CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4033|Reply: 12

Mufti Perlis Setuju Debat Dengan Presiden ASWAJA

[Copy link]
Post time 6-2-2016 06:07 AM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ








Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin telah menyahut cabaran Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Waljamaah Malaysia (Aswaja), Zamihan Mat Zin untuk berdebat dalam isu ekstremisme agama di negara ini.


Dr Mohd Asri atau lebih dikenali sebagai Dr Maza telahpun menempah tiket pesawat pada tarikh debat tersebut diadakan. Dalam petikan Facebooknya, beliau turut mengakui telah menunda program-program lain pada tarikh tersebut.


Debat itu telah dicadangkan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim bertujuan menolak budaya label melabel dan telah dipersetujui oleh Zamihan Mat Zin yang juga merupakan seorang pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) .


“Kedudukan saya sebagai mufti lebih terikat dan ketat dari segi jadual, tapi saya cuba sebaiknya untuk membolehkan saya hadir pada tarikh berkenaan. Bukan untuk siapa menang dan kalah, tapi untuk memberikan penjelasan kepada umat,” katanya.


Jelas Dr Maza lagi, beliau sedia berdebat secara terbuka dengan ustaz kontroversi itu dan berharap ia disiarkan langsung di TV dan Internet.


“Alhamdulillah saya sudah menerima jemputan dan beliau juga sudah menerima. Saya harap disiarkan secara langsung oleh stesen TV ataupun Internet.


“Dirakam agar semua pihak dapat menontonnya. InsyaALLAH moga ada kebaikan,” katanya.







Pendakwah terkenal, Syed Abd Kadir Syed Hussin Aljoofre turut menyokong debat di antara Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin bersama Presiden Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jammah(Aswaja), Zamihan Mat Zin itu. - CARI Infonet.



Sumber - sinarharian

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2016 06:09 AM | Show all posts
Perantara aku cadangkan Ahmad Mesingan


Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 10:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by boyagombak at 6-2-2016 10:52 AM

Dan pengerusi adalah MB  Kedah   supaya semua org cepat lena
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2016 08:30 PM | Show all posts
aku cari jugak asal usul cerita ni, tp tetap xberapa paham kan. apa yg aku paham en Zamihan ni tuduh semua org wahabi. itu je la. tp aku tetap xpaham knp perlu ada perdebatan ini. why??
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 12:12 PM | Show all posts
kuku_pendek replied at 6-2-2016 08:30 PM
aku cari jugak asal usul cerita ni, tp tetap xberapa paham kan. apa yg aku paham en Zamihan ni tuduh ...

untuk membuktikan agama islam versi muftee atau versi pegawai kdnn yang benar?
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 12:26 PM | Show all posts
Zamihan Minta Tunda Debat Dengan Dr Maza, Ada Urusan Lain



Adakah muzakarah antara Muftri Perlis, Datuk Dr Asri Zainul Abidin dengan Presiden Aswaja, Zamihan Mat Zin Rabu ini akan menjadi kenyataan apabila dikhabarkan Zamihan dilaporkan telah memberitahu pada tarikh yang ditetapkan itu beliau mempunyai tugasan lain.

Menurut Zamihan, pada hari berkenaan beliau telah ditugaskan lebih awal di Penjara Machang, Kelantan untuk memulihkan penjenayah tegar namun menurutnya beliau akan berbincang dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kasssim  bagi menetapkan tarikh sesuai dalam minggu ketiga bulan Februari.

“Saya tidak pernah gentar untuk berdepan dengan sesiapa pun. Saya janji akan mengemukakan bukti-bukti autentik tentang esktremisme fahaman wahabi, Insya-ALLAH,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurut Zamihan lagi, selain ada tugasan di Penjara Machang, tarikh debat berkenaan sebenarnya tidak mendapat persetujuan beliau terlebih dahulu.

“Shahidan tetapkan masa dan tarikh tanpa persetujuan saya, sebaliknya mereka terus viralkan di dalam media sosial.
"Sehingga sekarang saya masih belum menerima surat jemputan bagi program itu,” katanya.



Zamihan dalam pada itu mempersoalkan mengenai format wacana berkenaan sehingga kini tidak pernah dibincangkan.

“Bagaimana nak hasilkan resolusi yang boleh dipatuhi bersama dan diterima pakai?” soalnya.

Jelasnya lagi, tiada penglibatan pihak berkuasa keselamatan dan agama juga merupakan antara faktor program tersebut tidak boleh diteruskan.

“Ini membelakangi pihak berkuasa tempatan,” katanya. - Siakapkeli.my



https://www.facebook.com/334826093204414/videos/732847533402266/
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-2-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Dlm byk2 ostat kt msia ni, asri paling ada isi dlm kebanyakan article dia. Jarang sgt nak tulis psl isu rumahtangga, aurat betina etc. Bila baca nampak la tahap intelek kat mana, xmcm ustat2 glamour kt msia ni..
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 12:40 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by ohnoLia at 8-2-2016 12:45 PM
becir replied at 8-2-2016 12:27 PM
Dlm byk2 ostat kt msia ni, asri paling ada isi dlm kebanyakan article dia. Jarang sgt nak tulis psl  ...


Ayol lebih prefer mufti kl....
dulu selalu muncul kat tv.

Setiap kali beliau muncul di tv maka ia penuh pengisian...
hujah dgn penuh ilmu dan hikmat...
jiwa dan akhlak melalui ketrampilan bahasanya dan jiwanya pada peringkat akhlak dan tasauf yg sgt2 tinggi.

Setiap patah perkataan beliau adalah ilmu... dan setiap gerak geri dan tutur bahasa beliau sgt2 indah seolah aura yg gemilang....

Tatkala beliau berceramah seperti seorang ayah yg penyayang yg mendidik anaknya dgn penuh visi yg bercahaya....

Baik2 ayol suka tgk movie hollywood...drama mcm agent carter...marvel series...dll terus ayol terpana dgn rancangan beliau tu

Tidak pernah ayol lihat ada org yg mcm tu...

Ayol sifat kan beliau adalah truly ulama yg sgt2 akademik dan intelek ilmu mantik yg sgt2 tinggi...dan mempunyai akhlak yg tinggi dan penuh hikmah.

Semoga Allah memanjangkan umur beliau dan mengkurniakan beliau kesihatan agar dpt terus berdakwah dan menyatupadukan ummah. Amin
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-2-2016 12:45 PM | Show all posts
ohnoLia replied at 8-2-2016 12:40 PM
Ayol lebih prefer mufti kl....
dulu selalu muncul kat tv.


https://www.facebook.com/334826093204414/videos/1031978800155803/
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 12:50 PM | Show all posts


(Membongkar Kisah Mufti Perlis Yang Kita Tidak Ketahui.Baca Sampai Habis)


- Ayah Dr Maza atau lebih dikenali sebagai paklong menceritakan kepada saya kisah anak beliau iaitu Profesor Madya Dato' Arif Perkasa Dr Mohd Asri Zainul Abidin ataupun lebih dikenali sebagai Dr Maza yang merupakan mufti negeri perlis....

- Ketika itu Dr Maza menjadi pensyarah di USM.Beliau dijemput untuk menjadi mufti di negeri perlis.Beliau menolak jawatan itu .Kemudian beliau di desak berkali kali.Akhirnya beliau terpaksa menerima jawatan itu.Selepas itu beliau balik ke rumah mengadu sambil menangis menceritakan kisah mengenai jawatan tersebut kepada emak kandungnya sendiri "bala apa lah yg datang...jawatan ini terlalu berat untuk saya"

- Ketika beliau menjadi mufti.beliau melawat ke semua masjid termasuk di kampung-kampung.Di sana beliau mempunyai musuh.Orang-orang yg membenci beliau mengatakan Dr Maza wahabi dan sesat dan mereka mencipta kisah palsu kononnya Dr Maza menampar tangan tok imam sebab berdoa beramai ramai lepas solat dan kononnya DrMAZA menampar tangan tok imam ketika membaca qunut.

- Ada seorang ustaz terpengaruh dengan kisah palsu ini.Kemudian ustaz ini bercerita dalam kuliahnya di perak.Ustaz itu mengatakan di perlis ada mufti yg bahaya membawa ajaran sesat dan biadap menampar tok imam yg berdoa.Dalam kuliah ustaz itu ada emak saudara Dr Maza. Emak saudaranya terus menelefon keluarga Dr Maza untuk mengetahui perkara sebenar.Kemudian DrMaza memberitahu bahawa beliau tidak pernah pula tampar orang. Kata DrMaza kepada emak saudaranya "kalau salam dengan orang tu selalu la.Tolong bagi tahu orang mana yang saya tampar..boleh saya pi mintak maaf kat dia kalau betul benda ini berlaku"....

- Emak saudara Dr Maza pergi berjumpa ustaz yang menuduh Dr Maza itu lepas kuliah.Emak saudaranya pergi berjumpa dengan ustaz tersebut dan berkata "ustaz tau tak sapa mufti perlis yg ustaz kata sesat dan biadap tu...dia anak saudara saya..saya jaga dia dulu waktu kecik..dia tak pernah pukul orang...saya nak ustaz cakap sapa orang yg Dr MAZA tampar...boleh dia pi mintak maaf".Selepas kejadian tersebut ustaz itu tidak lagi datang bagi kuliah di masjid tersebut.

- Seperti mana yang kami update sebelum ini,Drmaza juga antara orang yang berpengetahuan dalam bidang hadis walaupun ramai yang cuba menafikannya.Kitab hadis karangan beliau mengenai asbabul wurud telah dicetak di Beirut Lubnan.Kitab karangannya telah dijual di negara arab.Yang lebih mengejutkan lagi,kitab hadis karangan beliau dijadikan sebagai silibus universiti di negara timur tengah.Tetapi beliau bukanlah muhadith seperti Imam Bukhari yang menghafal ribuan hadis.Akan tetapi ilmu beliau kita hormati dalam membawa sunnah di dalam negara kita.

- Dr Maza juga berguru dengan ulamak tafsir yang terkemuka di Jordan iaitu Sheikh Solah Abdul Fattah al-Kholidi.Selain itu,DrMAZA juga antara yang mahir dalam perdebatan.Ketika negara kita diserang dengan fahaman astora jabat yang mengatakan bahawa rambut wanita bukan aurat,tiada siapa dalam kalangan 'ulamak' melayu yang tampil berdiskusi dengan astora.DrMAZA juga lah yang berani tampil untuk berdiskusi berdebat dengan Astora Jabat untuk mempertahankan pegangan ahlus sunnah sekaligus menghancurkan terus fahaman yang dibawa oleh astora.Debat ini ada dirakam di youtube.

- Kita selalu mendengar DrMAZA kononnya mudah membidaahkan orang dan menolak bidaah hasanah serta selalu menghina dan mengkafirkan ulamak.Bahkan ada yang memerli dengan mengatakan "Kalau nak ikut rasulullah sangat dan tak nak buat bidaah hasanah, lebih baik naik unta,sebab nabi mana naik kereta" . Dalam hal ini DrMAZA sudah pernah berdiskusi isu bidaah dengan Dr Aziz Hanafi selama lebih empat jam dan diskusi ini juga ada dirakam di youtube.

- Kita selalu menuduh orang itu dan ini wahabi.Tetapi apabila hendak berdebat dengan orang yang menentang ISLAM seperti syiah dan,anti hadith, orang yang dituduh wahabi sesat dan pengecut itu lah kita minta pertolongan daripadanya Di mana para ustaz dan syeikh ketika itu yang menuduh DrMaza sebagai wahabi dan sesat ketika perdebatan? Kenapa mereka tidak bangun menjawab tuduhan dari syiah dan anti hadis tersebut

- Marilah kita bermuhasabah diri,jauhi budaya melabel. Dr Zakir Naik yang telah mengislamkan jutaan orang di dunia ini pun dilabel sebagai wahabi dan sesat. Bahkan TG Nik Aziz pun ada sesetengah orang yang melabel beliau wahabi.Tidak hairanlah orang seperti DrMAZA pun dilabel sebagai sesat oleh mereka. Islam agama perdamaian,jauhi lah dari sikap bermusuhan di antara kita. Mari sama sama kita berdakwah mengembangkan sunnah rasulullah di bumi ini
Reply

Use magic Report

Post time 8-2-2016 12:52 PM | Show all posts
DR Maza VS Astora Jabat

Dr. Ustaz Rozaimi Ramle - Hadith shared Amalkan Sunnah's video.
February 6 at 8:06pm ·

Jemput tonton video ini dan lihatlah bagaimana DrMAZA dengan tenang mematahkan hujah astora jabat. Ini diskusi antara DrMaza dan Astora Jabat belasan tahun yang lalu.Jemput tonton video ini (admin)


https://www.facebook.com/334826093204414/videos/891902120830139/
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2016 09:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Keh keh keh
Mau.debat dngn.wahabi? Ahlul sunnah wal jamaah pun mereka tiada faham..lagi mau jadi hero.debat. kalah berair sahaja nanti...

Keh keh keh
Reply

Use magic Report

Post time 19-8-2016 09:22 AM | Show all posts
iblis sangat licik

syaitan manusia ada, syaitan dari kalangan djinn pun ada

yang buruk di perlihatkan baik.. yang baik di perlihatkan buruk so manusia akan tersihir

melalui BUJUKAN, persuasion iblis

macam mana adam dan hawa yang terperangkap dengan tipu daya iblis

musuh islam bijokkk... untuk itu di cipa SYIAH untuk lawan sunni

kendian dalam sunni di pecahkan ada macam2 lg terutama wahabi

so wahabi akan melampau dan cari musuh so syiah jadi musuh dan wahabi akan jadi juara lawan syiah so dunia islam akan ikut depa

so saya tak heran oang cam tok maza sana sini ceramah BAHAYA SYIAH

sama cam patol bari n the geng konon ulama muda

so sunni kene cek  on wahabi dan kene cek on syiah...tengok saudi arabia ler nni...houthis yemen dah masuk tanah kawasan depa ...kat najran dohhhhh...perang besor sat lain kene deal ngan IRAN

untuk back up konon depa lurus so wahabi sandarkan depa pada salafi dan mik banyak keje2 imam ibnu TAIMIYAH

SYIAH plak nak bek up dakwaann depa sorok di sebalik AHLUL BAIT

so untuk orang islam yangg jahillll dan malas kaji dan tak tau apa... apa nasib depa nanti??

mende cam ni tokleh tgk cuma pada hitam or putih... kene  lagi teliti

nak mudah so ikut mazhab or school of thought, school of syafie , school of maliki etc

sebab imam mazhab seme ni rujuk sunnah sahabat besar nabi dan sunnah nabi , abis tu kalo tak ikut cam ni imam tu seme cipta sendiri ka fatwa or hukum depa? tentu tidak..

macam wahabi or oang cam tok maza ni puak ni tolak mutlak guna HADIS DHOIF walo untuk amalan dan bukan hukum, tolak abis, tu pasal sana sini dia marah oang guna or ostad dok sebar hadis dhoif or hadis lemah

tapi kalo ikut pandangan imam AHMAD r.a. dia kata dia lagi terima hadis dhoif dari kata kata dia sendiri haaa

imam syafie plak kata kalo kamu jumpa hadis bab sesuatu isu so ikut ler hadis tu dan jangan ikut aku

puak wahabi yang prahsantan salafi ni cuma nak ikut quran dan hadis sohih jek, jenis tak berlapang dada, malah ramai melampau sampai kufurkan saudara seagama yang tak sebulu ngan depa..terbukti pun

salah satu cara puak ni nak di terima majoriti dunia islam ialah cara berpura pura lawan syiah

dan kita tau syiah imamiyah dulu pun nak jadi johan dunia isllam dan konon lawan great satannnnn USA tapi Allah buktikan depann mata kita sapa depa sebenar, arab saudi punn kamceng ngan israel, iran ppun diam2 kwtim ngan usa dann israel

dunia islam di bodohkan oleh syiah iran dan wahabi arab..dan kedua depa ni banyak minyakkk woooo...kuasa petro dollar depa ada so apa jadi dunia islam? caca merba di buat nya

ramai tak nnampak seme permainan niii hahahahaha btui tak?

kamu tgk camna pengaruh syiah iran di mesia dan pengaruh wahabi saudi di mesia , dulu ada macam hari ini?

pejabat kerajaan tu esp jabatan islam tu penuhhhhh puak puak ni....puak syiah dan wahabi

of kos depa COVERINA, guna nama islam, Allah dan rasulNYA so bukan senang nak dakwa woooooo

so hangpa hati hati nooooo..abe aji dah cite skit banyak seme tuuuu

tenguk camna perlis satu masa dulu elokk je cam negeri lain tup tup dahhh lain kepala otak nya haa...

takat buang adat lama syirik cam puja pantai, mandi safar seme tu baguihhhh...saya bukan kata depa tak baguihhh, asal nya nak buang kurafat syirik seme tuu , btuiiii tapi jaga jaga kut2 ni seme coverina ajeee

laaa ni PUAK HABIB telah jadi makanan puak wahabi mesia...hangpa tak baca ka camna depa hentam puak habib konon ramai puak ni di yaman tuu dok puja kuboq.. haaaa tenguk , tenguk baik2...nampak tak ISI or umpan depa nak carii sokongan????

so baik2 hati hati..kadang depa sendiri terover or melampau dalam apa depa bangkang

kita seme tau yaman ler ni perang ngan saudi dan syiah dah hampir menguasai yaman macam iraq di kuasai syiah ler ni

saya risauuuuuuuuu isu SYIAH MENGANAS DAN MAHU KUASAI MECCA MADINA akan di jadikan isu besar oleh wahabi demi cari sokongan dan bela pertahan ARAB SAUDI...tunggu ler kalo tak caya

ce bayang syiah iran jadi kepala dunia syiah dan hari ni depa kuasai mecca madina dan kalo depa KONON bebaskan al aqsa atas permainan kawtim ngan israel...mustahil ka??

hangpa tau apa setan AYATULLAH RUHULLAH KHOEMINI cakap masa dia berkuasa di IRAN satu masa dulu?

Khoemini kata kalo dia berjaya kuasai mecca madina, dia nak pi kuboq abu bakar usman umar seme tu dia nak kuokan mayat depa dan sebat dan hancuskan lumat lumat haaaaaaa !!! kamu orang tau ka seme ni?


budak baru nak up sure akan terpesona  keje2 sihir syiah dan wahabi  abe aji insha susah nak terpengaruh sihir depa  asei abe aji kuat mengkaji hahahahaha

depa takmo di sebut wahabi...tapi konon SALAFI

lai satu tu takmo di sebut syiah rafida tapi konon pendokong AHLUL BAYIT

apa beza setan melayu ari ini? konon rakyat di dahulukan tapi bank account dia ribu ribu juta rm ahahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:12 PM GMT+8 , Processed in 0.247271 second(s), 24 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list