View: 1981|Reply: 0
|
[Tempatan]
Simpanan Hari Tua Berkurang? Boleh Pilih Kekal KWSP 11 Peratus
[Copy link]
|
|
Oleh Izzah Abbasy
Semalam, kerajaan bersetuju untuk kurangkan potongan caruman KWSP pekerja sebanyak 3% mulai Mac 2016-Dis 2017. Walau bagaimanapun, caruman majikan kekal.
Namun, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) memaklumkan pekerja boleh membuat pilihan untuk mengekalkan kadar caruman syer pekerja pada 11 peratus dengan melengkapkan Notis Pilihan Mencarum Melebihi Kadar Berkanun.
Menurut kenyataan KWSP pada Khamis, pekerja boleh memuat turun Notis KWSP 17A Khas2 016 di laman sesawang www.kwsp.gov.my mulai 2 Feb, 2016 dan ia perlu dikemukakan kepada majikan masing-masing untuk diserahkan kepada pejabat KWSP berhampiran. - CARI Infonet
Kredit : Astro Awani
|
|
|
|
|
|
|
| |
|