Edited by CARI-IIN at 16-2-2016 07:51 PM
Artikel Oleh Izzah Abbasy
Video Oleh Izzah Abbasy, FirdausZ
Menurut kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Zahid Hamidi, "Secara idealnya kita mahu semua tangga kerja itu dipenuhi. Berapa ramai yang sanggup bekerja dalam sektor yang tidak mahu diceburi rakyat kita termasuk bekerja di kilang perabot?"
Disebabkan itulah kerajaan terpaksa membawa masuk pekerja asing terutama Bangladesh.
Namun ia mendapat kritikan hebat daripada rakyat sehinggakan Zahid Hamidi mencabar belia untuk ceburi apa sahaja bidang seperti cuci longkang, kutip buah, dan juga cuci bangunan.
Adakah rakyat tempatan terutama para belia bersetuju untuk menyahut cabaran TPM ini tanpa sebarang kemahiran yang diperkenalkan dari awal? - CARI Infonet
|