Sesetengah ibubapa suka mencium anak ketika anak sedang tidur mungkin kerana terlalu geram. Melihat si anak comel tidur dengan gaya bermacam ragam dan aksi comel pasti membuatkan rasa ingin menciumnya.
Tapi tahukah anda, disebalik amalan yang mungkin wujud secara semulajadi akibat rasa kasih dan sayang kepada anak boleh membuatkan sesuatu yang tidak baik dimasa hadapan?
Menurut Ustaz Ismail Kamus, perbuatan mencium anak ketika sedang tidur boleh menyebabkan anak-anak menjadi degil dan tidak mahu mendengar cakap apabila sudah besar.
Jadi, bukan bermakna langsung tidak boleh mencium anak. Cuma kena tunggu anak terjaga dari tidur dan selepas itu anda bolehlah mencium sepuas-puasnya. - CARI Infonet.
Sekurang2nya bagilah dalil atau nasnya ustaz ataupun cuma pantang larang orang tua2 ke apa.Dua tiga empat tahun dulu memang ada dengar tapi sumbernya cuma dari ustaz ni saja,jadi saya ignorekan saja sehinggalah jumpa dalil atau penerangan yang munasabah tentang larangan itu.
Post time 2-11-2016 01:54 AMFrom the mobile phone|Show all posts
Aku pun rasa tak logic. Selalu time anak aku tidur la aku akn dpt cium dia sepenuh hati jiwa raga ku Dan jugak time tu lah jgak aku akn doakan kesejahteraan anak aku. Jd aku rasa ridiculous plak psl tk blh cium ank time tidur ni.