungi bahan berbahaya.
Tiga produk tersebut ialah kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal, krim kosmetik pemutih Qu Puteh Pro 9 dan kosmetik Qu Puteh Whitening UV Block.
Kapsul Chantique Beauty Slimming Herbal didapati mengandungi spironolactone, manakala dua produk lain mengandungi merkuri. - CARI Infonet
(Sumber foto: Berita Harian)
|