View: 3829|Reply: 33
|
[Tempatan]
Tarian Singa sudah ada penari dikalangan bangsa Melayu
[Copy link]
|
|
Kuala Nerus: “Peringkat awal sememangnya mendapat halangan ibu namun kerana terlalu minat akhirnya saya diizinkan bermain tarian singa,” kata Jeffry Omar, 27, seorang penari singa dari Kumpulan Kesun Lion Dance (KLD) yang berbangsa Melayu.
Menurutnya, dia menyertai kumpulan KLD sejak berusia 14 tahun berikutan terlalu minat selain kehidupan sehariannya yang dikelilingi komuniti Cina.
“Saya tinggal di Kampung Cina dan bersekolah di Sekolah Menengah (SM) Chung Hwa Wei Sin sehingga mendorong saya memahami kebudayaan Cina dengan lebih dekat.
“Bagaimanapun, peringatan ibu supaya berpegang kepada agama sentiasa diingati dan saya hanya mengambil peranan bermain bahagian kepala singa apabila mendapati di tempat persembahan tiada bahan larangan seperti arak.
“Saya bermain hanya kerana minat dan ia memberi kepuasan kerana masyarakat Melayu juga mampu turut sama sebagai satu masyarakat majmuk,” katanya selepas majlis perasmian kostum tarian singa, di sini, semalam.
Rakannya, Mohd Sharman Mohd Sabri, 32, berkata, dia turut mendapat halangan ibunya di peringkat awal pembabitannya dalam tarian singa tetapi lama-kelamaan dibenarkan meneruskan minatnya itu.
“Saya menyertai KLD sejak tiga tahun lalu dan buat masa ini hanya mahir bermain tarian singa pada posisi ekor dan alatan muzik. Sudah lama saya meminati tarian singa kerana saya juga bersekolah di SM Chung Hwa Wei Sin, Kuala Terengganu.
“Tidak salah mendalami ilmu tarian singa dan bukannya melakukan perbuatan yang menyalahi agama kerana tarian hanyalah satu bentuk kebudayaan,” katanya.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Transformasi Kerajaan, Komunikasi dan Multimedia negeri A Latiff Awang berkata, platform seperti itu dilihat dapat menyatukan kaum di negara ini.
“Selain itu, KLD dilihat sebagai satu proses menjawab dakwaan sesetengah pihak yang ingin memecah perpaduan kaum sedangkan ia sebenarnya mewujudkan persefahaman.
“KLD disertai Melayu, India, Cina dan Siam sekali gus menunjukkan sebuah masyarakat majmuk dalam negeri ini bersatu mengetengahkan tarian singa yang biasanya dipersembahkan masyarakat Cina saja,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
kat iklan kfc tu bukan dah lama ada... |
|
|
|
|
|
|
|
Habis lah menggelupur ummah meleis seantero malaysia |
|
|
|
|
|
|
|
It means Chinese population in Malaysia getting smaller. Masa merdeka 45%, 15 years ago 26%. Now just 22%. So malay must know how to do development.
|
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya berjaya jugak DAP meresap masuk dalam jiwa melayu |
|
|
|
|
|
|
|
so yesterday. di sarawak dah lama melayu, iban, bidayuh join this community. mostly untuk tambah income. |
|
|
|
|
|
|
|
tulah psl. Aku org Sabah. Abang sulung aku dulu zaman remaja ikut tarian singa nak cari duit poket. Maklumlah zaman budak sekolah. Tp smp dia msk kolej pun dia msh lg ikut tarian singa. Tp dah sejak kahwin dan ada anak dia stop ikut. La ni dia pula register anak dia msk tarian singa. Anak dia both boys.
|
|
|
|
|
|
|
|
time aku dok sabah dulu dah lama org melayu /bumiputra islam join tarian singa ni..dari tahun 90 an lagi
so x de la wow sangat..lainlah kalau chinese join ya hanana ke..tu baru aku terkejut
|
|
|
|
|
|
|
|
semananjung bro...when it come to foster multiracial relationship, it will suprise them
|
|
|
|
|
|
|
|
Hek eleh.. jgn nnti nk paksa2 suh baca bagai sblum mula tarian dh la.. malays muslim kn suka paksa2 org cmtu.. hegeh..
Menari dgn cina pun nk rsa sepesel sgt.. blergh |
|
|
|
|
|
|
|
Abg aku join tarian singa masa umur dia 16 thn, tahun 1987. Yg paling aku tak blh tahan cuba ko tgk pesanan mak dia kat budak tu masa dia nak join tarian singa. Ingat tarian singa tu upacara keagamaan ke. Bangang sangat. Tarian singa tu hanya satu tarian mcm joget dsbnya. Apalah org Melayu kita ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
PE-DX03 replied at 5-2-2016 12:34 PM
semananjung bro...when it come to foster multiracial relationship, it will suprise them
Cuba pesanan nak dia. Mcmlah anak
dia join tarian singa tu mcm msk jd Buddha |
|
|
|
|
|
|
|
PE-DX03 posted on 5-2-2016 12:34 PM
semananjung bro...when it come to foster multiracial relationship, it will suprise them
Alaaaa bukan multiracial relationship tapi sebab duit....nak duit, jantan straight pon jual jubo sis. |
|
|
|
|
|
|
|
Peterpan17 replied at 5-2-2016 12:31 PM
tulah psl. Aku org Sabah. Abang sulung aku dulu zaman remaja ikut tarian singa nak cari duit poket ...
Ipar duai i pun bersepah la msk tarian ni semua.sbb derang membesar kt kg baru cina.x yah tunggu sabah sarawak pun.
I dont y reporter suke highlight mende2 mcm ni.as if org sjung ni racist sgt. Hello, meh dtg temerloh, one of nasi ayam yg femes di sini cina masak.mee kari pun. X de nye sabah sarawak je perpaduan kukuh sgt la. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noraidil_06 at 5-2-2016 05:11 PM
PE-DX03 replied at 5-2-2016 12:34 PM
semananjung bro...when it come to foster multiracial relationship, it will suprise them
Ur semenanjong kut.my semenanjong ok je. Gi ipoh, gi kb, gi KT. Elok je multi racial. |
|
|
|
|
|
|
|
sabbath_shalom replied at 5-2-2016 01:11 PM
Alaaaa bukan multiracial relationship tapi sebab duit....nak duit, jantan straight pon jual jubo s ...
My ipar mula2 mmg sbb minat, now sbb dpt duit. Cina2 treat them well sbb my bro ade passion ms menari tu. |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by noraidil_06 at 5-2-2016 11:50 PM
Ni i nk tanye gang sbh serawak, u guys klem konon best sgt.1 family ade pelbagai agama, tp nape ms stacy n marsha convert amboi berapi2 mengata caci maki those poor girl? Kate open sgt. |
|
|
|
|
|
|
|
tarian nya ok aje pada aku.. tapi drum nya? ada yang di buat dari kulit babi.. ada kulit lembu |
|
|
|
|
|
|
| |
|