Gelandangan jiwa niaga
Kuala Lumpur: Biarpun tidak berkemampuan memiliki atau menyewa rumah dan menjadikan bawah jambatan sebagai tempat tinggal, bukan semua gelandangan tiada pekerjaan, malah ada daripada mereka mempunyai perniagaan sendiri untuk meneruskan kehidupan.
Tinjauan wartawan Harian Metro di bawah jambatan Jalan Syed Putra, baru-baru ini menemui seorang wanita berusia lewat 40-an yang hidup bergelandangan sejak 10 tahun lalu selepas menghadapi masalah rumah tangga.
Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Maria menjalankan perniagaan di pasar karat bermula seawal jam 4 pagi dengan menjual barangan terpakai dan terbuang yang dibersihkan atau diubahsuainya.
“Saya tidak suka meminta-minta. Malah, saya secara peribadi menganggap pemberian makanan percuma kepada gelandangan menggalakkan mereka menjadi malas untuk bekerja.
“Apa guna ada tenaga tetapi hanya tahu makan dan tidur,” katanya yang keberatan untuk berkongsi kisah silamnya sehingga terpaksa tinggal di bawah jambatan. Dia hanya memberitahu hidup sedemikian selepas diceraikan suami.
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.
Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 January 2016 @ 7:45 AM
« »
MARIA mengumpul pakaian terpakai untuk dijual di pasar karat.
MARIA mengumpul pakaian terpakai untuk dijual di pasar karat.
DISYORKAN
- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/110085#sthash.QYmxPUy7.dpuf
|