CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12636|Reply: 112

Patutkah Anda Bawa Anak-Anak Menonton Filem Deadpool?

[Copy link]
Post time 15-2-2016 12:06 PM | Show all posts |Read mode




Oleh : Fyruz Hanna


Bagi negara seperti USA, filem Deadpool telah di klasifikan sebagai "r" dan filem ini juga diharamkan di China.






"R" bermaksud pengawasan ibu bapa perlu semasa menonton kerana terdapat material yang kurang sesuai untuk kanak-kanak.


Filem keluaran Fox ini merupakan watak daripada karekter Marvel yang menjadi trending dalam internet yang baru sahaja diterbitkan di Malaysia minggu lepas.


Jadi bagi sesiapa yang telah menonton filem box office ini pastinya tertanya-tanya adakah filem tersebut sesuai ditonton oleh kanak-kanak?






Jika ditanya penulis pasti jawapan yang konkrit adalah TIDAK.


Maaf...namun penulis mengambil keputusan tersebut selepas merasakan bukan sahaja bahasa yang digunakan sangat tidak sesuai namun aksi dalam cerita tersebut yang terlalu ganas.




Penggunaan pistol dengan impak yang dasyat, kepala meletup, pedang dan pisau yang digunakan, penderaan yang tak masuk akal, tembak tanpa rasa bersalah dan macam-macam lagi.


Walaupun babak sex ditapis di Malaysia, ternyata ada banyak lagi aksi ganas dan tak masuk akal yang tak harus dilayan oleh kanak-kanak mahupun seisi keluarga.




Bahasa: Penggunakan F word dan bukan hanya itu MF word bagaikan irama dalam filem ini.


Jadi, jika anak-anak anda berminat untuk menonton filem ini ada baik anda menonton dahulu filem ini. Jika pada anda, anda mampu terangkan satu-persatu kesalahan atau aksi ganas yang dilakukan Deadpool kepada anak-anak anda, syabas anda seorang ibu/bapa yang prihatin. Namun jika anda tak mampu, belanja sahaja filem lain sebagai contoh Ola Bola. -CARI Infonet.


*Ini adalah pendapat peribadi penulis sendiri dan tidak semestinya mewakili pandangan CARI Infonet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 12:16 PM | Show all posts
Anak2 aku bising sbb xbuleh masuk...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Rupa dia ada iras Spidey.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:23 PM | Show all posts
Deadpool dah pesan jgn bwk anak dlm filem ni

kisah ini bukan utk diorang

tggu Frozen 2 dan Zootopia
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:25 PM From the mobile phone | Show all posts
Deadpool mmg anti hero marvel yg kategori 18 above. Jgn nak meroyan kalau ganas sbb mmg dah watak mcm tu
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:27 PM From the mobile phone | Show all posts
Tgk trailer pun dah tau tak sesuai utk budak2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2016 12:28 PM | Show all posts
bukan untuk budak-budak.. untuk orang dewasa pun rasanya mcm xsesuai la.. lola pening mase tgk die tembak tembus kebelakang tu.. tak censored
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:28 PM From the mobile phone | Show all posts
spiderman80 replied at 15-2-2016 12:22 PM
Rupa dia ada iras Spidey.

nak jugak tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 12:32 PM | Show all posts
ade yg bw jgak ke...?? mmg x sesuai pon....bleh bengkok akidah ank2 uols nnti...
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:33 PM From the mobile phone | Show all posts
MeghanK replied at 15-2-2016 12:28 PM
nak jugak tu

Hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:34 PM | Show all posts
akupun tak minat nk tgk cite gini apekan lagi nk bawak anak2..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:34 PM | Show all posts
Mmg patut pun bebudak or BBNU di larang tgk citer neh.

Ohh Iol g tgk weekend arituh.. ramai gak bbnu yg tgk citer neh walaupun dah dirated R. Bengong agaknya org yg jaga kaunter, xpantau.

Ot jap. Actually nak cite pasal ade satu couple yg gigih betul bawak baby tgk cite neh. Bile budak tu meragam abis satu panggung bising. Bapak n amak nye pulak mcm bodoh je xreti nak bawak baby tu kuar tenangkan.  Xconsiderate langsung dgn org lain yg nak tgk cite tuh dgn tenang nya.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:35 PM | Show all posts
tak patot la bebudak tengok, banyak carut & adegan ganas

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:37 PM | Show all posts
dari starting sampai ending mmg carutsss ja keje deadpool.
kat mesia kan classiefied 18+

x payah la parents menggedik hangkut bebudak tengok.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:38 PM | Show all posts
ganas sangat
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:43 PM | Show all posts
anak sibuk nak tengok ..
nasib baik kawan2 bagitau cerita ni tak ok untuk kanak2
dorang ada yg dah pegi tengok

kat Alamanda siap announce lagi kanak2 tak boleh masuk tgk cerita ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 12:51 PM | Show all posts
dedpol bukan hero comic.
asal dari game.
game tu mmg lawak


Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:55 PM From the mobile phone | Show all posts
Dekat tiket dia chop besar2 18+..and rasanya yg jaga entrance tu mmg tak bagi masuk kalau ada kanak2.

Tapi cerita dia best pada mzz. Time kepala kena ptoong, badan tercampak kat billboard tu semua mzz pandang lain. Aiyooo so ganas tapi deadpool mmg bengong. Mencarut ja kerjaan dia.
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 12:58 PM | Show all posts
bangcak replied at 15-2-2016 12:51 PM
dedpol bukan hero comic.
asal dari game.
game tu mmg lawak

Deadpool asal dari comic marvel..
asalnya karakter tu adalah villain kemudian perlahan2 di ubah menjadi watak anti-hero seperti character the punisher..

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 01:07 PM | Show all posts
budak2 tak payah bawak
aku suka cerita ni kelakar
kalau bab pukul pun pukul habis hero tak lembik
mencarut tu ko ignore kan saje
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-9-2024 01:29 PM GMT+8 , Processed in 0.064726 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list