CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2614|Reply: 1

Tok Guru Nik Aziz vs Amalan Masyarakat Melayu

[Copy link]
Post time 12-2-2016 10:15 PM | Show all posts |Read mode
Amalkan Sunnah


(Tok Guru Nik Aziz vs Amalan Masyarakat Melayu)


Di Pakistan,jika disebut nama TG Nik Aziz,pasti orang di sana terutama orang-orang senior yang mengikuti sistem pengajian talaqi mengiku aliran deobandi,pasti mereka akan mengenali TG Nik Aziz.Kerana Tg Nik Aziz merupakan antara satu satunya keluaran sistem deobandi di pakistan yang menjadi menteri besar dan berjaya dalam politik.Sebab itu lah nama Tok Guru sangat famous di kalangan orang pakistan yang mengikut aliran pengajian sistem deobandi disana.Bukan senang hendak mencari ilmuwan sebegini yang memberi sumbangan yang besar dalam politik dan juga agama.
.
Sudah menjadi lumrah apabila kita hendak mengubah amalan masyarakat setempat yang bertentangan dengan sunnah,pasti kita akan menerima tentangan dan ujian.Begitu juga kisah Tgna ini.Dahulu di Malaysia, terkenal dengan amalan mandi safar,bahkan amalan ini turut diamalkan oleh ustaz ustaz dan tok guru di zaman dahulu.

Antara golongan yang menentang amalan khurafat mandi safar ini ialah golongan pembaharuan,jika kita baca sejarah,golongan ini dikenali sebagai kaum muda.Mereka begitu menentang amalan ini kerana ia tidak ada dalam islam,tidak diamalkan oleh Rasulullah, dan juga tidak diamalkan oleh Imam mazhab.Akhirnya kaum muda ini dilabel sebagai menghina ulamak,wahabi salafi dan sebagainya sebab mereka menentang amalan ini.Orang melayu mereka terlalu mengikut sesuatu perkara tanpa meneliti nas dan dalil.Alasan mereka "Ini benda khilafiah,ulamak dulu dah lama bahas". Tapi apabila kita bukak kitab imam mazhab,tiada pun amalan ini.

Tok Guru Nik Aziz juga menentang amalan mandi safar ini kerana ia merupakan khurafat bahkan tiada dalil.Boleh rujuk ceramah tok guru dan juga tok guru ada menulis perkara ini dalamul buku beliau.Drmaza juga dalam ceramahnya menentang amalan ini.Tetapi seperti biasa alasan orang ramai "ulamak dulu dah lama buat".

Saudara sekalian,cuba lihat sekarang dalam masyarakat kita, masih ada lagi kah amalan mandi safar? Sudah tidak ada lagi dan amalan itu sudah lenyap dalam masyarakat.Dahulu orang yang menentang amalan ini akan dianggap menghina ulamak dan dilabel berbagai gelaran,tetapi lihat lah hasilnya pada hari ini, amalan itu sudah terkubur dan lenyap hasil dakwah mereka.

Ibrah dari kisah ini ialah, ketika anda berdakwah,jangan berharap hasilnya akan dapat dalam masa terdekat.Mungkin pada masa ini hasilnya tidak nampak,tapi 10 tahun akan datang siapa yang tahu.


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2016 01:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Siapa yg masih mandi safar?

Kadang2 contoh yg diberi dah outdated. Rasanya tak pernah ada ustaz2 setuju dgn mandi safar.

Whoever tulis artikel ni dah menuduh ulama2 dulu endorsed mandi safar telah  membuat fitnah pada yg mungkin dah meninggal. Masak ler nak mintak maaf dekat org yg dah mati.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 04:39 PM GMT+8 , Processed in 0.118105 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list