Edited by FOTHER-MUCKER at 13-2-2016 02:14 PM
SHAH ALAM - Ketua Penolong Pengarah Bahagian Counter Terrorism, Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia (PDRM) Bukit Aman, Datuk Ayub Khan Mydin Pitchay berkata, pihaknya masih belum ada maklumat terbaharu berkaitan isu 221 pelajar Malaysia dikenakan tindakan dibuang daripada beberapa maahad di Mesir, kelmarin. Pelajar berkenaan dikatakan dibuang daripada pengajian kendalian Universiti Al-Azhar di Mesir, apabila didakwa gagal menghadiri kelas. Berdasarkan kenyataan rasmi Kedutaan Malaysia di Kaherah, isu timbul selepas pendaftaran 138 pelajar pengajian Qiraat termasuk 103 pelajar lepasan Darul Quran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk sesi 2015/2016 di Maahad Qiraat Syubra dan Mansoura ditolak institusi Al-Azhar.
Belum, pihak kami akan semak dengan pihak Kedutaan Malaysia di Mesir untuk mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara ini," katanya, semalam. Sabtu lalu, sebuah akhbar tempatan melaporkan 221 pelajar dikenakan tindakan disiplin hingga dibuang program pengajian. Menurut laporan itu, kemasukan pelajar asing ke Mesir khususnya Al-Azhar dipantau ketat berikutan wujudnya unsur militan dan ekstremis di kalangan pelajar. Katanya lagi, Malaysia sering dilihat negara yang bersimpati dengan perjuangan Ikhwan Muslimin, malah Kementerian Dalam Negeri Mesir menyenaraikan Malaysia antara 25 negara yang diberi perhatian dari segi aspek keselamatan.
|