CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2158|Reply: 14

Andaian TPPA Adalah Penjajahan Amerika, Kuasa Besar Tidak Benar - Najib

[Copy link]
Post time 26-1-2016 11:36 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ





Persepsi mengenai Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA) merupakan suatu bentuk penjajahan oleh Amerika Syarikat dan kuasa-kuasa besar adalah tidak benar sama sekali, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.


Memetik laporan astroawani, beliau menegaskan realitinya ialah penyertaan Malaysia dalam TPPA adalah dengan mengambil kira sepenuhnya kepentingan serta pulangan jangka panjang perjanjian ini kepada negara dan rakyat Malaysia khususnya.

"TPPA pastinya akan membuka lebih banyak ruang kepada Malaysia untuk meneroka pasaran baharu di negara-negara TPPA terutama di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico dan Peru," katanya dalam catatan di laman Facebooknya.


Najib turut menegaskan bahawa perjanjian perdagangan bebas (FTA) dan pelaburan langsung asing (FDI) bukan sesuatu yang baharu bagi Malaysia. Malaysia, katanya, telahpun memeterai FTA dengan negara-negara seperti Jepun, China, Korea, India, Pakistan, Chile, New Zealand dan Australia.


Beliau menegaskan Malaysia tidak pernah dipaksa mahupun diberi tekanan untuk menyertai TPPA.


Usul untuk memutuskan tentang penyertaan Malaysia dalam TPPA akan dibentangkan pada sidang khas Parlimen mulai Selasa ini. - CARI Infonet.







Berita penuh - astroawani
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2016 11:49 AM | Show all posts
aset negara pun dijual....mmg tak heran pun....
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 11:58 AM | Show all posts
arwah ayah dia dok bersusah payah majukan malaysia, datang anak gi jual terus malaysia....terbaik...hahaah
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 04:02 PM | Show all posts
Dalm 10 yg Tok Jib ni cakap, 1 pun susah aku nak percaya.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2016 09:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Sapa bleh halang kalau najib nk jgak....
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 05:22 AM | Show all posts
Elok bawah TPPA ni, ikut standard US sikit, standard orang bertamadun, main ikut rules............selama ni tak ada TPPA best ke hidup kat melesia, sama jugak, yg main porem ni gerenti bukan tahap owner kilang besar pun...nak risau ape, porumer semua banyak golongan pekerja....apa susah, gaji semua tak cukup, mintak naik gaji le kat majikan........yg pening kapla sekarang majikan, padan la muka diorang, suruh orang keje bayar ciput, kena ko ade mimimum wage punya requirement baru diorang tau...suke gile aku jadi pekerje, tak sabar nak keje balik kat Melesia......  
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2016 06:59 AM From the mobile phone | Show all posts
zamzarai replied at 26-1-2016 09:12 PM
Sapa bleh halang kalau najib nk jgak....

mebi Sultan dan kerabat di raja ....   tapi iols x pasti
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 07:43 AM From the mobile phone | Show all posts
zjen replied at 27-1-2016 06:59 AM
mebi Sultan dan kerabat di raja ....   tapi iols x pasti

Tapi segala tindakan najib selama ni xda sapa halang.siap sedia la rakyat malaysia utk trima tppa......
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 09:32 AM | Show all posts
Apa yg korang faham pasal TPPA??
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 02:10 AM | Show all posts
JohnPuteh replied at 27-1-2016 09:32 AM
Apa yg korang faham pasal TPPA??

mmg bukan paham sgt,   cuma pakai teka   .....   so uols cuba citerkan
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 02:17 AM | Show all posts
zamzarai replied at 27-1-2016 07:43 AM
Tapi segala tindakan najib selama ni xda sapa halang.siap sedia la rakyat malaysia utk trima tppa. ...

ekceli kalu ada sultan berani tampil di depan,   iols rasa bijan pun x berani lucut kuasa sultan,   satu dunia akan tau,  bijan pon akan rasa malu bila pi oberc buat lawatan

cuma soal kang rata2 takut sakit telox




Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 06:50 AM From the mobile phone | Show all posts
bala bala #dialoghantukaklimah

Najib ni kalo wat apa apa plan mmg sudahnya rakyat mendapat bala .. malapetaka #1MDB #derma #TabungHaji #Felda #danlelain
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 01:22 PM From the mobile phone | Show all posts
KUALA LUMPUR- Usul Penyertaan Malaysia ke dalam perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPP) diluluskan Dewan Rakyat sebentar tadi. Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia membuat keputusan tersebut selepas 211 ahli parlimen membuat undian. Daripada jumlah tersebut, 127 ahli parlimen bersetuju dengan usul tersebut dan 84 tidak bersetuju. Perjanjian TPP akan ditandatangani di Auckland, New Zealand pada 4 Februari depan.

Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 08:31 AM | Show all posts
itulah lepas british jajah kita, dia ni pulak nak ambil alih.
Reply

Use magic Report

Post time 29-1-2016 08:36 AM | Show all posts
Suke hati ngkau lah daeng mentimun lembut
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:32 PM GMT+8 , Processed in 0.336531 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list