CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2881|Reply: 17

[Tempatan] {12}Jurufoto pertama di dunia yg berjaya proses filem warna secara manual!

[Copy link]
Post time 15-2-2016 10:25 PM | Show all posts |Read mode
15/02/2016 9:46pm

KUALA LUMPUR - Jurufoto Utusan Malaysia, Mohd. Noor Mat Amin, 49, hari ini menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records (MBR) sebagai jurufoto pertama di dunia yang berjaya memproses filem warna secara manual di Everest Base Camp.


Sijil pengiktirafan tersebut disampaikan oleh Pengarah Operasi The Malaysia Book of Records, Christoper Hw Wong pada majlis Anugerah Lensa Rencam Utusan di ibu pejabat akhbar itu, di sini.


Mohd. Noor, atau lebih dikenali sebagai Mr Solo, telah memproses filem secara manual itu pada ketinggian 5,330 meter dari aras laut ketika beliau menjadi salah seorang peserta dalam Projek Malaysia-Everest 97' dari 1 Mac hingga 3 Jun 1997.


Mohd. Noor memberitahu kelewatan mendapat pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records adalah kerana proses untuk membuat pengesahan yang beliau adalah jurufoto pertama berbuat demikian.


"Antara yang perlu dilakukan oleh pihaknya adalah menyiarkan berita mengenai perkara tersebut, surat sokongan dari pihak pengurusan Utusan, surat sokongan dari agensi trekking yang mengesahkan dia berada di sana pada masa tersebut dan peralatan-peralatan yang digunakan," katanya. - Bernama  

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2016&dt=0215&pub=Kosmo&sec=Terkini&pg=bt_25.htm#ixzz40FMFo8JQ
Hakcipta terpelihara

p/s  Mr. Solo - solo ker lagi orgnye?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2016 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Wahhh ..tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 11:04 PM | Show all posts
mana gambarnya bowdow oi?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 11:09 PM | Show all posts
.. dah tak dok benda lain yang leh dibanggakan ker?????

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 11:14 PM | Show all posts
Awat x pakai yg digital?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hebat
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-2-2016 11:18 PM | Show all posts
zaman dulu, tiap kali nak tengok gambar, kena bawak film camera ke kedai kodak

untung budak2 zaman sekarang, nak tengok gambar cikki awek dah tak perlu nak cover2 dengan kedai kodak dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2016 11:57 PM | Show all posts
tahniah....satu daya usaha yang gigih.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 02:32 AM From the mobile phone | Show all posts
Filem kamera dulu2 tak bleh delete, lepas snap cepat2 habiskan roll tu & bawa g studio untuk cuci. Simpan picca elok2 dalam album, ada masa bleh belek2, nostalgic sungguh.

Skang ni snap picca banyak2 pun, bleh delete banyak kali, tapi dah takde masa nak pilih, hantar g cuci sebab semua main save sampai buat penuh memory card je. ;lol:
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 05:07 AM | Show all posts
ini buat  kemajuan bagi ummah dunia ke  
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 06:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Tahun 97 belum ada kamera digital.. tahniah buat jurugambar ni .. Berjaya mendapat pengiktirafan rekod dunia..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 08:03 AM | Show all posts
hahaha...1997....nak mendaki everest pun siap buat project...
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 08:44 AM | Show all posts
tahniahh
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 08:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Mary_jane replied at 16-2-2016 02:32 AM
Filem kamera dulu2 tak bleh delete, lepas snap cepat2 habiskan roll tu & bawa g studio untuk cuci. S ...

Teringat atok mak yg dah lebih separuh abad tu komplen 'anak cucu selalu je amik gambor masa raya /jln2/kenduri tp tak sekeping pon atok dpt tgk'  huhu
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 08:45 AM | Show all posts
tahniah
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 08:48 AM | Show all posts
tahniah.....cuba kalo konkesen yang buat....bukan main puji melambung lepas tu kata ummah malaysia bila lagi......ni bila rakyat malaysia yang buat...sindir pulak....dasar mentaliti malaysia
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-2-2016 09:02 AM | Show all posts
aku gne je lg kamera analog (kodak) ni....best ape...semak la simpan dlm drive...kne virus abih corrupt..
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2016 09:07 AM From the mobile phone | Show all posts
Kalau mencapai rekod dunia, patut Guiness World Records yang iktirafkan, why MBR?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.492618 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list