CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3135|Reply: 8

[Tempatan] {3} Gagal urus kewangan: Biasiswa JPA dimansuh?

[Copy link]
Post time 23-1-2016 09:10 AM | Show all posts |Read mode
Edited by tongkatwaran75 at 23-1-2016 09:14 AM

Biasiswa JPA: Jangan percaya khabar angin                        

Fahami dahulu isi kandungan perbincangan

FARHANA JONI           |                   23 Januari 2016 12:47 AM

KUALA LUMPUR 22 Jan. -  Orang ramai diminta tidak terus mempercayai khabar angin berhubung pemansuhan biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan menuduh kerajaan gagal menguruskan kewangan negara.

                  Fathul Bari Mat Jahya

Exco Pergerakan Pemuda UMNO, Dr. Fathul Bari Mat Jahya berkata, masyarakat sepatutnya memahami terlebih dahulu isi kandungan perbincangan JPA dan Kementerian Pendidikan Tinggi sebelum membuat sebarang kesimpulan.

Katanya, berdasarkan perbualan antara beliau dengan beberapa pegawai kementerian tersebut dan JPA, fokus perbincangan JPA dan kementerian berkenaan adalah penilaian semula kelayakan penerima biasiswa.

“Sebenarnya perbincangan itu bukan untuk memotong bajet biasiswa pelajar, sebaliknya penilaian semula kelayakan penerima daripada beberapa perspektif supaya dapat dioptimumkan kepada kumpulan sasar yang lebih tepat.

“Antara yang diteliti adalah pelajar-pelajar yang menerima biasiswa tetapi tidak menamatkan pengajiannya sama ada kerana gagal, malas atau sebab-sebab lain. Malah saya difahamkan tiada mekanisme yang jelas untuk menyelia situasi tersebut,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Fathul Bari, situasi itu menyebabkan pembiayaan pendidikan kerajaan itu sia-sia apabila penerima gagal memanfaatkan biasiswa tersebut dengan baik.
Katanya, penerima biasiswa dinasihatkan supaya bijak untuk menguruskan pembiayaan pendidikan itu kerana ia adalah wang negara.

“Jika kita mendesak kerajaan supaya menguruskan wang negara dengan baik, maka kita juga perlu muhasabah diri, adakah kita menguruskan wang negara yang diamanahkan kepada kita atas nama biasiswa dengan baik juga.

“Buat masa ini, kita berilah peluang kepada Kementerian Pendidikan Tinggi, JPA dan beberapa institusi lain berbincang seterusnya menyelesaikan masalah itu agar memperoleh keputusan yang seimbang bagi menjaga kepentingan ekonomi negara dan ilmu,” katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berkata, kerajaan akan menggubal model baharu dalam pemberian biasiswa JPA dalam masa terdekat bagi mencegah penerima biasiswa mengelak untuk berkhidmat dalam sektor perkhidmatan awam.

- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.cFPWJots.dpuf


p/s A.Maslan kata seb baek ada kutipan GST, boleh backup kehilangan keuntungan kerajaan akibat harga minyak dunia turun...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-1-2016 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa alasan sama dgn masa nak mansuh subsidi

Supaya dpt ke golongan sasaran lah
Nak henti ketirisan lah

Last last yg miskin byr GST, yg kaya dpt AP
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 09:40 AM | Show all posts
GST tu bangsat negara !
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 12:21 PM | Show all posts
ustaz siam
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 01:00 PM | Show all posts
bit replied at 23-1-2016 09:15 AM
Kenapa alasan sama dgn masa nak mansuh subsidi

Supaya dpt ke golongan sasaran lah

Subsidi, org miskin, org kaya pun dapat,
GST, org miskin, org kaya pun kena gst.
Tapi kerajaan pulangkan balik gst kpd org miskin shj.
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 01:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Elok je mansuhkan. Buat kepada sistem pinjaman. Biasiswa hanya pada univerrsity sahaja bagi utk budak2 yg layak. Nak study dlm negara, pinjaman. Nak study liar negara, pinjaman.

Jangan cakap lepas ni budak2 terbeban dgn hutang study. Semua negara maju rakyat dorang pun berhutang sebab pendidikan. Mesia kan ke arah negara maju

tiru mcm mak bapak negara oz. Kerajaan dorang bg pinjam utk bayar yuran sahaja. Cost of living? Mak bapak lah yg bagi. Sebab tu mak bapak sana menabung utk pendidikan anak dorang. Dah grad nanti bayar 50% hutang je, hutang yuran. Hutang cost of living? Free la, sebab mak bapak yg bagi. Tak pun kerja part time.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-1-2016 01:40 PM | Show all posts
hanakikan replied at 23-1-2016 01:26 PM
Elok je mansuhkan. Buat kepada sistem pinjaman. Biasiswa hanya pada univerrsity sahaja bagi utk buda ...

ramai meroyan nanti

katanya gov patut bagi free duit yuran, belanja makan minum, beli barang2, joli sikit2 nak lepas penat belajar kekdahnya..
Reply

Use magic Report

Post time 23-1-2016 01:41 PM From the mobile phone | Show all posts
mana ade pendidikan percuma sebenarnya, ahli pas nk beli harakah pun kene bayar.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-1-2016 05:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Skarang pun dah meroyan demand macam2. Ngan budak2 U berdrama x cukup makan x cukup minum, terpaksa makan megi setiap hari etc. kalau gomen start buat JPA mcm PTPTN and bagi loan hanya utk yuran, lagilah macam2. Ada budak mati kelaparan agaknya time tu walaupun pakai baju uniqlo, berseluar h&m dan bertelefonkan iphone.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 11:05 AM GMT+8 , Processed in 0.293625 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list