CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 6080|Reply: 15

Rupanya Sungai Paling Jernih Di Malaysia Adalah Sungai Bangang

[Copy link]
Post time 18-2-2016 03:55 PM | Show all posts |Read mode
Oleh : Dean BZ






Mungkin ramai yang fikir gambar ini diambil dari sungai di luar negara dengan melihat kejernihan airnya yang membiru dan sangat bersih. Tetapi ramai yang tidak tahu rupa-rupanya sungai sejernih ini terdapat di negeri Terengganu.


Sungai Bangang merupakan kawasan yang popular dikalangan pendaki dan menjadi persinggahan pendaki ketika turun dan pulang dari Lata Lansir.


Jika teringin berkunjung ke sungai ini mungkin hanya menjadi mimpi semata-mata jika anda tidak mempunyai hati yang kental. Ini kerana untuk sampai ke sini memerlukan pendakian yang memakan masa hampir sehari dan perlu bermalam di kawasan Gunung Berembun atau Lata Lansir.


Chemerong, Berembun dan Langsir semestinya nama yang tidak asing lagi dalam kalangan pendaki gunung di Malaysia. Ketiga-tiga nama ini sering digabungkan kepada singkatan CBL yang merangkumi Air Terjun Chemerong, Gunung Berembun dan juga Air Terjun Langsir.


Untuk sampai ke Sungai Bangan ini, pendakian akan bermula di Hutan Lipur Chemerong yang terletak di Hulu Dungun iaitu kira-kira 100 km dari Kuala Terengganu dan 30 km dari Bandar Al-Mukhtafibillah Shah melalui Jalan Jabor – Jerangau.



Bagi yang mempunyai keinginan untuk ke Sungai Bangang ini mungkin ada perlu libatkan diri dalam mana-mana persatuan pendaki. Semoga khazanah alam yang sangat berharga ini terus terjaga dan terpelihara keindahan semulajadinya.- CARI Infonet.
























Sumber : trekkerz.blogspot.my/beautifulterengganu/hikking





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-2-2016 04:33 PM | Show all posts
memang cantik tempat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 04:40 PM | Show all posts
cantik ye...nk try la pergi nnti
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 04:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Cantik tempat ni.
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 08:39 PM | Show all posts
hahahahahahaha bangang!
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2016 10:51 PM | Show all posts
Klu dah jernih tu minta tolong pelawat jgnlah buang sampah merata rata.  Perangai org kita ni tak lbh aku nak ckp. bodoh nak mampos. Tempat yg cantik jd kotor dan huduh.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-2-2016 08:47 AM | Show all posts
lawoooonya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 10:38 AM | Show all posts
jangan la berpusu2 orang gigih nak ke situ pulak.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2016 10:49 AM | Show all posts
Selalunya nak dapat tempat cantik2 cam ni memang nak kena hiking baru le boleh jumpa yang airnya jernih.  Kalau yang belah bawah sungai selalunya dah keruh airnya.  Sampah sarap pun banyak.  Harap tempat ni terus terpelihara takut dah terlalu di commercialkan nanti keruh juga airnya
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2016 04:08 PM | Show all posts
patutla jernih, terpelihara lagi dari kotoran marhaen, nak pegi situ kemain susah. cuba sungai tu kat bawah2 je, mmg keladak jadiknya
Reply

Use magic Report

Post time 6-5-2016 04:54 PM | Show all posts
gojes sgt...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2016 05:20 PM | Show all posts
Subhanallah..sangat cantik..
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2016 08:43 PM | Show all posts
Subhanallah..cantik sgguh.tp nk kena join mana2 group pendaki la pulak.
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 12:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Peterpan17 replied at 18-2-2016 10:51 PM
Klu dah jernih tu minta tolong pelawat jgnlah buang sampah merata rata.  Perangai org kita ni tak lb ...

Elok la tmpt tu duk jauh ke atas...kalau kt bawah ramai la bangang2 kotorkn
Reply

Use magic Report

Post time 1-8-2016 05:59 PM | Show all posts
krustykrab replied at 1-8-2016 12:50 PM
Elok la tmpt tu duk jauh ke atas...kalau kt bawah ramai la bangang2 kotorkn

hahahaha!!betul,betul. jauh ke dalam klu nak pergi pun kena menapak jauh2. Barulah org kita takde rasa nak gi dan ksh kotor.

Reply

Use magic Report

Post time 4-8-2016 04:22 PM | Show all posts
hahahahah...memang cantik...tapi menapak la nak naik sampai sungai bangan ni...kalo kaki hiking bole la..kalo ko xpernah hiking...ko mimpi je la nak g sini...btw...mmg sgt cantik..n lagi satu kat jeram lesung lata langsir.. 9jam hiking dr air terjun chemerong...situ pun superb view...so far aku da 2 kali sampai..mmg tempat wajib camping bagi para pendaki...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 06:38 PM GMT+8 , Processed in 0.187500 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list