CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2038|Reply: 3

[Dunia] Makin Tegang

[Copy link]
Post time 18-2-2016 03:50 PM | Show all posts |Read mode
Taipei: China dilapor menempatkan sistem peluru berpandu canggih bumi ke udara di sebuah pulau yang menjadi rebutan beberapa negara.

Jurucakap kementerian pertahanan Taiwan, Mejar Jeneral David Lo memberitahu wartawan semalam, peluru berpandu itu ditempatkan di Pulau Woody, sebahagian daripada rangkaian kepulauan Paracel yang dikuasai China sejak lebih 40 tahun lalu, tetapi juga dituntut oleh Taiwan dan Vietnam.



Dalam satu kenyataannya, kementerian luar China berkata, kemudahan pertahanan di pulau dan terumbu karang yang dikuasainya di Laut China Selatan sudah dilakukan sejak beberapa tahun lalu.

Ia menyifatkan laporan terbaru mengenai penempatan peluru berpandu itu sebagai dakwaan berlebihan dan menggesa media Barat memberi tumpuan terhadap usaha negara itu membina rumah api bagi meningkatkan keselamatan perkapalan di rantau itu.


“Mengenai peluru berpandu itu, ia selaras dengan hak untuk melindungi wilayah kami. Sudah menjadi tanggung jawab kami untuk melindungi.” kata Menteri Wang Yi.

China menuntut hak terhadap hampir semua Laut China Selatan dan bertindak membina landasan serta kemudahan lain di pulau buatan sendiri untuk mengukuhkan tuntutannya itu.

Vietnam, Malaysia, Brunei, Filipina dan Taiwan juga menuntut hak terhadap sebahagian pulau dan terumbu karang di kawasan  itu.

Berita mengenai penempatan peluru berpandu itu tersebar ketika Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama dan pemimpin ASEAN menamatkan sidang kemuncak di California yang turut membincangkan perlunya meredakan ketegangan di Laut China Selatan.





      Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 18 Februari 2016 @ 7:52 AM   
«         »
                     
PENUNJUK perasaan Vietnam melaungkan slogan anti-China ketika mengadakan perhimpunan sempena ulang tahun ke-37 perang sempadan Vietnam dan China di Hanoi, semalam.  Pelekat itu berbunyi “Kami tidak akan melupakan 17 Februari 1979.”  




http://www.hmetro.com.my/node/115931






Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 03:56 PM | Show all posts
amik ksempatan time para head honcho negara xde. ke china kecik ati sebab pemimpin ASEAN ngadap amerika x ngadap tanah besar seperti dolu2?
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Ingat apa yg tegang
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 04:07 PM From the mobile phone | Show all posts
kepulauan paracel ni logik sikit klu cina yg tamak haloba tu rebut, dekat sikit dgn mainland. Tpi spratly n area further south tak masuk akal...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 10:26 PM GMT+8 , Processed in 0.057791 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list