CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9209|Reply: 69

[Tempatan] Isteri Dedah Amin Beyond Diugut Kerana Pertahan Hak Melayu Pulau Pinang

[Copy link]
Post time 12-2-2016 08:04 AM | Show all posts |Read mode
Isteri Dedah Amin Beyond Diugut Kerana Pertahan Hak Melayu Pulau Pinang
Posted on February 11, 2016 by Abdul Mursyid Zainuddin|



GEORGE TOWN –
Ahli perniagaan Syed Amen Jainul Abidin, 46, yang maut ditembak di Jalan Datuk Keramat di sini awal pagi Khamis pernah diugut beberapa kali kerana lantang dalam mempertahankan hak kaum Melayu di Pulau Pinang.
Isteri mangsa Masita Abu Bakar, 46, berkata suaminya pernah memberitahunya mengenai perkara berkenaan dan berpesan agar mereka sekeluarga lebih berhati-hati.

“Arwah juga sering membantu rakan-rakannya yang dalam kesusahan dan biarpun ramai yang mengenalinya sebagai seorang yang cukup tegas tetapi hakikatnya hatinya mudah tersentuh jika melihat kesusahan orang lain,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Pulau Pinang di sini, Khamis.

Dalam kejadian 3.30 pagi itu, Syed Amen maut selepas ditembak dari jarak dekat di hadapan sebuah kedai motosikal berkuasa tinggi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Mohd Zakaria Ahmad berkata mangsa ditemukan dalam keadaan berlumuran darah di dalam keretanya  selepas seorang lelaki melepaskan lima das tembakan ke arahnya.

Masita berkata mereka berkahwin sejak 10 tahun lepas dan masih belum dikurniakan cahaya mata kerana beliau mengalami keguguran beberapa kali termasuk yang terbaru pada minggu lepas.

“Saya sangat sedih dan memang sukar untuk menerima kenyataan ini, tapi saya reda dan pasrah kerana ini adalah ketentuan Allah.

“Saya harap pihak polis dapat menangkap orang yang menembak suami saya, secepat mungkin,” katanya.

Syed Amen adalah antara aktivis yang aktif mempertahankan kampung dan gerai masyarakat Melayu yang diroboh pihak berkuasa tempatan.

Beliau pernah menerima Anugerah Ikon Bumiputera Pulau Pinang pada 2008.

Pada tahun 2014, kedai cuci kenderaan miliknya di Jalan Arraton di sini pernah dibakar pihak yang dipercayai tidak berpuas hati dengan arwah kerana sangat lantang mempertahankan nasib orang Melayu.

Sementara itu adik mangsa Abdul Kader, 42, berkata beliau dihubungi rakannya yang memaklumkan abangnya telah ditembak namun beliau tidak mempercayai dan meminta kawannya itu melihat mayat berkenaan bagi mengesahkan ia adalah abangnya.

“Saya benar-benar terkejut selepas mendapat berita ini dan memang langsung tidak percaya yang abang saya akan meninggalkan kami dalam keadaan begitu.

“Emak kami yang ketika ini berada di India sangat sedih dan dijangka balik ke Pulau Pinang esok,” katanya.

Beliau berkata Syed Amen merupakan anak kedua daripada lima adik beradik  merupakan seorang yang suka menolong orang terutama rakan-rakan yang dalam kesusahan dan tidak mempedulikan ugutan yang dilakukan terhadapnya.

Jenazah Syed Amen dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sungai Dua, Butterworth selepas solat Asar tadi.

Allahyarham seolah-olah sudah dapat merasakan tragedi yang bakal menimpanya kerana menerusi satu status yang dimuat naik di akaun Facebook miliknya di bawah nama ‘Amen Beyond’, beliau merujuk satu kejadian tembakan dan meramalkan perkara sama akan menimpanya.

Status itu dimuat naik pada 4 Dis tahun lalu yang melaluinya Syed Amen turut meluahkan beliau tidak takut dengan kemungkinan itu. – mstar

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 08:09 AM From the mobile phone | Show all posts
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak dia balik india
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:20 AM From the mobile phone | Show all posts
TravellingBear replied at 12-2-2016 12:09 AM
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak ...

No big deal sis...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:23 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 12-2-2016 08:09 AM
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak ...

zahid jawa mcm mana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Nak buat isu perkauman le tu,pantang ade peluang, lg satu kalau india tu india je la xpayahla mengaku melayu mengaku arab..anyaway takziah la
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:41 AM | Show all posts
kalau betul pe dia buat itu. mungkin bahagian dia syurga?

sebab dia mati mempertahankan hak2 mangsa zalim

dalam situasi ini dia pertahankan org melayu

salute mamat ni.

moga arwah peace di sana
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2016 08:47 AM | Show all posts
macam ada ulaq di sana
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 08:48 AM | Show all posts
lepas ni kalau ada apa2 kes kt penang
boleh la kata sebab lantang pertahankan hak melayu
maka jadi mangsa jenayah or dibunuh
senang je conclusion
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 08:53 AM From the mobile phone | Show all posts
nk salahkan cina dap lettew..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:00 AM | Show all posts
Pengedar dadah yang upah orang bunuh. Puak perkauman takkan berani sampai macam itu. Takut tuan melayu mengamok
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:01 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mamak sembang aku relek dulu..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:02 AM | Show all posts
tngok cincin dah tau arwah ni orang macam mana
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:03 AM | Show all posts
TravellingBear replied at 12-2-2016 08:09 AM
Apa yg dia buat bagus kot -- pertahankan hak

Tapi obviously nama dia Syed (bukan melayu) dan mak ...

Melayu bersepah Syed la ngok. Tapi dia bukan betul punya syed. Ada warga forum yang sama sekolah dengan dia cakap mak& bapak dia dua dua masuk Islam manakala dia 4 beradik terus jadi melayu
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:07 AM | Show all posts
padahal arwah dah pernah buat laporan polis sbb aktiviti jual beli dadah kat carwash tu, ugutan tu takda kena mengena pun sbb depa pertahankan hak peniaga melayu.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:11 AM | Show all posts
CiliPadiSedap replied at 12-2-2016 07:41 AM
kalau betul pe dia buat itu. mungkin bahagian dia syurga?

sebab dia mati mempertahankan hak2 mang ...

Amin...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:13 AM | Show all posts
kenapa evolusi kaum melayu cepat sangat? brother ni dengan kj antara yang terawal? atau melayu memang dark/hitam/berbulu? persoalan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2016 09:18 AM | Show all posts
member sekolah aku dulu ni...baguih arwah ni...

Dulu penah kena cekup pasal bawak pistol revolver + peluru. Penah kena Sek.8 FIPA, Sek 8(a), tiga kali Sek 506 KK, Sek 435 KK, Sek. 147KK...hmmmm, buaih.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by RED 666 at 12-2-2016 09:21 AM
_______ replied at 12-2-2016 09:03 AM
Melayu bersepah Syed la ngok. Tapi dia bukan betul punya syed. Ada warga forum yang sama sekolah d ...


Syed kat malaysia ada dua jenis iaitu syed keturunan arab dan juga syed mamak

Mamak yg nama syed ni biasanya dinamakan syed oleh ibu bapa diorg sbb lahir malam jumaat

Arwah anney ni mmg sah la syed mamak sbb bapak dia takde syed
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:21 AM | Show all posts
Ali Tinju Bontot mana?
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2016 09:24 AM From the mobile phone | Show all posts
Mak dia balik dari India mak dia kahwin erop ke
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.067449 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list