CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 29677|Reply: 247

Fynn Jamal Dituduh Syiah Kerana Pakai Jubah Hitam

[Copy link]
Post time 27-1-2016 10:55 AM | Show all posts |Read mode
KUALA LUMPUR: Penyanyi Fynn Jamal dituduh sebagai penganut fahaman Syiah oleh segelintir pengikutnya di Instagram gara-gara penampilannya yang sering berjubah hitam.

Fynn atau nama sebenarnya Affina Yanti Jamalludin, 33, berkata, perkara itu ternyata langsung tidak berasas dan terkejut dituduh seperti itu yang disifatkan sebagai melampau.

"Kalau di akaun Instagram saya, macam-macam tuduhan pelik yang dilemparkan pada saya.

"Sampaikan imej saya yang sering berjubah hitam pun menjadi isu kononnya saya adalah pengikut fahaman Syiah. Tuduhan itu memang mengarut.

"Sebagai seorang wanita Islam, saya tidak akan sesekali mengamalkan fahaman yang bercanggah dengan hukum syarak," katanya kepada mStar Online.



Fynn ditemui pada majlis pelancaran produk Cereal Caliph-Nutrition For Eyes di Flora Terrace di sini pada petang Selasa.

Turut hadir pada majlis itu, Pengarah Urusan Raffelinna iaitu Muhammad Rafi’e Ramli duta produk tersebut, Mia Sara.

Dalam pada itu, jelas Fynn, dia kerap memakai jubah hitam kerana menyifatkan ia adalah warna dan pemakaian yang mudah digayakan ke mana-mana sahaja.

"Kalau nak tahu, dahulu setiap hari saya dan suami ada masalah untuk berfikir baju apa yang perlu dipakai.

"Pada pengakhirannya, saya dan juga suami memutuskan untuk memakai baju hitam sahaja. Bukan orang luar sahaja bercakap, ibu dan ayah saya pun bising 'dah tak ada warna baju lain ke?' Hahaha...Bagi saya, yang penting baju  dipakai itu bersih," ujarnya.

Sementara itu, Fynn turut merupakan duta kecil produk Caliph di mana dia akan berkongsi mengenai perkembangan anaknya, Arjuna, yang merupakan kanak-kanak Autisme di laman sosial miliknya menerusi pengambilan produk Caliph.

"Saya bersyukur, sejak diperkenalkan produk pertama Caliph iaitu jus makanan tambahan kanak-kanak, banyak perubahan yang saya lihat pada diri Arjuna.

"Dia tidak mesra dengan orang yang tidak dikenalinya dan ada masanya dia mempunyai dunia fantasi yang tersendiri.

"Tetapi, sejak mengamalkan produk ini, Arjuna mula memberi fokus dalam setiap tingkahnya. Saya harap dapat melihat lebih banyak progres daripada dia. Dan InsyaAllah, produk baharu Caliph Cereal akan memberi perubahan ketara dalam diri anak saya," katanya.

Dalam perkembangan lain, Fynn bakal muncul menerusi single lagu baharu berjudul Kalau, dengan menampilkan kumpulan Kopratasa.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 11:03 AM From the mobile phone | Show all posts
sapa tuduh dia baik ngaku..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:05 AM From the mobile phone | Show all posts
Aku agak benang ni nnti keluar api dari naga berapi..

hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:05 AM | Show all posts
boooooo.... fynn jamal x beh
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:07 AM | Show all posts
@awoks ur feveret
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:08 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-1-2016 11:10 AM | Show all posts
si spin ni tuduh diri sendiri ape..attention seeker btol..erkkk..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:13 AM | Show all posts
kahkahkah, syiah
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 11:21 AM | Show all posts
masalahnya, ade ke orang tuduh dia syiah?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:23 AM | Show all posts
So....? ni nk jual produk ke pasal jubah hitam?
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:27 AM From the mobile phone | Show all posts
eii perasan
sapa tuduh dia tu
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:30 AM | Show all posts
rare sangatlah kan itam forever
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:31 AM | Show all posts
ada ke yg tuduh dia syiah?
klu tuduh kepam tu aku percaya
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:35 AM | Show all posts
silampumeja replied at 27-1-2016 11:30 AM
rare sangatlah kan itam forever

tah apa2 tah kokpin ni.. hari tu iolls pakai tudung hitam pon dah kene tegur dgn bos.. dia ckp kalau asik pakai warna hitam nanti unsur negatif akan ada cth nampak xceria and xbersemangat lg pon akan nampak tua katenye....so kalau boleh pakai warna yg cerah2 je..hihhihi..
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Juna tu dalam dunia dia sendiri sebab di beri ipad doplopatjam jah! Entah bila hagaknya dia charge bateri.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:38 AM | Show all posts
mcm tak penah nmpk pun org ckp die syiah..
org kate die busukkk..kepam ade la..
awat die tak ckp org kate die busuk kepam je...
tak baik tipu tau kokpin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-1-2016 11:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Sekolah tak pergi. Ajar kat umah pon tak. Ingat cereal caliph tu ada saka ke, ttba juna tu boleh berubah.

Iols ramai kkawan anaknya autistic. Mmcm usaha dibuat. Pergi theraphy mmcm kaedah mcm cuba swimming, play with the sand, sekolah khas, join play group, kelas fakeh, main kuda. Ni takat main dgn bangchik, share sudu makan dgn bangcik je. Ingat ada magic ke???

Iols marah tol nk educate autistic mommies konon.
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:44 AM From the mobile phone | Show all posts
de_ikea replied at 27-1-2016 11:39 AM
Sekolah tak pergi. Ajar kat umah pon tak. Ingat cereal caliph tu ada saka ke, ttba juna tu boleh ber ...

Bg cik tu saper,naper juna x p skolah.kan ada sek pend khas.c.gu2 yg terlatih
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:45 AM | Show all posts
Aku tak paham macam mana mak2 boleh percaya dengan caliph tu! Anak baru nak belajar explore dunia, disumbatnya dengan pil-konon-pandai. Cmon laaaaaa! Takkanlah tak boleh nampak pil tu just a pill? Nothing special la. Pasal jubah, ehhhh sapa panggil spin ni syiahhhh? tetiba je cakap kat wartawan cenggitu, konon bajet tak baik, orang dok ngata dia je, dia tak pernah ngata org. puiiii!
Reply

Use magic Report

Post time 27-1-2016 11:49 AM | Show all posts
MellyNad replied at 27-1-2016 03:35 AM
tah apa2 tah kokpin ni.. hari tu iolls pakai tudung hitam pon dah kene tegur dgn bos.. dia ckp kal ...

betol tu dulu zaman belajar dan duk asrama memanglah pakai tudung putih dan hitam je dibenarkan...  ni ada pilihan dan kemmpuan tak salah pon... tapi suke atikolah kokping... ko kan RARE!!! hanya satu kokping di dunia teda yang lain

OT jap. tips iols dapat kalu nak kelihatan lebih muda, kaler tudung ngan anak tdung jangan sama....
anda mampu mengubahnya


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 03:55 PM GMT+8 , Processed in 0.318721 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list