QUEBEC 17 Feb. – Gelagat seorang peguam yang mencampak kopi panas ke udara ketika cuaca sejuk menjadi perhatian di Internet selepas minuman itu sekelip mata berubah menjadi ais di Kanada, baru-baru ini.
Lebih mengagumkan, detik-detik air kopi panas itu berubah menjadi ais sempat dirakam dalam gerak perlahan selepas dicampak David Freiheit yang sedang meluncur salji. Portal Mail Online melaporkan, melalui video yang dirakam sendiri Freiheit, dia dilihat mengangkat cawannya di hadapan kamera sebelum rakamannya bertukar menjadi perlahan ketika dia mula meneguk air kopi berkenaan yang masih berasap.
Kemudian, dia membaling air kopi panas itu ke udara pada suhu -32 darjah Celsius, namun minuman tersebut berubah menjadi debu ais yang jatuh seperti bunga api dalam rakaman gerak perlahan.
Rakaman itu berakhir apabila Freiheit meluncur menuruni bukit dengan tangannya masih cawan berkenaan.
“Keadaan suhu pada -32 darjah Cesius pada pagi Ahad di Kanada. Waktu yang sesuai untuk melakukan luncur salji dan secawan kopi panas yang lazat,” katanya dalam satu ulasan di Internet.
Kajian sains disebalik fenomena itu menjelaskan, air panas yang berada di udara akan memecah menjadi titisan air kecil dan mengembang dengan cepat sehingga menyejat.
Keadaan cuaca sejuk ekstrem ditambah dengan udara kering di tanah tinggi, menyebabkan air panas akan menyejat sebelum jatuh ke tanah dan titisan air yang tidak mengewap akan menjadi ketulan ais.
- See more at: http://www.utusan.com.my/berita/ ... thash.j18g2oc3.dpuf
|